BEN ASHAARI



Tajuk/Lirik Lagu: Kau Yang Satu
Penyanyi: Wow

Tanpa mu aku la yang rindu
Tanpa dirimu hilanglah manjaku
Kasih mu adalah naluriku
Cintamu hanya di hatiku

Izinkan aku selami hatimu
Izinkan aku bisikkan cintaku
Janjiku pada kau yang satu
Diriku hanyalah untukmu

Engkau lah yang satu
Pujaaan hatiku
Sucinya cintaku padamu
Sayangku hanya kau yang satu
Kasih dah rinduku milikmu

sumber :LIRIK LAGU.NET


Korang pernah dengar lagu ni ? Pergh..berhantu kan ? Tapi ada yang kata , tah hapa hapa.. pendek giler lagu ni... Perlu ke nak panjang panjang ? Kalau panjang , baru layak di panggil lagu ?

Kira nak buat lagu yang sependek ni , cuma duduk tepi jalan , tiba tiba terus datang lirik lagu tu ? Tak payah pk ek ? huhu... idea ..kreativiti dan teknik ... keutamaan dalam penciptaan .. Samada menjadi atau tidak je..

Ok.. aku bagi satu lagi contoh ..

Tajuk/Lirik Lagu: C.I.N.T.A K.I.T.A
Penyanyi: XPDC

C.I.N.T.A. K.I.T.A.
satu rasa
C.I.N.T.A. B.U.T.A.
tak bermata lahirnya
C.I.N.T.A. G.I.L.A.
pada harta
M.A.N.A. C.I.N.T.A..
yang sebenar2nya
C.I.N.T.A. K.I.T.A.
sampai bila
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia

Kita berasmara di dalam cinta yang tak bermaya
Kita berupaya selagi padu janji setia
Kita selami cinta ini kian lama
Telan arus nangis ketawa
Sama rasa pastinya
Walaupun tahu cinta itu tak bermata
Namun masih banyak ada
Yang menawan di dalamnya

sumber : LIRIK LAGU

Pernah satu ketika dulu , diorg gelar lagu ni lagu budak sekolah..lagu budak tadika sebab mengeja... tapi apa jadi selepas tu ? Menjadi siulan budak budak ...

Pernah dengar lagu M.Nasir ? Tanya sama itu hud hud ? Lagu tu jadi siulan anak remaja tak ? Yang faham lagu tu , cumalah orang yang biasa membaca karya karya sastera .. berapa ramai ?

Semua ini adalah karya ... kreativiti .. perlukah mereka kutuk mengutuk untuk menentukan karya mereka lebih bagus ? aku rasa tak perlu , bukan ? Yang penting ialah , maksud lagu .. motif lagu tu di cipta tu sampai ke pendengarnya... bukan soal gaya bahasa , susun atur ..

Erm... aku rasa korang paham dh kan maksud aku.. nak tulis panjang panjang , aku bukanlah sasterawan negara ... cukuplah korang paham dah ..

BA : Broadband dan streamyx ... ada kelebihan dan kekurangan .. Yang penting , boleh online !
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Adakala kita terlupa ... di sebabkan dek 'aku punya pangkat , darjat dan harta ' maka aku lebih tinggi dari 'kau' !

Aku duduk atas sofa , kau ?? Kalau takat bersimpuh atas lantai , jgn sesekali 'ber aku kau' ! bila berbicara dengan aku ..

Ketepi .. kau tak layak makan satu meja dengan aku .. Kalau takat cuci pinggan je kerja kau , jgn cuba nak sapa aku .. Aku ini jauh lebih tinggi pangkat dari kau !

Ketepi .. aku nak jalan .. korang hanya mengotorkan laluan aku ni .. pergi jalan kat laluan lain.. aku tak nak bau korang melekat kat baju aku ni .. huh ..

