Hari ni wife memandu g kerja. Biasanya aku hantar.. tapi untuk hari ni , aku sangat sangat tak larat dah nak memandu ke sana sini. Apatah lagi malam ni , aku ada kerja lak ! Kalau aku memandu dari awal pagi , pastinya malam karang akan bermasalah buat aku ! Mengantuk !!
Wife pon tak larat nak bersiap awal pagi ! Dia kata biar je dia memandu. Tak jauh mana pon Putrajaya dari rumah aku tu.. Kalau jalan clear , dalam 15 minit je dah sampai.
Bila si isteri memandu , dia yang mengandung dah nak masuk 6 bulan pastinya sukar nak memakai seat belt ! Agak rimas katanya. Tapi aku tertanya , apakah selamat baby yang sedang dikandungnya ? Setiap kali mengandung , aku akan tertanya gitu.. Aku rasa , ramai je lelaki tertanya tanya.. kan ?
Menurut BabyCenter , memakai seat beat tidak akan mencederakan bayi dalam kandungan tetapi perlulah memakai dengan cara yang selamat. Bukan pakai ketat ketat tuuuuu.. Haa !
Gambar Hiasan dari BabyCenter.Com
Perhatikan cara pemakaian dia. Jangan pakai lilit perut tu. Kalau berlaku kemalangan , hurmm.. bahaya wooo ! Banyak la gak tips dia kasi tu.. Boleh rujuk kat BabyCenter. Sila utamakan keselamatan yer.. Jangan malas malas !