Aku bukanlah peminat setia liga bolasepak tempatan. Ini disebabkan beberapa perkara yang membuatkan aku hilang keyakinan hala tuju bola sepak negara. Penat dah hampa dengan bola sepak negara kita.. Maaf , liga luar negara pon aku tak layan dah. Semua ada unsur 'perniagaan'. Tiada lagi yang benar benar ikhlas berjuang.. Tapi apa nak buat kan , itulah mata pencarian mereka..
Ok... tak kisah la apa pendapat aku tu . Tapi untuk malam ni , cuaca di negara kita agak berlainan.. Terasa bahangnya ! Tiket abis dijual. Penyokong tak puashati tak dapat masuk ! Ada yang malas pergi macam aku.. Setakat sokong dari rumah je..
Persoalannya , pasukann mana pilihan aku ? Terus terang , aku tak kenal seorang pon pemain dari kedua dua pasukan ! Apatah lagi pemain import mereka. Tak pernah layan sekali pon game mereka dan tak tau corak permainan mereka..
Tapi.. aku memilih Kedah kali ni ! Bukan sebab tak suka Selangor tapi Kedah memerlukan ' semangat ' untuk bangkit dari segala segi ! Ekonomi terutamanya ! Dan aku menyokong Mukhriz , buat masa ini .. tak berbelah bagi ! Mana tau dengan kemenangan Kedah malam ni , semangat dia di PAU 2015 lebih membara !
Jangan libatkan politik dalam sukan ? Heheheh.. Elo , ni Malaysia laaa ! Semuanya ada politik ! Apa apa pun , aku harapkan perlawanan malam ni menarik dan bersih ! Biar gol banyak dari satu gol. Baru berbaloi tengok !