BEN ASHAARI



Hari ini di blog Mat Gebu ada buat sarapan yang mana aku rasakan sesuai untuk dibawa ke sekolah oleh anak anda atau anda ! .. Aku tak tau la nak kata mudah atau tidak , tapi bagi mereka yang pandai menyediakan makanan , aku rasa resepi yang disediakan oleh Mat Gebu ni mudah dan menyelerakan ...

Mesti korang pelik nape aku beria ngan blog Mat Gebu ni .. Pada mulanya aku tak kenal pun blog ni tapi ada sekali tu Mat Gebu mengomen di entri aku dan dibaca oleh wife aku yang mana kebanyakkan resepi makan malam aku selama ini dia amik dari blog Mat Gebu !! Waaa... jadi ini bermakna citarasa aku ni sebijik dalam resepi yang ada dalam blog Mat Gebu ... walaupun tak kesemuanya lagi sebab aku tak abis jelajah lagi blog dia ..

Aku tak leh sangat masuk blog Mat Gebu ni ... asal masuk , meleleh air liur ... asal leleh air liur aku masuk blog dia ! ... Haaa... Mesti korang tertanya , nape tak try blog lain ??? Jawapan ? Aku ikut je mana wife aku g dan dia rekomenkan ... Bila aku masuk n tengok , kalau aku berkenan , maka aku " follow the pungkoq" .. haaa...

Takat ni , blog masakan menyelerakan perut aku ialah blog Mat Gebu ... Kalau ikut tekak aku ni , semua ditelan .. Jadi , menu pagi tadi yang dibuat oleh Mat Gebu aka Pak Tua ialah egg benjo ... Aku suka bila bab bab telur ni !! Bayangkan kalau aku makan maggie dua bungkus , telur takkan kurang dari 5 bijik !! ... Kuning dibuang la..tinggal dua bijik je kuning .. Eh .. salah blog ni..bukan blog masakan ..hehehe..Bagi yang ada anak , boleh la buat egg benjo untuk dibawa ke sekolah ... sesuai gitu...

Pak Tua , pinjam gambar sat noo

Aku dah request menu khas untuk sesiapa yang berminat untuk diet dan juga ibu ibu yang baru saja melahirkan anak ...dalam erti kata lain , berpantang ..hehehe ...jadi ..kita tunggu jeeee Pak Tua menyediakan resepi tersebut ..InsyaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole David .. kedua duanya ahli sukan yang mengharumkan negara dalam arena masing masing ... Sangat membanggakan ...

Malam ni rakyat Malaysia pasti ternanti nanti perlawanan akhir perseorangan All England antara pemain no 1 dunia iaitu Datuk Lee Chong Wei dengan pemain tidak ternama dari Jepun..Satu kejutan yang diluar jangkaan .. Ramai ingin menyaksikan Chong Wei bertemu Lin Dan di final namun tidak kesampaian..

Perlawanan malam ini dijangka milik Chong Wei namun dijangka ditentang sengit berdasarkan prestasi membanggakan dari pemain Jepun , Kenichi Tago yang telah menewaskan Chunlai ( China) pada peringkat separuh akhir , smlm ..

Apa pun , kita tunggu malam ini.. Di tv1 , siaran langsung bermula jam 830 malam ...

Nicole David yang bertarung di Chennai Open pada minggu ini , aku tak pasti lak apa keputusan terkini .. tak smpat nak google memandangkan aku diganggu dek anak anak buah aku yang berkumpul kat umah mak aku ... huhuh...

Tak sabar nak tunggu final neh ... Chong Wei , tahniah buat anda .. kalah atau menang , anda telah mengharumkan nama negara !!
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dalam perjalanan ke Cheras tadi , aku terlihat satu awek ni naik scooter ... Emm... Dengan cara dia bawak tu aku rasa dia tercari cari rumah kot ... Tak pe la .. tak kisah pun ..bukan masalah aku...

Yang jadi masalah ialah , dia meletakkan beg tangannya di bahu kirinya !! Perghhh.. Bukankah itu memberi peluang keemasan kepada penjenayah ? Bukan sekadar membahayakan nyawanya malah pemandu dibelakangnya juga turut merbahaya.. kalau dia diragut , senang senang dia terbabas dari motornya .. dan aku tak rasa jika dia terbabas dia hanya akan cederta ringan tetapi boleh kehilangan nyawa terus !!

Ermm ..jika itu berlaku , siapakah yang harus dipersalahkan ? Nasihat kepada penunggang motor lebih lagi wanita ... jgn la bawak beg tangan yang mudah di ragut .. kot ye nk bergaya ,bertempat sikit... Gaya ke penting atau nyawa yang lebih utama ??
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Tadaaaaa... hehehe ...ada satu cara nih yang mana aku sendiri dah mencubanya . Menjadi .. Korang boleh makan sebanyak mana pun nasi tu tanpa rasa bersalah !



Cuba korang beli beras ni ... heheheh.... aku jamin !! Satu periuk korang makan pun tak rasa apa ... perut tak buncit tapi rasa selesa ... kenyang ...tak jadi ulo sawa... haaa..

