Keluar dari rumah .. Plan nak print , sign dan fax semula .. Settle keje aku. Secara tidak langsung , aku dah sign kontrak untuk menerima pelbagai advertorial sebuah company ni .. Bayaran , lebih dari gaji aku dulu .. Alhamdulillah .. Ada gak orang pandang blogger cam aku ni kan ?
Lokasi aku , cyber cafe yang terletak di Presint Diplomatik .. Adik yang jaga cc ni , ok la orangnya. Lagi mesra dari sesetengah staff LRT yg bertugas di kaunter tiket tu ..
“ Yer bang .. “
Aku jawab.. aku nak print dan fax .. Sehelai print , 50 sen .. Aku print 4 helai .. Untuk fax , dia kata RM2 .. aku tak pasti la harga tu untuk sehelai atau sekali fax .. Bagi aku , ok la … asal keje aku settle ..
Bila aku cari no fax , takde pulak . Aku baca semula antara arahan yang terdapat di kertas yang aku print tadi…
Scan pon boleh , dia tulis situ .. Owh … Scan je la kalau gitu .. Aku tanya adik tu , harga untuk scan .. Adik tu warning aku awal awal . Hahaha ..
Sehelai RM2 .. hahahah .. Bukan salah dia pon.. Dia bukan tokey .. haha… 4 helai , RM8 .. campur print tadi, RM10 .. Wowww weee wuuu … Cam ni punya gaya , aku pun nak bukak CC .. huhu ..
“ Tak pe la dik , .. abang balik abang lukis je kat photoshop .. pastu email je semula kat orang tu.. Selamat RM8 .. “
Bukan kedekut .. tapi adakalanya jangan terlalu anggukkan kepala .. adehh ..