Benarkah kereta melambangkan keperibadian seseorang ? Tak perlu mewah tapi memadai dengan ciri-ciri yang ada pada kereta tersebut. Setuju tak ? Ok .. aku tak setuju sehinggalah aku memandu Toyota Vios !
Dan ..
Dulu ada seorang kawan yang juga jiran aku , cukup gilerkan Toyota Vios. Aku tak tau kenapa dan mengapa dia suka sangat Vios. Aku tak de la pulak nak test drive keretanya tu untuk mencari kenapa dan mengapa dia gilerkan Vios !! Heehheee..
Sehinggalah baru baru ni , aku berpeluang memandu uji Toyota Vios 1.5 TRD SPORTIVO dan segala persoalan aku terjawab ! Perghhhhh ,teruja giler aku wehh !!
Sewaktu aku dapat kunci , aku agak ‘pelik’ sedikit. Maklumlah , aku biasa bawak kereta ada kunci tapi untuk Vios TRD Sportivo ni , lain skit.. Mungkin ada yang dah tau dan biasa tapi untuk makhluk asing cam aku ni , tak biasa ! Terpelik dan timbul pelbagai persoalan !
Alamak ! Mana kuncinya ? Maka aku pon diterangkan mengenainya.. Hanya perlu rapat ke pintu jer pastu tekan punat yang ada di pintu kereta tu .. Tadaaaa ! Terbuka sudah !! Ok. camana nak hidupkan enjin kereta kalau kunci takde ? Gulp… Tak perlu tanya.. Aku diberi tunjuk ajar terus .. Hahahaha .. Termalu jap.. hehehe ..
Tekan je punat ENGINE START STOP yang terletak di sebelah kanan stering kereta ! Dan stering kereta , siap dah butang untuk kawal panel radio dan sebagainya ! Perghhh…
Ok.. kunci di tangan.. Qhaliff di sebelah kiri aku.. Enjin dihidupkan dengan begitu mudah sekali.. Bunyinya tak menyakitkan telinga seperti kereta mpv aku tu.. huhu.. Maaf , kenyataan ! Dimulakan dengan Bismillah.. Gear dimasukkan .. Huhuh.. Gear pon smart ! Kemas .. Mudah dipegang tanpa sebarang tekanan !
Dan mulakan pemanduan ujian dari UMW Toyota Subang ke destinasi pertama iaitu Putrajaya . Pasang map .. Dijadualkan tiba dalam 30 minit.
Tapi , tidak ! Aku sampai lebih awal !! Perjalanan lancar ditambah lagi dengan pemanduan yang tiada halangan.. Maksudnya , sedap giler memandu kereta ni ! Memecut dengan begitu mudah sekali.. Sekali tekan jer , 120kmj dalam tangan ! Hati hati memandu yer..
Permulaan memandu agak gugup sedikit.. Maklumlah , kereta baru.. Amik masa sedikit untuk biasakan..hehehe.. Tapi selepas dapat biasakan .. perghhh !! Tempat duduk kulit TRD Sportivo .. Selesa giler ! Tak berpeluh belakang aku .. Sakit belakang ? Tak terasa pon ! Melancarkan lagi pemanduan aku ke Putrajaya .
Ditambah lagi dengan pendingin hawa yang menyamankan pemandu serta penumpang di dalam kereta ni tanpa kira masa dan waktu !
Sampai di Putrajaya , amik wife .. pastu gi lunch bersama . Selepas makan tengahari , aku kembali rumah orang tua aku di Cheras. Di Cheras , aku bawak orang tua aku berjalan jalan dan test drive kereta ni.. Katanya , ini sesuai untuk orang muda. Reka bentuk yang aerodinamik memang menepati selera orang muda. Jarang dia nak puji pasal kereta ni .
Dan , dia ada menegur pasal cermin. Katanya dah siap tinted ! Aku tak perasan pada mulanya tapi bila diperhati betul betul.. Yup ! Dilengkapi dengan Toyota Premium Security & Solar Film ! Kemas ! Sememangnya akan ada mata memandang kereta yang dipandu aku ni ! Aku sendiri pon tengok berkali kali.. Cari kekurangan yang ada pada rekabentuk kali ni. Sempura sekali..
Petang , aku kembali ke Putrajaya ikut jalan jauh.. Highway la maksud aku.. Kalau kereta aku sekarang ni , confirm minyak dah setengah.. Tapi tidak pada Vios TRD Sportivo ni !! Penggunaan petrol yang sedikit ..menjimatkan !
Meter panel yang bergaya dilengkapi dengan Multi Information Display. Maksudnya .. bukan sekadar untuk ukur jarak atau kelajuan kereta ketika memandu tetapi ada memaparkan infomasi yang lain seperti , cruising range , average fuel consumption , instantaneous fuel consumption dan average driving speed.
Dalam perjalanan ke Putrajaya , Qhaliff dan sepupunya .. amat selesa bermain di belakang ..
Dan tiba-tiba senyap.. Rupa-rupanya , dua dua dah tertidur ! Berhentikan kereta dan pakaikan mereka talipinggang keledar.
Tiba di Putrajaya… Bawak ronda diorang di sana sebelum jemput wife .. Dan test drive dengan lasaknya di kawasan terbuka.. Maknanya , takde kereta dan orang ramai di situ.. hehehe .. Cool !
Ok.. camana pulak dengan ruang belakang ? Tempat simpan barang ? Perghhh.. Luas giler ( 506 Liter ) !! Untuk aku sekeluarga ni pon dah ok.. Boleh letak stroller , beg pakaian yang besar dan jom balik kampung !! Hahahaha..
Ciri-ciri sporty yang ada pada Toyota Vios TRD Sportivo ni yang mampu menarik minat orang muda cam aku ni ialah ..
- Daylight Running Lights
- TRD Sportivo rims yang amat cun dan . Tak payah nak beli lain dah !
Dan ..
Smart kan ? Aku kata dahh.. ! Aku tak nafikan ramai yang pasti akan terpikat dengan Toyota Vios TRD Sportivo yang cukup sesuai dengan mereka yang berjiwa muda … seperti aku !
Ada sorang kawan tanya.. Kalau orang tak muda , nak beli sesuai tak ? Hehehee.. Orang tak muda pakai , pasti akan terasa muda bergaya gitu !! Ok..dari Putrajaya , aku kembali ke Cheras dan esoknya aku ke Subang Jaya kembali untuk hantar kereta ni dan menariknya kaann , petrol ada lagi 2 bar ! Perghhhh.. Kalau kereta aku tu , confirm dah kena isi penuh balik !
Terus terang aku katakan..selepas aku pulangkan kereta ni dan pandu kereta mpv kesayangan aku tu , terasa sungguh perbezaannya ! Huhuh.. Malah Qhaliff sendiri tak nak naik kereta bapak dia ni ! Tercari cari dia kereta putih yang cun tu ! Huhhhhh…
Gi la test drive di cawangan UMW Toyota yang berhampirang korang ! Pastu , bagitau aku eh ..camana rasanya memandu kereta orang muda ni.. Hehehehe ..