Esok , negara kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59. Ramai masih dok menyatakan dan mempersoalkan apakah kita benar benar merdeka ? Hurm… Apakah kita benar benar merdeka ??? Hanya korang jer boleh menjawabnya.. dengan positif !
Yer.. positif ! Amatlah penting kita mendekati hati yang positif ! Bagaimana kita nak positif ? Mudah saja. Kita berkawanlah dengan mereka yang positif minda dan perilakunya ! Secara tidak langsung , kita akan turut menerima impaknya.. kita akan turut positif , sedikit demi sedikit..
Mana lagi payah ? Nak positif atau nak negatif ? Minda yang negatif akan menghasilkan tubuh badan yang tidak sihat ! Asyik punya pemikiran yang keterlaluan dan adakalanya hingga nak bawa ke dalam mimpi ! Teruk sungguh !
Alhamdulillah… Allah telah menemukan aku dengan insan insan yang positif kebelakangan ini. Secara tidak langsung , aku juga turut berubah cara pemikirannya..
Kalau tak percaya.. cubalah buat.. Hati akan lebih tenang jika kita positif.. Kita jangan saja berfikiran positif tetapi perilaku kita juga mestilah positif ! Haa.. Jangan pandai cakap tapi tak reti nak buat ! Tak guna gak tuuu.. kan ?
Apa apa pun , jutaan terima kasih pada wakil blogger #KBBA9 yang sudi melawat ayah aku. Yer , aku tau.. dan aku positif ! Hehehehe..
Puan Shiqeen Sattar dan Puan Nooraini Ali , blogger KBBA9 dan juga pegawai polis di Bukit Aman.. Semoga kehadiran mereka dalam komuniti blogger yang aku tubuhkan ini memberi impak positif dan lebih maju ke hadapan !
Positif Ben.. Positif ! Bukan semua leh positif.. kan ? Hahahaha…