Gambar ni aku amik dari page DUNIA KUCING di Facebook.. Apa yang membuatkan aku amik gambar ni disebabkan ‘ceritanya’ yang sangat mengharukan aku. Aku sayangkan kucing .. Cuma tak leh bela sbb wife allergic.
“ nenek ini meminta pihak rumah sakit membenarkan kucingnya menemaninya di rumah sakit. Demi menghabiskan saat-saat akhir tuannya, kucing itu sangat setia menemani tuannya sampai tuannya meninggal dunia... sayangnye si comel pada tuannye.. :') “
Dan ada rakan di situ beritahu kucing itu mati selepas beberapa hari tuanya mati !
Ok .. aku nak kuarkan air mata dah ni ! Teringat kucing siam aku dulu .. Huhu.. Bobby nama dia .. Di saat dia nak mati , dia kerap main depan rumah aku. Padahal susah benar dia nak balik rumah kecuali lapar. Maklumlah , jantan hensem..
Binatang pun setia pada manusia .. Walaupun bukan semua , tapi ada juga boleh ‘fikir’ ..