Update dalam bas ni .. Bas berenti rehat di Hentian Gua Musang. Solat sudah , makan je belum .. Heheh .. Makan tolak tepi dulu sbb idea dah datang .. Sebenarnya bukanlah idea tapi ada menda nak diceritakan ..
Hurm .. ada orang tanya aku , boleh ke aku hidup sebagai blogger sepenuh masa ? Jawapan aku mudah jer.. Kalau jiran aku boleh sara anak anak dia dengan meniaga nasi lemak , mengapa aku tak boleh ? Kalau mak ayah aku leh besarkan aku dan adik beradik aku hanya dengan meniaga sendiri , mengapa aku tak boleh ? Sama je sebenarnya .. Yang penting aku kena usaha untuk mendapatkan projek.. Selain dari tu , aku kena senantiasa menunjukkan komitmen aku pada dunia blog ni ..
Rezeki yang Allah bagi ada dalam pelbagai bentuk. Kita kena rajin cari dan usaha. Yang penting,kita kena mintak padaNya.. Ada yang berlagak kata segala yang dia dapat tu adalah dari usahanya sendiri .. Jangan bang .. jangan .. nanti Allah tarik semua , tergolek dok nanti !
Bagi aku , lepas makan anak bini.. bayar hutang .. dahh .. Aku tak plan nak jadi jutawan atau hartawan .. Aku nak bahagia dalam kehidupan ini. Bukan kemewahan ..
Kan Qhaliff kan …


