Seperti biasa... tugas harian aku ialah menjemput dan menghantar anak anak ke sekolah sendiri. Aku lebih puashati dapat buat gitu. Tak kaya pun tak pe la asalkan aku dapat kenangan begini dan begitu juga mereka. Tak nak ajar anak anak terkejar kejar duniawi walaupun penting. Makan pakai apa saja yang ada. Rezeki dari Allah.. Jika lebih , kita sedekah. Jika kurang , kita memberi. Begitulah.
1240 tenghari. Dia keluar melalui pintu biasa. Aku sambut dan ambil beg dia. Terkejut melihat belakang leher dia. Ada satu garisan panjang berwarna merah dan masih segar lagi. Terus aku bertanya pada dia. Katanya kawan dia tercakar ketika bermain bola. Huih... dasat kuku dia ! Sampai gitu sekali.
Di rumah.. aku periksa belakang badan dia. Ada banyak juga la dan panjang juga cakaran tu. Aku tanya Qhaliff apakah tindakan dia selepas kawan dia buat gitu ? Menurut dia , kawan tu minta maaf berkali kali. Dia tak sengaja. Apakah Qhaliff tidak membalas perbuatan itu ? Sejujurnya aku memang tak benarkan Qhaliff mengambil tindakan sendiri. Bagitau cikgu jika ada yang membuli atau memukulnya.
Qhaliff kata pada kawan dia. Dia hanya akan memaafkan kawannya jika dia memotong kuku. Dia tak nak kawan dia tercederakan kawan kawan yang lain. Kesian nanti. Aku tersenyum. Yer.. aku faham situasi ni. Begitulah adat berkawan. Kalau dia tak sengaja. takkan nak marah dah cuma kena la ambil tindakan memperbaiki.
Aku letak gambar ni ke dalam grup whatsapp kelas. Ada ibu bapa minta aku mesej mereka secara peribadi jika anak mereka terlibat. Aku tak mesej sapa sapa. Aku cuma tinggalkan pesanan yang meminta ibu bapa periksa kuku anak masing masing bila pulang dari kerja nanti. Itu saja. Aku tak minat nak panjangkan cerita ni dengan harapan tidak berlaku lagi insiden seperti ini di masa akan datang.
Kalau takda ketip kuku yang bagus , boleh je beli di SINI dan simpan ! Pastikan ada ketip kuku di sisi kita. Aku sendiri pun simpan dalam beg aku. Senantiasa bawa ke mana mana sebab kuku ni cepat panjang. Kita yang gemar makan makanan berprotein akan bikin kuku cepat panjang ! Kuku anak anak aku pun cepat panjang.
Kemudian aku sapukan gel aloevera ke belakang badan dia. Sememangnya gel ni banyak membantu aku ketika anak anak terluka , bengkak dan lebam. Cepat suruh wooo ! Korang yang ada anak kecil di rumah , sila pastikan ada stok termasuklah dalam beg travel. Kalau luka , cepat taruk.. darah akan berhenti dan cepat kering. Korang boleh beli untuk kegunaan di masa kecederaan. Hee.. dapatkan di SINI.