Secara rasminya semalam , 1hb September 2015 sejarah tercipta di mana syarikat penerbangan terkemuka di negara kita , MALAYSIA AIRLINE SYSTEM telah bertukar pengurusan. Kini ianya di bawah pengurusan MALAYSIA AIRLINES BERHAD. Moga di bawah pengurusan baru ini , syarikat penerbangan no 1 negara ini kembali megah meluncur di udara.
Dan menariknya , aku adalah sebahagian di antara INFLUENCER yang dijemput untuk menyaksikan hari bersejarah ini ! Antara blogger lain yang terlibat ialah Farah Waheda , Evelyn , Pamela dan KY. Pemilihan tepat kerana mereka amatlah ramah dan murah dengan senyuman.
Sempena penjenamaan baru ini , kami diberi mini FAM trip ke Pulau Pinang. Sebelum naik kapal terbang , para penumpang diberi cenderahati yang sangat menarik untuk dijadikan kenangan !
Dan berjaya selfie dengan CEO MALAYSIA AIRLINES BERHAD , Mr. Christopher Muller. Berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang penerbangan seperti Lufthansa , Sabena , Brussels Airlines dan pelancongan. Yer , orang yang sesuai untuk mengurus tadbirkan syarikat penerbangan yang menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia.
Jam 9.30 , MH 1138 dengan menggunakan kapal BOEING 737-800 , penerbangan pertama MALAYSIA AIRLINES BERHAD telah selamat meluncur ke udara dan destinasinya ialah Pulau Pinang. Menariknya , aku sebahagian darinya ! Bangga !!!
50 minit penerbangan terasa sekejap sangat ! Tau tau dah sampai ! Patutlah ramai memilih pengangkutan udara masa kini. Harga pon dah mampu beli punya.. hehehe ..
PULAU PINANG
Jam 10.30 , tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Rindu Pulau Pinang. Walaupun kampung aku di sini , aku tak pernah berkesempatan untuk menerokai Pulau Pinang lagi. Ternyata Pulau Pinang kini jauh berubah dan lebih tersusun.
Lokasi pertama.. Jom ke restoran nasi kandar ! Tapi tak la nak makan nasi kandar awal pagi.. Nak cari roti canai !! Huhuh.. Lama tak makan roti canai original punya ! Destinasi , Ayer Itam..
Tokey peramah. Kedai bersih dan roti canainya , sedap ! Kuah dia memang terasa laa karinya ..
Aku mintak roti canai telur banjir !
Selesai sarapan pagi , pemandu pelancong membawa kami ke destinasi paling popular di Pulau Pinang. Tak lain tak bukan , Bukit Bendera. Kali terakhir aku ke sini , aku berusia 7 tahun. Ingat lagi memori tu.. aku bersama arwah kedua atuk nenek aku.. Huk huk.. terasa kenangan tu sewaktu menjejakkan kaki di Bukit Bendera , semalam.
Apa yang menariknya Bukit Bendera ni ? Kalau cuaca cantik , pasti akan teruja nak bergambar di sini dan berjalan jalan. Sejuk dan cantik sekali di atas ni..
Terlalu banyak yang menarik atas ni rupanya ! Tak sempat nak jelajah kesemuanya.
Selesai Bukit Bendera. Turun ke Ayer Itam dan menikmati Asam Laksa ! Asam Laksa di sini cukup terkenal dengan kesedapnnya.
Destinasi selepas tu ialah.. Fort Cornwallis . Queen Victoria Memorial Clock Tower & Esplanade. Ingat lagi sejarah SPM ? Francis Light ? Haaaa..
Ada banyak gambar nak letak ni ! Haaa.. Hahahaa.. Tapi sebaiknya , korang jelajah la tempat ni nanti ! Memang best bergambar kat sini.. Masuk sini dikenakan bayaran.. Ok la kan ? Boleh diorang jaga tempat ni , hasil dari tiket tu..
Selesai jelajah kubu penjajah ni , kami dibawa ke Peranakan Mansion & Chinese Jewellery Museum.
Best sangat sini ! Tak puas aku berjalan dan amik gambar dalam ni. Macam macam khazanah ada dan aku suka kesemuanya !
Antara barangan yang dipamerkan untuk tatapan umum.. Er , masuk kena bayar yer.. Heheheh ..
Siap jelajah ! Tengok jam dah kul 3 lebih. Destinasi seterusnya , Masjid Kapitan Keling. Masjid tertua di Pulau Pinang !
Penat berjalan.. Masa untuk Cendol , ABC dan Rojak Buah ! Sila dapatkan di Lebuh Acheh..hehehe ..
Selesai ! Jom Clan Jetties. Kat sini leh membeli barangan cenderahati untuk kenang kenangan..
Tepat jam 6 petang.. Kami kembali ke Lapangan Terbang Pulau Pinang untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Satu pengalaman yang cukup menarik dan berharga dari MALAYSIA AIRLINES BERHAD. Jutaan terima kasih buat MALAYSIA AIRLINES BERHAD. Kenangan yang tidak akan dilupakan..
Selamat maju jaya MALAYSIA AIRLINES BERHAD.