Semalam aku gi makan kat Paparich Ayer 8 , Putrajaya. Lama tak gi sini. Kalau kat sini , aku suka makan masakan berkuah cam laksa , keow teow sup ke... memang banyak la makanan best best. Harga pon leh tahan la. Hehehe.. Sesuai dengan tempat gitu..
Dulu aku pernah kata.. aku serik nak masuk sini tapi dek kerana Qhaliff nak makan Chicken Chop dan yang lain nak makan Fish n Chips , maka masuk je la aku. Huhuh... Ikut pelan, nak gi makan nasi arab. Nak makan ayam banyak banyak. Protein gitu. Hahaha..
Masa untuk pilihan... 3 orang anak , semua nak makan makanan sama. Fish n Chips. Aku order apa tah.. tapi keow teow sup ada ayam tu. Kelihatan begitu menyelerakan sama sekali. Bila dah tau nak makan apa.. order la.. Eh , kena isi sendiri dalam 'borang' tu.. Huhu..
Siap.. Kasi 'borang order ' tu kat salah seorang staff situ. Hurm.. Dan tak lama kemudian , datang staff yang lain lak. Katanya Fish n Chips abis. Aduh ! Aariz buat hal dah. Beria dia nak makan gak. Staff tu , cakap kat kedai sebelah ada jual. Aku tanya dia... boleh bawak masuk makanan luar ke ? Dia jawab boleh jer.. Mungkin dia kesian tengok Aariz bersungguh nak makan. Lega rasa.. Selesai masalah. Wife bawak Aariz gi tapau kat kedai sebelah. Yang lain, duduk ngan aku dalam tu..
Selesai makan... Semua sedap ! Aku siap tambah lagi keow teow. Adik yang hantar makanan tu terkejut. Dia ingat order aku tak sampai. Rupanya aku bertambah. Huhu.. Lapar dik oii ! Tapi dia memang mesra la sangat. Lembut je cara cakap. Senyum lagi. Dan aku dapati dengan pelanggan lain pun dia macam tu. Mesra gitu. Macam dia owner kedai tu.. Aku rasa owner kedai pun payah nak mesra macam tu.. Huhu..
Masa untuk bayar.. Adik tu cakap terima kasih kat aku sekeluarga. Bagus kan ? Huhuh.. Aku ke tabung tips untuk staff.. Adik tu lalu depan aku.. Terus aku sapa dia..
" Dik, ni tips untuk adik tau.. " kata aku. Terkejut dia. Dia ucap terima kasih. Aku masukkan duit tu dalam tabung tu. Staff lain pun bagus. Aku rasa team Paparich Ayers 8 kali ni bagus. Rajin dan cepat je buat kerja.
Teruskan tau ! Bayar mahal pun berbaloi makan situ ! Huhuh.. lebih lagi semalam , wife yang belanja. Heheee..