Hurm.. Dua personaliti popular bulan ni tapi berlainan bidang. Dengan Ahmad Maslan , aku memang agak stress bila baca setiap kenyataan dia. Cuma aku tak pernah lagi la dengar penuh melalui mulut dia.. Kebanyakkannya dari media sosial jer ! Kebenaran ? Wallahualam.. Tapi selepas dia diberi amaran jangan bersuara lagi , aku yakin.. media sosial betul la kot ? Hahahaha ..
Mawar Rashid… Sapa di ni ? Aku pun tak kenal. Dengarnya dia cukup popular di Instagram. Hurmm.. Aku pon cari la video interview dia tuu.. Aku terngaga ! Tergamam.. Hurmm… Tak terkata apa.. Bukan sebab dia tak reti jawab apa itu GST tapi gedik dia tuu.. Adehhh ! Ni kalau ada vvip ketandusan kasih sayang , mesti suka anak dara gini.. Terasa muda 20 tahun gituuu.. Hahahaha..
Kedua dua personaliti ni mengingatkan aku ketika aku nak menghadapi UPSR. Walaupun aku tak dapat 3.85 ketika tu , tapi aku berjaya ikut nasihat guru aku.. Masa ujian lisan , jangan memandai mandai ! Kalau tak tau , jawab jer tak tau. Jangan berbelit belit. Guru bertugas masa tu tak suka ! Kalau mood dia tak elok ,silap silap terus gagal !! Kalau tau pon , jangan menokok tambah dan menjawab dengan penuh bongkak ! Jawablah dengan logik dan bijaksana.. Jangan main sedap mulut je rembat jawapan tuu !
Zaman ni , zaman viral. Sedikit kesalahan , sedikit kesilapan.. maka anda akan terkenal dengan sekelip mata ! Menakutkan ! Apa saja perbuatan kita sekarang ni , kamera ada untuk merakamnya ! Orang yang merakam dan menyebarkannya di media sosial , memang cukup berani dah ! Dia tak kisah dah bab api neraka..
Apa pun tindakan kita sekarang ini dan selepas ini , harap fikir masak masak. Apakah kita nak jadi macam Ahmad Maslan ? Atau nak jadi macam Mawar Rashid ? Bijak berkata kata, cantik serta kacak ? Fikirkan ..