Baru lepas tonton rancangan SEMANIS KURMA di TV9 dengan tajuk yg panassss iaitu SURI RUMAH LELAKI .. Bukan SURA RUMAH yer.. Rasanya tak wujud pun perkataan tu eh .. ke ada ? Ke baru DBP dah wartakan perkataan tu .. hehe .. tak kisah laaa janji korang tau apa ceritanya ..
Tak dinafikan zaman ni ramai lelaki dah memilih kerjaya sebagai suri rumah sebagai profesion mereka selepas berkahwin , termasuk aku . Pastinya kenapa mereka memilihnya , mereka saja yang tau.
Aku ? Seperti yang korang sedia maklum , kalau aku tak kawin sekali pon , aku rasa … inilah bidang yang aku ingin sangat lakukan dari dulu lagi ! Bukan blogging tetapi penulisan.
Berbalik pada topik , insyaAllah hujung bulan ni aku dan wife akan menimang cahaya mata pertama. Aku terfikir gak dan dia pun begitu jugak .. Nanti nak bagi sapa jaga si kecil tu ? Nak bagi taska ? Sedia maklum taska di Putrajaya ni mmg penuh dah dengan baby .. Dan kos untuk penjagaan dia lak bukan skit. Tak silap aku paling murah pon leh dapat RM350 sebulan. Tu nak ulang alik g amik dia lagi setiap hari ? Kalau dapat taska yang ok , alhamdulillah . Kalau kena kes dera yang kita dok tengok kat berita setiap hari tu , mau pening gak kan ?
Jadi , bila dibincang bincang .. kesimpulan .. Aku je la bekerja dirumah . Lagi pun masa depan wife dalam kerjaya dia , jauh lebih bersinar jika nak dibanding aku .. Terus terang ni .. Tarak malu punya .. Nak malu apa kan ? Kita masing masing ada kelebihan dan kekurangan .. Terima jer .. Dengan cara itu , kita akan membuka diri kita untuk lebih berusaha maju kehadapan . Ni asik asik , maluuu tapi buat dosa tak malu la pulak kan ?
Dan syukur alhamdulillah , sejak bekerja dari rumah disamping sidai baju , kutip baju , buang sampah , bersih rumah dan macam macam lagi kecuali masak dan lipat baju ! Argh.. dua menda ni liat giler aku nak buat terutama lipat baju ! Aku tak tau laaa napee .. Bila aku lipat , QC tak puashati. Aku kalau dah kena tapis gitu , mmg aku malas dah nak buat .. ahahah .. Teruk kan ? Jangan ikut perangai cam aku. InsyaAllah aku akan berubah.. Nanti leh buat sama sama ngan babyy.. hehe ..
Cuma yang tak enak mengenai suri rumah lelaki ni , jenis yang mengambil kesempatan pada isterinya .. 100% di bahu isterinya dan dia goyang @$^@#$^ jer … Ni mmg dayus ! Tu belum campur lagi dengan perangai yahudi dia yang suka berjudi , enjoy atau melepak bersama kawan .. PErgh.. memang malang tang ni ..
Dan seperkara lagi , jiran akan pandang serong skit la pada suri rumah lelaki ni . Aku ? Hehehe .. Pandang laa.. ada aku kisah ? Sekurang-kurangnya aku buktikan yang aku bukan sekadar omong kosong .. Ni kerja tapi dok kutuk bos.. Pastu curik tulang .. Haa.. aku sedar diri gak .. Dari wat dosa , baik aku sendiri jadi bos sendiri kuli..
Waktu kerja aku ? Kul 7 pagi mula kerja hingga 2 pagi .. Tv pon tak tengok ok ! Tidur ? Pergh.. time lunch je .. tu pon 10 minit jer .. Selebihnya , cari bahan dan job di internet .. Weee .. Sapa kata jadi suri rumah best ??