Tapi ada la syaratnya ... Jgn laaa melantak sampai lauk pauk berjenis jenis atas meja .... sah sah kenyang giler .... lauk tu , biar la ada ikan bakar ke..rebus ke...atau ayam ke...sayur atau ulam tu lagi bagus ... haaa .. kalau tak tau menu apa nak masak , boleh rujuk blog MAT GEBU .. Ada beratus jenis ( ke beribu dah ) masakan sebelum dan selepas makan ...lauk pauk lagi la berlambak ..kan kan Pak tua ..


Aku dah try dah ..satu periuk nasi ..tak kenyang kenyang gak .. Kalau nasik putih tu , satu pinggan dah buncit perut ...ni tak naik langsung !! Beras ni pun penuh dengan khasiat .. Tak cayaa??? g carii !! Aku beli ni kat Tesco Ampang...Tempat lain , aku tak sure laa... kan kan ..

Pasni mmg aku akan beli beras ni je la...harga ? er... rasanya masa beli tu RM30 untuk 5kg ..hehehe.. Org kata mahai ? Tah ..bagi aku ok jee selagi menyihatkan ... hehhe
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

SUMBAT sahaja puting pada mulut bayi yang menangis namun formula mudah itu boleh membawa kesan negatif jika ia diamalkan secara berterusan.

Menurut pakar, amalan tersebut boleh menyebabkan fenomena gigi jongang. Malah selebriti seperti Os, Misha Omar, Allahyarham A.R. Tompel atau pemain bola sepak Ronaldinho, pernah dikaitkan dengan gigi jongang.

Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud berkata, amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

“Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras,” ujar Norlian ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.

Jelas beliau, bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari.


“Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

“Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut,” jelasnya.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

“Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).


Tiga tahap jongang

“Secara umum terdapat dua keadaan jongang iaitu gigi dan rahang mencembung ke dalam atau ke luar. Keadaan tersebut diistilahkan sebagai poor bite dan deep bite,” kata Norlian.

Tahap keadaan gigi-gigi sebelah atas dan sebelah bawah yang mempunyai hubungan yang tidak normal ini dibahagikan kepada maloklusi kelas I, II dan III.

“Maloklusi kelas I merupakan satu keadaan gigi atas berselisih dengan gigi bawah pada paras normal iaitu dua hingga empat mm tetapi gigi tidak teratur, sesak ataupun jarang. Ia tidak melibatkan rahang dan ramai yang mengalaminya,” katanya.

Mandibular retrognathism atau gigitan berlebihan (over bite) diletakkan sebagai jongang kelas II. Ini menjadikan rahang atas dan gigi berselisih dengan rahang dan gigi bawah dengan jarak yang agak besar seperti pelakon komedi Os.

Jongang jenis ini bertambah teruk jika bibir bawah terperangkap di belakang gigi atas atau bibir atas seseorang itu agak pendek dan tidak dapat mengawal posisi gigi atas.

Kelas III atau prognathism pula berlaku apabila gigi bawah lebih menonjol daripada gigi atas.

“Dalam kes seperti ini, pesakit selalunya mempunyai tulang rahang bawah yang besar atau tulang rahang atas yang pendek,” jelasnya.

Perbezaan saiz dan struktur rahang juga mempengaruhi pembentukan gigi serta kecembungan rahang.

Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan dalam menstruktur semula gigi dan rahang tetapi rawatan bergantung kepada tahap masalah dan umur pesakit.

Opsyen rawatan

Jelas Norlian, rawatan mengatasi masalah jongang lebih berkesan dan mudah jika abnormaliti rahang atau gigi dapat dikesan pada peringkat awal terutama pada fasa gigi kekal mula tumbuh kerana corak pembentukan gigi boleh dikenal pasti.

“Pendakap berfungsi merupakan satu daripada kaedah rawatan. Kaedah ini membabitkan sejenis pendakap berspring yang dipasang di antara geraham atas dan bawah,” jelas Norian.

Sambungnya, penggunaan alat tersebut membantu membetulkan kedudukan gigi atas dan bawah melalui tekanan pada tulang rahang.

Kaedah lain pula ialah dengan menggunakan pendakap tetap ortodontik membabitkan satu set dawai dan pendakap yang dilekatkan pada gigi.

Pendakap-pendakap tersebut secara umumnya dipanggil braces. Tempoh penggunaan pendakap adalah berbeza mengikut kes tetapi secara lazim, ia memakan masa sehingga 28 bulan.

Teknik tersebut menggunakan dawai gred perubatan yang disesuaikan dan diketatkan secukupnya untuk mengubah kedudukan gigi pada kedudukan yang dikehendaki.

Cabut gigi

“Bagi sesetengah kes, beberapa batang gigi terpaksa dicabut bagi memberi ruang pendakap menarik gigi lain ke ruang kosong ini,” ungkap Norlian.

Jelas Norlian, pendakap kekal atau pendakap berfungsi perlu dipakai sepanjang masa bagi memastikan rahang terus bergerak kepada posisi yang lebih baik.

Secara perlahan-lahan, alat tersebut akan mengalihkan kedudukan gigi bersama pembesaran rahang yang berlaku secara semula jadi.

Kaedah terakhir ialah penggunaan retainer atau penahan gigi. Alat tersebut berfungsi menahan gigi pada tempatnya selepas rawatan pergigian.

Sesetengah pakar gigi turut menasihatkan pesakit memakainya untuk satu tempoh yang tertentu bagi memastikan kedudukan gigi kekal pada kedudukan baru.

dipetik dari KOSMO ONLINE

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes