Sejujurnya , aku cuak untuk amik job ni. Tapi dek kerana yang offer ni , sahabat baik yang aku sanjung selama ni , Kak Adza Irdawati yang juga seorang blogger serta penulis skrip yang sangat merendah diri ! Part merendah diri tu aku cukup respek sangat. Tu pasal aku segan nak menolaknya.
Bila diberitahu akan tajuk rancangan ni serta siapa yang bakal terlibat.. kecuakkan aku berganda ! Alamak.. rancangan agama tu. Kena blogger yang alim alim ni. Hahaha.. Aku tak cukup alim weh.. Aku bagi nama blogger yang sesuai namun ditolak sebab pihak terbabit nak aku gak. Gulp. Ok , aku terima cabaran ni.
Skrip diberi melalui email. Aku baca. Tepuk dahi ! Camana laaa aku nak hafal semua ni ??? Banyak kot dialog aku. Kalau rancangan live tu , ok la.. aku boleh cakap selamba bertapis gitu. Tapi bila rakaman gini , ditambah pulak ada dialog.. oh my dumbell !
Menghitung hari. Kalau tak silap aku, aku terima skrip rancangan Ustaz Ronda Ronda ni pada 24hb September yang lepas. Kira lama la gak untuk aku hafal dialog aku tu.. Huhuh.. Namun saban hari , aku gagal untuk baca sebab agak sibuk dengan hal duniawi. Heee..
Tiba masanya... Aku baca malam tadi. Tapi masih tak dapat nak hafal sebab gangguan anak dan kepenatan akibat kerja... serta gym punya penangan. Dan akhirnya , aku nekad nak baca dalam kereta je nanti. Tapi aku kena gi awal ke lokasi.
Jam 6 pagi. Lepas subuh dan sarapan pagi, aku terus pecut ke Taman Seri Rampai dari Sepang. Perjalanan mengambil masa selama 55 minit. Clear jalan. Alhamdulillah. Tiba jam 7 pagi. Ada banyak masa lagi. Aku letak kereta di depan Jabatan Imigresen. Banyak ruang letak kereta masa ni. Huhuh.. Pastu aku bukak Note 9 dan mula baca skrip. Ada 12 babak kesemuanya. Gulp..
Ok.. tak dapat nak hafal. Hahahaha.. Aku redha dan berserah kepada nasib. Jangan kena marah ngan Tuan Direktor nanti udah laaa..
Jam 830 pagi. Aku ke lokasi pertemuan. Diperkenalkan dengan krew serta pengarah. Sapa pun aku tak kenal. Segan aku. Adeh.. Mati pucuk aku dibuatnya. Eh , mati kutu aku ! Kemudian , masing masing dibahagikan mengikut kenderaan. Aku bersama tuan direktor dan seorang lagi.. yang aku agak was was peranan dia. Macam kenal tapi takkan kot ?? Hurmm..
Dalam van... berborak sakan. Segala gemuruh aku hilang ! Cool giler rupanya diorang. Memang kepala giler memasing. Hahaha.. Diorang dah bersama untuk rakaman ni selama 2 minggu. Dan lelaki yang aku was was tadi tu.. rupanya.. Da'i Syed Iqmal ! Hahahahaa.. Giler sempoi. Aku ingatkan berjubah berketayap mahupun berserban. Rupanya 2x5 aku jer. Terus bersemangat aku.
Lokasi pertama.. KLCC. Aku tengok Tuan Direktor sempoi jer.. Ala ala Ahmad Nisfu gitu. Senyum di dalam hati. Pastu aku pandang krew. Dia pegang .. ala.. apa nama dia tu.. tak tau pulak nama. Rujuk gambar ketiga tu. Haaa..apa nama menda yang aku pegang tu ? Kat situ tertera YUSUF KELANA ! Ohhhhh maaii... Pengarah filem Tragedi Oktober kau.. hahaha.. dan beberapa buah filem serta ratusan drama.
Babak dalam kereta gitu..
Dalam kereta banyak dialog dan barulah aku paham camana mereka bekerja. Camana pelakon berdialog. Selama ini aku ingatkan diorang punya memori yang dasyat. Hahahaha.. Akhirnya aku paham... Tapi aku tetap respek mereka yang memilih kerjaya lakonan ni. Bukan mudah. Terutama krew krew ni. Fuhhh... Duduk lama ngan diorang , boleh join mereng kepala gak. Hahahaa.. Terbaik diorang ni. Pengalaman berpuluh tahun dah.
Babak berenti berehat.. lepak minum.
Rosak gambar.. penat sangat sebenarnya. Hahahaa.. Nak pegang hp pun tak larat dah.
Ikut jadual, habis pada jam 4 petang tapi sebelum Zohor dah selesai. Hahaha.. Diorang pun pelik camana boleh siap awal. Hehehehe.. Alhamdulillah. Aku boleh balik awal dan sambung tidur ! Kononnya laaa.. Tapi sampai je rumah.. kena gi Tesco. Beli barang dapur. Huhuh..
Kalau ditanya.. jika aku ditawarkan berlakon , apakah aku akan terima ? Apakah aku akan tukar bidang ? Hehehe.. korang rasa ?
Jangan lupa nanti.. tunggu kemunculan rancangan Ustaz Ronda Ronda di RTM 1. Harap boleh menang Academy Award. Lalalaaaa..
Terima kasih krew YKS terutamanya Kak Rehan dan geng yg lain. Sempoi !
Terima kasih krew YKS terutamanya Kak Rehan dan geng yg lain. Sempoi !