Blog ni bernafas sejak November 2006.. bermula dengan nama blog "Coretan Perjalananku" hinggalah ke hari ini.. memula tu saje buat blog untuk diri sendiri.. tak pernah sekali pun war war kan kat kawan2.. sedara mara pun tak penah.. saje syok sendiri.. macam diari la gitu.. dulu selalu baca blog joe perantau.. itu pun sebab terikut husband yang hari2 bukak blog joe perantau.. dari situ agaknya mula berminat nak buat blog sendiri.. sebaik aje berenti kerja masa tu, dah banyak sangat masa kan.. mula lah bertatih belajar macamana nak masuk gambar.. nak buat itu.. nak buat ini.. dan kadang-kadang sebab terlampau ralit cari template.. sedar2 dah subuh.. adusss.. mulut husband dah mula la berkicau.. memula pelan-pelan.. lama lama sakit telinga ngan hati ni dengar hahahah!! salah sendiri kan.. telan jer la..
Huh, nama panjang aku durratul ain a/p hamzah, agama islam ok! nama samaran aku ada banyak ain, epy dan paling glamer di uni adalah d.a. Blog aku ni overally personal la. Tapi, sedikit sebanyak aku dah menyelitkan tutorial dan tips. begitu juga dengan artikel, tidak begitu personal seperti saat pertama aku dulu. aku cuba selitkan dengan sedikit dua dikit info.
Nama samaran saya : Leeza
Nama blog saya : Love Journal of HazlizaHusaini’S Family
Latar Belakang Blog :Blog saya ni lahir pada May 2009. Blog saya ni sangat caca merba..semua yang saya rasa saya nak tulis..saya nk wat entri..saya akan taip kat sini..Kebanyakan nya mesti la pasal kisah-kisah parent,anak-anak,rumahtangga,hobi dan kadang-kdang ada juga saya bercerita pasal blog tutorial..Tu pun kalau ada yang bertanya..Kalau tak dak yang bertanya,saya tak wat sebab nyer…saya pun masih lagi belajaq bab-ba blogging ni..Kalau ada yang nak tips-tips dalam rumahtangga,sangat senang nk cari tips cam ni kat blog saya..sebab saya suka letak tips camni,untuk diri saya dan untuk semua kawan-kawan blogger..
" Ingin dikenali sebagai Cikgu Isza dalam dunia blog ni. Isza tu hanya nama samaran walaupun bunyi-bunyi tu ada persamaan dengan nama sebenar. Blog ni wujud bila saya mula membina minat di alam maya. Baru berjinak-jinak dengan dunia internet. Masa mula pasang internet.. penuh pertanyaan internet ni nak guna untuk apa lagi? Memang saya ketinggalan mengenai ini di dunia sebenar.
Memikirkan apa imej yang perlu saya bawa akhirnya saya memilih untuk menceritakan tentang perkara terdekat dengan saya. Peribadi.. sekeliling...kerjaya. Sebagai guru yang mengajar matematik saya cuba mewujudkan entri belajar matematik dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu blogger-blogger dalam mendidik anak-anak mereka. Tidak bertujuan memperlekehkan... kita perlu faham kehendak sukatan pelajaran kini tidak lagi sama dengan zaman kita dahulu dan ianya akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. "
" nama saya ita... nama blog ita My Life Story Book??? nape My Life Story Book?? sebab ita suka bercerita... ita suka bercerita pasal kehidupan ita.. pasal keadaan ita.. ita juga suka share something yang ita tau dengan kawan² blog ita... mungkin jugak sebab tahi lalat kat bawah bibir belah kanan ita ni kot membuatkan ita suke sangat bercerita... sebab tu la ita buat keputusan utk jadik blogger... lagipon, dengan berblog, ita dapat share pendapat, mendapat maklumat, menambah kawan.... ita baru je 4bulan 20hari jadik blogger ni... belom tahap pro lagik... masih lagi merangkak²... tak seotai rakan² yang lain... selain tu, sebenarnyer ita suke menulis... sebenarnya, time study dulu, ita ade menulis... i mean, taip.. tapi, tak pernah print @ kasi sape² baca.. skang ni da kurang masa sket utk menulis... sebab tu la ita prefer blogging... kan bagus... sume orang boleh baca.. sume orang boleh komen.. kan boleh "
Mula aktif dalam dunia blog sejak 29 Ogos 2008. Siapa yang banyak tunjuk ajar ketika itu tentulah incik boyfriend yang dah pun menjadi hubby saya sekarang. Sejak awal bergiat aktif dalam dunia blog ni, saya sangat suka mencantikkan blog. Disebabkan itu, saya sentiasa cuba memajukan diri dengan melakukan research di internet demi memuaskan hati sendiri. Orang kata blog saya tak cantik @ serabut saya tak kesah. Janji saya happy.