Bila dengar je Cyberjaya , ada yang terpinga pinga.. Ada apa kat Cyberjaya ? Hehehe.. Apakah serupa macam Putrajaya ? Huhuhuhu.. kan kan ? Bagi yang tak pernah pergi , pastinya itu yang bermain di minda mereka.
Namun bagi mereka yang bekerja dan tinggal berhampiran Cyberjaya pastinya dah tau akan keunikan Cyberjaya ni..terutama dari segi keunikan restoran restoran yang ada di sana.
Baru-baru ni , aku dan rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaaari berpeluang sekali lagi menerokai salah sebuah cafe di Cyberjaya dan kali ini keunikan cafe ini terletak pada makanannya ! Maknanya , orang ke cafe ni hanya semata mata untuk menikmati makanan yang disediakan di sini.
Trulia Cafe yang terletak di Jalan Flora CBD Perdana 2 Cyber 12 Cyberjaya sudah setahun beroperasi. Nama Trulia ni berasal dari Italia. Haa.. Ada sejarah tersendiri sebenarnya. Tapi apakah makanannya berkonsepkan Italian ? Tidak sama sekali ! Namun tetap ada keunikannya..
Ok.. apakah jenis makanan yang ada di sini ?
Hurmm.. aku bukak buku menunya.. Eh , macam makanan kebiasaan je ni ? Kan ? Harganya pon lebih kurang standard jer.. Nak dibandingkan dengan gerai tepi jalan , tak adil la pulak ! Ni kat Cyberjaya kawan.. Sewa di sini pun tak sama sewaan di lokasi lain. Tapi apakah sebab itu ? Itu cuma antara faktor..
Persoalan demi persoalan.. Sedap ke ? Setanding ke dengan harganya ??
Macam macam ada , kan ? Ok.. order makanan dah dibuat. Air sampai dulu ! Huhu.. mesti la kan ? Dahagaa ! Aku order air asam boi ! Kasi lega tekak dulu sebab aku workout di gym sebelum datang.. Heee..
Rakan rakan lain , dengan selera memasing..
Fuh… amacam ? Membuka selera tak ? Tengok air pun dah terliur.. Makanan mesti lagi gempak kan ?
Ok… tak lama kemudian , makanan dihidangkan satu demi satu.. Kami pun , buat la tugas kami.. Heheheh.. Bukan mereview tau.. Kami ke sini untuk mempromosikan Trulia Cafe.
Dan sampai lagi.. lagi dan lagi !
Semua yang dihidangkan pada kami adalah antara tarikan.. Antara yer ! Haaaaa… Menyelerakan sama sekali !
Buat kerja dulu baru makan ! Hehehehehe… Kan kan ? Dan bila merasai satu demi satu makanan.. ternyata harga Trulia Cafe ni memang berbaloi untuk datang makan di sini ! Tak kira makan tengahari atau makan malam ! Huhuhuhuh..
2 jam berlalu dengan begitu manfaat ! Huhu.. Sambil berborak santai , makan hidangan yang lazat.. sememangnya berbaloi datang sini !
Ok. penutup lak !
Sagu Gula Melaka dan kopi !
Beberapa idea dilontarkan dengan seikhlasnya.. bukan dari sudut makanan yer.. makanan dah tip top ! Hehehe.. Dan empunya cafe menerima dengan hati yang terbuka malah menghargainya.
Ok.. Bagi yang berminat nak datang sini , korang waze jer TRULIA CAFE ( Cyberjaya ) . Turut mengambil tempahan terutamanya event event di pejabat. Dibuka seawal 9 pagi dan tutup jam 9 malam pada hari biasa dan pada hujung minggu , tutup jam 12 malam.
Untuk pertanyaan dan info lebih lanjut , sila hubungi :
Trulia Cafe - +60-3-86885963/64
Facebook : Trulia Cafe