Tahun depan Qhaliff masuk usia 5 tahun dan Zahra 3 tahun. Aku pening dok pikir mana nak hantar Qhaliff untuk permulaan mengenali dunia pendidikan. Tapi kesian ada jugak.. Macam tak bersedia je dia lagi.. Begitu juga Zahra.
Baru-baru ni , aku terima pelawaan seorang rakan untuk ke Heguru yang terletak di Mid Valley Boulevard. Aku tak buat langsung kajian mengenai Heguru. Aku terus setuju dan bawak Qhaliff. Aku nak tengok respon dia di sana nanti. Apakah dia dah bersedia untuk ‘berguru’ selain mak ayahnya ???
Sampai masanya , aku bersama Qhaliff ke HeGuru. Bila masuk je ke sini , aku terasa suasananya berbeza sekali. Selesa dan tak rasa tertekan di sini sama sekali..
Yer.. Qhaliff kelihatan amat selesa di sini. Aku biarkan dia bermain sendirian di bilik permainan yang dikhaskan sementara menunggu kelas bermula..
Bermain hingga tak nak berhenti pulak dia.. Huhuh..
Sebelum masuk ke kelas , aku diberi infomasi terlebih dahulu mengenai Heguru dan asal usulnya. Yer , menarik sekali ! Pelajar yang dihasilkan dari didikan Heguru ini memang menakjubkan sama sekali. Penerangan yang cukup jelas.
Sedikit latar belakang mengenai HeGuru. Heguru Malaysia adalah cawangan pertama di luar Jepun. Sudah beroperasi lebih 5 tahun dan sudah pun mempunyai cawangan di bandar dan negeri lain seperti Damansara, Puchong , Pulau Pinang dan Johor Bharu.
Selepas 30 tahun kajian dan praktis , Heguru berjaya menjadi sekolah terbesar untuk Right Brain Develoment. Pelajar Heguru sering mendapat nama dan pujian di media Jepun. Heguru terpilih Japan’s Best Right Program untuk kanak kanak.
Terus aku terfikir pada Zahra. Nak hantar dia tak ke sini ? Kat sini , diorang terima pelajar seawal 6 bulan hingga ke 10 tahun. Qhaliff dah 4 tahun tetapi kena masuk kelas awalan terlebih dahulu.. Nak tengok kemampuan dia.
Ruang pembelajaran yang selesa. Pelajar ditemani oleh parents. Secara tidak langsung , parents boleh nampak perkembangan anak mereka di dalam kelas ini.
Menarik kan ? Hehehe.. Jam 4.30 petang.. kelas bermula. Aku tak sabar nak tau apakah rahsia mereka..
Kelas diajar dalam bahasa Inggeris. Mudah , jelas dan sangat membantu. Sensei atau guru yang mengajar pula , diberi kursus di Jepun sebelum ditauliahkan. Bukan semudah itu yer.. Heeee..
Kelas bermula.. Gulp ! Ngan aku aku terasa gementar. Lama tak masuk kelas gini haa.. Last aku masuk , masa nak amik lesen P dulu haaa..
Fuhh.. sensei mulakan kelas dengan.. tu dia ! Penuh disiplin. Ngan aku aku jadi takut nak pegang handphone ! Terus tumpukan perhatian. Kang kena soal , tergagap aku.
Dan Qhaliff.. Hurmm.. dia segan pada awalnya. Tetapi Sensei pandai amik hati… lama lama , dia beri tumpuan tapi tak nak lepaskan aku..Huhuh.. Takde kawan la tu.. Tu pasal jadi gituan..
Kelas ni bukan sebarangan kelas ! HeGuru menekankan aspek penggunaan otak kanan bagi mengimbangi penggunaan otak kiri. Kalau dua dua bahagian otak digunakan , barulah anak kita mampu berfikir dengan begitu baik. Barulah jadi anak yang pintar.. kan kan ?
Di sini para pelajar akan diberi tunjuk ajar menggunakan otak yang mana hasilnya ialah mampu mengingati sesuatu objek dengan pantas , memproses data dengan pantas , fokus terhadap sesuatu objek , punya daya IQ yang tinggi , kaya dengan kreativiti , personaliti yang mengagumkan dan punya daya pemikiran yang luarbiasa !
Pelajar memang tida akan duduk diam di dalam kelas. Sensei atau guru akan senantiasa meminta pelajar mengambil bahagian dalam setiap aktiviti. Pembelajaran dalam bentuk visual dan juga audio. Satu teknik yang menarik sama sekali.
Banyak menggunakan flash card dan sangat laju dia punya teknik pembelajaran flash card ! Memang macam flash ! Huhuhuh.. Mata kena cepat tangkap. Telinga kena cepat dengar ! Tak boleh leka sama sekali !
Kelas yang aku pergi ni , cuma sejam je tapiiiii ! Tapiiii ! Dalam tempoh sejam tuuuu , aku belajar hampir 50 perkara baru dan menariknya , mereka tak mengulang tajuk yang sama.. Maka dengan itu , pelajar tak boring sama sekali ! Ianya akan diulang pada kelas akan datang.
Secara jujurnya , Heguru bagi aku ialah satu kelas pembelajaran yang sememangnya dinantikan oleh semua ibu bapa ! Dan pastinya anak yang terhasil nanti sangat mengejutkan kita.. Huhuuh..
Untuk keterangan lebih lanjut , sila lawati ke :
Website: heguru.com.my
Facebook : facebook.com/hegurumalaysia
Instagram : instagram.com/hegurumalaysia
Twitter : twitter.com/hegurumalaysia
Cawangan HeGuru di Malaysia :
1. Kuala Lumpur Mid Valley Centre ( HQ )
Unit 27-3 & 27-8 , Block B , Signature Office ,
Mid Valley Boulevard , Lingkaran Syed Putra , 59200
Kuala Lumpur
Tel : 603 2287 2168
Email : info@heguru.com.my
2. Johor Bahru Centre
14, Jalan Sutera Tanjung 8/4.
Taman Sutera Utama , 81300 , Skudai Johor
Tel : 607 557 7188
Email : info-jb@heguru.com.my
3.Puchong Cenre
D-06-02 , 2nd Floor , Block D , Setia Walk
Jalan Persiaran Wawasan , Pusat Bandar Puchong ,
41760 , Puchong , Selangor
Tel : 603 5879 9769
Email : info-puchong@heguru.com.my
4.Penang Centre
41A-G , Persiaran Bayan Indah , ( Opposite Queensbay Mall )
11900 Bayan Lepas , Penang
Tel : 04 638 3617
Email : info-penang@heguru.com.my
5.Damansara ( PJ ) Centre
C-212 , Jalan PJU 8/1 , Damansara Perdana ( Metropolitan Square )
47820 , Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03 7733 2167
Email : info-pj@heguru.com.my
Jangan persiakan peluang keemasan buat anak anda ini..