Tapi bila terluka jari tu .. rupa rupanya , merah jugak darahnya ! Ingat warna pelangi ke .. ler..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Sahabat Blog @ Kelab Blogger : MN BAKERIES


Antara entrinya yang menarik ialah : Doktor Jantung: Elak perasaan marah , Blueberry cheesecake ,aGar-aGar dragon fruit dan banyak lagi laa... haa..

Nak singgah.. klik je mana mana entri dia .. sah sah korang akan dilompatkan ke sana .. hehee..tqq


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sapa tak kenal semua makanan segera ni ? Ramai kenal.. kan ? Kalau tak kenal tu ,sah sah dok kat negara penghujung dunia .. negara mana tu ? cari la sendiri ek..

Bab makanan ni , macam macam selera ada ... Ada yang kata A sedap dari B ... C sedap dari D .. macam macam citarasa .. Perlukah dibuat perbandingan ? Kata selera manusia ni lain lain ? Kalau tak suka , perlukah dijadikan isu ? Lain makanan lain resepi .. terpulang pada yang nak makan tu..

Ari tu , aku baca review tentang cerita SALT ..ramai kata tak best.. harap trailer je gempak.. Aku tengok ok je ? Dari mula sampai abis , aku tak ' kelip mata ' ... tapi tak la aku nak kutuk lebih lebih kan.. yelah , kalau dia suruh aku berlakon ? haramm .. keras gitu .. jadi nikmati je la.. tak suka , jgn tengok !

Berbalik bab makanan ni , contoh makanan kat hotel ... harga mahal , makanan ciput .. sedap ?Ada kata tak. .ada kata ok ... Persoalannya , sapa suh g makan kat hotel tu ??? G makan je kat kedai awe tepi jalan tu.. tak pon masak je sendiri..abis cerita .. Kecualilah yg ulas tu , chef terkemuka dunia .. tak kisah la.. tu pon kena hati hati.. sbb kalau tak sedap langsung , tak berkembang pon francais tu !
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
SEPULUH peserta musim pertama program pencarian Imam Muda yang berakhir Jumaat lalu, sudah pun mempunyai misi selepas 10 minggu melalui pelbagai ujian sepanjang berada dalam program berkenaan.

Juara sulung program itu, Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, yang ditemui pada majlis sidang media memberitahu, dia serta sembilan rakannya berhasrat menubuhkan sebuah kelab diberi nama Kelab Imam Muda.

Kelab berkenaan ditubuhkan agar mereka dapat mendekatkan diri dengan masyarakat dalam usaha mengajak umat Islam, khususnya golongan remaja supaya lebih mendekati agama. Pada masa sama, kelab itu juga ditubuhkan bagi membolehkan lebih 50,000 peminat program berkenaan yang mengikuti perkembangan mereka melalui fanpage Imam Muda di laman sosial facebook dapat mengikuti pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan secara bersama.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk kelab rekreasi, kesenian dan kem motivasi.

Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang yang sedang menyiapkan tesis peringkat Sarjana di Universiti Malaya itu berkata, dia suka mendekatkan diri dengan masyarakat terutama golongan remaja.

“Kami mahu keluar kepada masyarakat dan mahu mendekatkan diri kepada golongan remaja. Saya lebih suka bersikap mesra terhadap mereka sebagai satu cara untuk menggalakkan mereka mendekati Allah dan mengimarahkan masjid,” katanya.
Sementara itu, kemenangan peserta dari Pulau Pinang itu sememangnya sudah dijangka sebaik saja dia dan seorang lagi peserta, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dipilih sebagai peserta peringkat akhir.

Keyakinan diri tinggi serta pandangan luas anak muda itu memberi kelebihan kepadanya mendahului pencabar. Sejak awal siaran peringkat akhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, markah Asyraf sentiasa mendahului Hizbur.

Kemenangan itu melayakkan Asyraf menerima hadiah tawaran kontrak Imam Ratib di salah sebuah masjid di ibu kota, biasiswa pakej ‘berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi, pakej menunaikan haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM20,000, selain trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah.

