Pengetahuan asas mengenai kereta amatlah penting ! Hehehe.. Dan aku tak tau langsung mengenai kerana aku segan nak amik tau ??? Tak jugak.. Info yang aku tau , jarang digunakan.. dan ini masanya untuk kembalikan segala pengetahuan mengenai ! Jangan terlalu harap bantuan orang luar bila berlaku sesuatu kecemasan seperti tayar pancit , masalah over heat , penggunaan tayar yang betul dan macam macam lagi ! Serius !! Kena amik tau walaupun sekadar asas !
Dan pastinya tertanya kat mana pusat yang menyediakan kelas pembelajaran seperti ni ? Banyak sebenarnya tapi antara yang terbaik ialah TOC AUTOMOTIVE COLLEGE yang terletak di Petaling Jaya.
Baru-baru ni , aku amik kursus jangka pendek di TOC Automative College. Kursus asas Car Maintenance 101 yang mengajar kita asas pengetahuan mengenai kereta.
Mula mula tu segan la gak tapi selepas berfikir panjang , semua ni penting pada aku ! Aku sebagai lelaki dan juga ketua keluarga yang selalu guna kereta pastinya kena tahu semua ni..
Di TOC , segalanya berubah ! Bila tengok pelajar pelajar lain yang turut hadir , rasa malu tu berubah. Heheh.. Rugi wooo kalau malu malu ni ! Kena selamba dan tanya je apa nak tanya !
Kelas satu hari ni bermula jam 9 pagi dan berakhir 1 petang. Pendek tapi padat ! Dan sangat sangat berbaloi bagi aku yang tak tau apa apa langsung pasal kereta !
Di sini turut menyediakan cafe. Kalau nak bersarapan sebelum kelas bermula pun ok.. Kang bila kelas dah mula , tak pikir dah nak makan ! Pikir nak tanya itu ini je nanti.. hahaha…
Selesa , bersih dan terjaga ! Itu yang aku nampak di TOC Automotive College ni. Maka keyakinan untuk menuntut ilmu di sini semakin memuncak gituuu… hehee..
Ok.. jam 9 pagi ! Kelas bermula..
Ok ok .. aku tak nak cerita apa yang ada kat sini ! Tapi aku nak cerita apa yang aku lalui.. Pengalaman 4 jam aku disini membuatkan aku tak takut dah pada kereta andai rosak di tepi jalan ! Tapi jangan laa rosak lak kan.. Jangan dipinta gituuu.. Cari pasal namanya !
Tenaga pengajar yang bertauliah serta buku modul pembelajaran sebagai penambah maklumat.. Kursus Car Maintenance 101 ini di buat dalam bahasa Malaysia dan juga English. Maka , korang leh tanya dalam dua bahasa tu tanpa rasa segan ! Selamba je laaaa ! Malu rugi laaa ..
Kursus dimulakan dengan penerangan secara ringkas di dalam bilik kelas yang selesa dan berhawa dingin. Nampaknya dalam ni ramai tak tau pasal kereta termasuk aku laaa… Ngaku ni ! Jujur..
Selepas setengah jam briefing.. para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Dan kursus praktikal dimulakan ! Teruja okkkk ! Aku dah set dalam kepala nak tanya macam macam !! Bayar ni.. bayar ! Bila dah bayar , sila manfaatkan ..
Pembelajaran dimulakan dengan pengenalan tayar. Segala infomasi mengenai tayar , akan diterangkan. Tahun pengeluaran , size , angin tayar , kerosakkan pada tayar , pemanduan berhemah untuk mengelakkan tayar cepat haus dan macam macam lagi pasal tayar !
Soalan ringkas aku .. antara soalan laa … heheh.. mengenai tayar pada mereka..
“ Macamana nak tau tayar kereta kita tu kekurangan angin atau terlebih angin ? Apa kesannya pada tayar jika kita biarkan keadaan itu berlaku ? “
Maka pengajar memberi jawapan yang tepat dan jitu. Aku cuma perlu angguk anggukkan kepala ! Tak paham ??? Tanya lagiii… Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri !
“ Saya tukar tayar kereta saya setahun sekali. Normal ke ? Sebab bila gi servis kereta, orang tu cakap tayar dah botak. Saya tengok ok je lagi ? Ada je bunga. Camana nak tau tayar tu ok lagi ke tak ? ”.
Biar soalan kita nampak cam ‘ bodoh ‘ tapi ianya adalah ilmu buat kita dan rakan rakan lain ! Dalam kursus ni , kita jangan berlagak pandai ! Kalau dah pandai , tak yah amik la kan ? Amik kursus advance lak ! Haa.. Ada macam macam kursus tauuu !
Soalan seterusnya….
“ Saya nak isi angin tayar.. Camana nak tau had angin yang sesuai untuk tayar kereta saya tu , yer ? “ .
Sebenarnya , aku tau dah.. tapi saja nak tau gak .. mana la tau kot kot dia ada ilmu lain.. heheh ..
Part tayar je macam macam aku dapat ! Maklumlah , tayar ni memainkan peranan penting ! Hari hari guna kereta ! Dari awal pagi hinggal ke malam hari.. Pastinya aku nak kereta aku dalam keadaan tip top dan selamat ! Dan tayar memainkan peranan penting..
Selepas tu penerangan mengenai enjin lak.. Cam minyak enjin , coolant , brake , camana nak buat jump-start yang betul dan selamat , apa nak buat bila berlaku over heat.. Langkah langkah keselamatan..
Cara nak buat jump-start yang betul ?
OOOoooooooooo… ! Baru aku tauuu ..
“ Kenapa tak letak cabel hitam tu kat bateri ?? “ .
Dan dia pun terangkan .. Dan aku …
“ Ooooooooooo “. Lagi sekali ! Hahahaha .. Baru pahamm.. Kenapa dan mengapa ! Huhuhuh..
Perghh.. aku rasa 4 jam dalam ni singkat sangat ! Terlalu banyak input yang aku terima. Sangat sangat bermanfaat ! Lepas ni kalau gi servis kereta , tak la aku ternganga lagi.. kalau orang tu kata ini rosak itu rosak , ini kena ganti , itu kena tukar ! Perghhh..
Kursus Car Maintenance 101 berakhir tepat jam 1 petang. Aku dan pelajar lain dapat sijil kehadiran.. hehehe..
Berbaloi ?? Gilaaa tak berbaloi ! Dah la leh tanya macam macam.. Tanya je apa soalan pasal kereta , inshaAllah mereka akan bagi penerangan yang selengkapnya..
Ok..ada kawan tanya camana nak join kursus jangka pendek ni atau kursus kursus yang ditawarkan di sini.. Untuk kursus Car Maintenance 101 ni , harganya RM200 untuk seorang. Tapi kalau datang berkumpulan , leh dapat diskaun. Jika berminat , boleh je call 03-7955 2811 atau layari www.toc.edu.my .
Bagi korang yang ada anak baru abis belajar dan tak tau nak buat apa.. aku syorkan hantar mereka belajar disini sebab ada kursus permotoran yang diiktiraf kerajaan. Sijil lanjutan untuk SKM pun ada.. Sijil Kemahiran Malaysia !
Fuh..bagus tul TOC ni ! Aku syorkan korang.. yang tak tau apa apa pasal kereta ni , amik kursus ni. Jangan memandu kereta tanpa sebarang ilmu ! Bahaya woooo.. kan kan ?