Bagi yang tak pernah ikuti drama bersiri tanpa iklan ini , sila klik nombor yang tertera dibawah ini untuk membacanya dari mula . Terima kasih . Hak milik terpelihara !! Copy tanpa bagitu , aku marah !
" Hurm... banyak la pulak komen kat entri entri lama .. Entri tadi dah post , entah apa lak reaksi pembaca nanti .. Pasti kata aku jiwang .. Ahhh.. jiwang pon jiwang la.. janji aku tak kacau orang dah .. Kacau Riana tak pe la .. Hehe.. Janji dia tak kisah .. ". Seperti biasa , aku akan membebel seorang diri bila jari jemariku ini tersentuh keyboard. Tak kira keyboard laptop mahupun handphone.. Ada je aku nak taipkan.
Anonymous berkata... [Reply to comment]
Assalamualaikum.. Suka baca sajak awak ..
8 September 2011 11:52 PM
Hurm.. Ada komen baru .. Haish.. Anonymous .. Adeh.. Cukup fobia aku dengan anonymous ni.. Tapi yang ni baik la pulak .. Wah , suka baca sajak aku eh ..
Cinta tidak semestinya bersatu ..
Tapi kerana cintalah kita bertemu ..
Usahlah dikenang cinta lalu ..
Kelak diri merindu ..
Cinta tidak semestinya bersatu ..
Walau hati ini meronta selalu ..
Hati ini terlalu pilu ..
Ingin bertemu ..
Aku terima hakikat inilah takdirku ..
Aku pasrah walau jalan berliku ..
Walau payah tetap ku lalu ..
Kerana kesukaran inilah dugaanku ..
Cinta tidak semestinya bersatu ..
Tapi kerana cintalah kita bertemu ..
Aku tetap bersyukur kepadaMu ..
Kerana cintalah aku .. tetap AKU ..
BEN ASHAARI '2011
Aku baca kembali sajak yang aku buat semalam sebelum aku masuk tidur . Sajak yang membuatkan aku tidak lagi mahu terbabit dalam dunia percintaan . Sajak yang meluahkan segala perasaan aku .
"Siapakah anonymous ? Takkan lelaki kot nak baca sajak jiwang gini ? Perempuan ? Kenapa guna anonymous ? Kalau guna id berdaftar , boleh gak aku follow blog dia .. I followwww kata diorang.. Hurm.. tak pe , aku tau nak buat camana nanti .. " Getus hati aku lagi sambil garu kepala yang tak gatal langsung .
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. " Adoi , sapa pulak sms aku memalam gini .. Macam tau tau lak aku tak tidur lagi .. "
" Hah ??? Adoiii .. camana si Wan Kembong ni boleh dapat nombor tel Riana ni ?? Ni sudah lebeyyyy... Kacau daun tol la mamat nih ! " . Kembali geram . Kalau beginilah kehidupan aku yang asyik geram kat Wan Kembong , rasanya cecah 30-an nanti , pasti aku dapat penyakit tekanan darah tinggi .
- SAMBUNG-