Mesti korang pon pernah buntu kan ? Kenapa blogger lain boleh menghasilkan entri entri yang best dan menarik .. Dalam erti kata lain berkualiti ..
Bila memikirkan semua tu , kesannya , patah semangat dan takde mood nak blogger .. Tensen , bengang ..dan akhirnya , cemburu menguasai diri .. apa yang berlaku , tutup blog atau g kacau blogger lain ..
Jika itu yang berlaku , mula mula fahami apa itu blog ! Bukan goblog atau batu block ! Takde kaitan .. Umum , blog adalah satu jurnal .. Mencatitkan apa saja yang kita rasa dan lakukan .. Satu log .. Mudah .. Kenapa perlu menyusahkan ? Lainlah kita ni cendiakawan .. mampu menghasilkan entri entri yang bertahap tinggi yang mana bisa memberi input input pada pembacanya ..
Kita pon mampu buat begitu tapi dengan cara kita .. Aku amik contoh la yer .. Aku bicara mengenai dunia aku setiap hari .. Bermula dari bangun tidur hinggalah tidur .. Aku ceritakan perjalanan hidup aku ..
Bayangkan mereka yang berada di luar sana ( negara atau negeri lain ) secara tidak langsung tahu akan aktiviti yang sedang berlaku di persekitaran aku .. Event apa yang sedang berlangsung di PWTC .. Apakah aktiviti Kementerian Pelancongan .. Atau sindiket gores dan menang kembali beroperasi .. Semua itu aku catatkan dalam blog ! Walaupun simple tapi punya info ..
Mereka yang kata blog tiada info adalah mereka yang tidak tau mencernakan setiap entri yang mereka baca .. Mereka baca sambil lalu .. maka mereka tak jumpa apa apa ..
Blog adalah korang .. korang adalah blog .. Kalau korang buat begitu , maka korang akan enjoy berblogging.. InsyaAllah .. Jangan paksa tapi nikmatinya ..
Jangan tunggu ada info baru nak taip.. Mungkin bagi orang tu tak de tapi orang lain , ada .. Asalkan tidak melanggar batasan dalam berblogging , tu dah memadai ..
Blog kita , wajah kita ...