Dapur Tanpa Sempadan...

Rabu, 9 Disember 2015

Ini baru ‘hotel’ !

 

Hehehe.. Bak kata wife aku , memlih betul ! Tapi apa nak buat.. dah terbiasa dengan buat review hotel yang best best tetiba ‘terpilih’ hotel yang.. hurm.. Tapi harga boleh tahan gempak ! Tu yang macam.. krik krik bunyinya.. Hahahaha..

2 malam sebelum aku menginap di Hotel Hard Rock ni , aku sekeluarga menginap di Copthorne Orchid Penang. Bukanlah tak best langsung hotel ni cuma aku tak dapat view yang cun. Kalau dapat view mengadap laut , mungkin pendapat aku mengenai hotel ni berubah.

image

image

Tengok bilik dia.. hurmm.. Terus terlupa aku nak amik gambar ! Dalam gambar lain , tengok depan mata lain ! Terus mati mood aku nak review hotel ni. Tapi layanan staff , aku puashati la.. Diorang peramah dan baik hati. Aku tak salahkan hotel tapi aku tempah hotel ni melalui aplikasi di telefon. Tu pasal kata orang , memang harga murah tapi bilik dia.. hurm.. Nasib nasib laaa.. kalau bernasib baik , bilik cun.. Tak kisah laa.. asalkan ada bilik untuk tidur !

Tapi view laut dari pantai Copthorne Orchid ni memang superb ! Aku suka..

image

image

image

image

Kalau nak menginap hotel ni , pastikan g ngan anak anak. Diorang pasti akan enjoy giler !

image

Pantai bersih dan kolam renang pon cam tu gak..

image

Sarapan pagi dia , biasa biasa jer.. Alhamdulillah. Kang kata lebih lebih , nun di Syria tu tak cukup makan ! Jangan memilih sangat..tak bagus kan. Rezeki dari Allah.

Dan ikutkan aku balik dah hari Selasa ari tu tapi mak ayah aku pun bercuti di sini dan diorang ada di Hard Rock Cafe Hotel , aku pun sambung la sehari lagi. Bilik hotel ‘ ehsan ‘ adik ipar aku.. Hehehe.. Rezeki namanya.

Melangkah masuk Hard Rock Cafe Hotel , terus teringat hotel hotel yang aku pernah duduk di Toulouse , Osaka dan Seoul.  Terubat rindu nak g melancong luar negara.. hahahaha..

Hotel hotel gini ada satu jenis punya bau.. bau orang kaya ! Hahahaha.. Menyegarkan !

image

Aku pandang wife dan berkata..

“ Ini barulah hotel “ .

Hahahahahaha.. sori.. bukan berlagak tapi dia punya aura berlainan sekali ! Terasa terus kegembiraan bila berada di hotel ni. Dengan sambutan mesra dari kakitangan. Senyum memanjang je.. Terasa macam tiap bulan aku nak simpan duit , hujung tahun aku nak bercuti di sini seminggu ! Hahahahaa..

Nanti aku cerita pasal hotel ni. Tak abis lagi pusing hotel ni.. Memang best la..

9 komen :

Zurina Hj.Zainal berkata... [Reply to comment]

yup...hotel hard rock mmg terbaik...staff diaorg senyum jer...mknan pon mmg terbaik....

Haffizul Iskandar berkata... [Reply to comment]

Banyak juga baca pasal review hotel ni. Ish, tak boleh jadi, tak boleh jadi. Kena menyimpan duit banyak-banyak ni. kena duk sana seminggu. hehehe

Pokok Manggis Depan Rumah berkata... [Reply to comment]

Suka anak-anak ang ben main pantai. Nanti balik kampung kena cari pantai juga macam ni. Tapi sekarang di kampung musim hujan.

Julia Johari berkata... [Reply to comment]

Memang orang lelaki lebih cerewet dari perempuan termasuk suami julia pun hahaha dia ada travel agent so dia pun mmmgggg cerewet bab pilih hotel ni...hahhahahah pernah sekali juju booking hotel bajet gila...terus dia cakap jommm pindah hotel lain hahahhahahhahahha...

Puan Wawa berkata... [Reply to comment]

mcm tak best je hotel ni.. hehe

Kak Sue berkata... [Reply to comment]

Bila la dapat check in kat Hotel Hard Rock..Nak kumpul duit jugaklah..

radziah AR berkata... [Reply to comment]

copthorne hotel lama ... begitulah ... lebih baik rainbow paradise hotel. kira sebelah dia la...(hanya diselangi dgn the dalat international school). atau flaminggo hotel. juga sebelahnya sahaja. utk thn ni sahaja, saya dah check in rainbpw paradise utk kali ke-4.
nak rasa superb mcm ben kata bau org kaya...hard rock lah.... sesuai layanan dgn bintang...dr turun kereta dpn hotel, semua diaorg buat...hahaha...selama ni msk hotel bawak beg sendiri, kat hard rock mrk yg angkat tanpa di suruh. naik lif pun ada safety...kena scan dulu...mmg terbaik...apatah lg seaview...

Etuza Etuza berkata... [Reply to comment]

dua kali roud baca ni Ben..rupanya di Penang..huuu! ada hard rock ya..satu daya tarikan tu

NuRuL Huda berkata... [Reply to comment]

Uish Ben mai penang...dekat ngan rumah saya tu...heheheee...Welcome to Batu Ferringhi!!!

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI