Sedih.. tengok kuku yang panjang di jari ! Nak potong tapi setiap kali nak potong , mesti ada ‘isu’ kecil muncul yang menyebabkan tergendalanya agenda potong kuku. Kena uruskan hal yang lebih penting ! Nak buat rombakan jadual kehidupan pon payah. Segalanya bergantung pada dua menteri kecik tu.. Huhuhhu..
Akhirnya semalam.. dalam kereta aku bertanyakan pengetip kuku pada wife .. Tak tahan tengok kuku dah serupa macam vampire punya gigi dah .. Huhhhh.
Wife tunjuk pengetip kuku tu.. Dan mintak jari aku.. Dia tolong ketipkan.. Ececeeceh.. tetiba rasa nak kawin lagi 3 ! Eh , silap.. kensel nak kawin lagi 3.. haaaa..
Dan kebetulan berada di traffic light.. tengah jammed dan pastinya kereta terhenti .. aku hulurkan.. Nak ketip kuku bukan sampai 10 minit pon.. Sekejap je settle ! Tu pon ada yang pertikaikan.. hahahah .. ( jeles kot bini dia tak buat gitu ? )
“ Kalu seblah tangan tgh di potong kuku, seblah lagi dok amik gmbr... sapa pulak yg tgh pegang stereng?.... ngengader la tu.... piiraahh.. “
Aku pun ada akal nak pikir ! Takkan nak buat keje bodoh kot ? Aiseymannn .. Aparaa..
Selesai.. kemas skit kuku.. nak g meeting pon rasa selesa.. Kan ? Aku duduk rumah jaga anak.. nak kena uruskan anak.. nak kena buat kerja aku.. yakni update blog , jawab email .. cari idea untuk post status di media sosial.. Adakalanya nak makan pon tak sempat ! Inikan pulak kuku..
Dah .. toksah terbayang part lain .. “ Entah sempat gunting ke tak eh ? “
Buat para ‘suami’ .. sila sila bantu membantu ‘isteri’ anda di rumah..