Hadiah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Kejayaan dijulang sebagai juara memang membanggakan, tetapi menurutnya, ada tanggungjawab besar yang menantinya selepas ini.

Kata anak muda itu lagi, dia juga bimbang seandainya populariti akan membuatkannya jatuh tertiarap.

“Kegembiraan saya bukan disebabkan kejayaan bergelar juara, tetapi saya bangga melihat kejayaan program ini yang berjaya sampai ke telinga masyarakat di seluruh dunia. Sasaran semua peserta Imam Muda bukanlah kepada kejayaan individu, tetapi kami mahu melihat kejayaan masyarakat Islam dan agama itu sendiri.

“Kejayaan program ini memecahkan tradisi sebenarnya turut membuatkan kami berasa bimbang. Kami takut, kami sendiri tidak mampu untuk memecahkan tradisi selepas ini. Siapa tahu mungkin selepas ini kami akan jatuh tertiarap,” katanya.

Format pemarkahan program itu dipecahkan kepada tiga bahagia dengan 50 peratus markah dinilai berdasarkan ujian bertulis yang diadakan di dalam kelas, 20 peratus lagi dinilai ketika mereka melakukan aktiviti di kampung halaman masing-masing manakala 30 peratus lagi dihasilkan pada peringkat akhir yang dinilai oleh mudir (pengetua), Datuk Hassan Mahmood, dibantu dua mursyid (tenaga pengajar) iaitu Ustaz Shahrizan Daud dan Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, bersama-sama dua lagi wakil dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Sementara itu, naib juara Imam Muda, Hizbur pula memenangi hadiah wang tunai RM15,000, hadiah pakej ‘emas’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah, pakej umrah, pakej percutian 4 hari 3 malam ke Bandung dan pakej perabot jati bernilai RM7,000.

Semua peserta layak ke Madinah

PADA malam peringkat akhir itu, Astro Oasis membuat kejutan apabila hosnya Ustaz Dzulkarnain Hamzah, mengumumkan bahawa biasiswa pengajian tidak hanya ditawarkan kepada dua finalis, sebaliknya kesemua lapan peserta Imam Muda yang lain turut menerima biasiswa melanjutkan pelajaran ke Universiti Antarabangsa Al Madinah.

Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, peserta diberi kebebasan menentukan tarikh pengajian mereka.

Katanya lagi, Asyraf pula hanya akan memulakan tugas sebagai imam selepas pengajiannya di Madinah tamat. Bagaimanapun, masjid yang bakal menerima khidmatnya hanya akan diketahui kemudian setelah perbincangan dengan dengan pihak Jawi diadakan.

Sementara itu, Asyraf pula berkata, dia belum mempunyai tarikh untuk berangkat ke Madinah kerana fokusnya kini adalah untuk menamatkan pengajian di UM terlebih dulu, yang ketika ini masih tertangguh.

“Saya bercadang mahu menghabiskan pengajian di UM terlebih dulu, selepas itu barulah saya akan memikirkan mengenai pengajian di Madinah. Selama berada di dalam Imam Muda, saya tak pernah memikirkan apa yang akan berlaku kepada hidup saya. Bagi saya ganjaran yang diberikan adalah satu bonus,” katanya.

Peserta dari Baling, Kedah, Hizbur juga mahu menamatkan pengajian tahun akhir peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Al Azhar Mesir terlebih dulu, sebelum memutuskan untuk ke Madinah.

“Saya akan kembali ke Mesir untuk menghabiskan pengajian yang masih berbaki dua subjek. Sebaik saja pengajian di sana tamat, saya akan terus ke Madinah dan insya-Allah sekiranya diizinkan tuhan, saya mahu membawa isteri bersama kerana saya rasa sudah terlalu lama meninggalkannya sepanjang mengikuti program ini,” katanya.

Program realiti yang pertama kali diperkenalkan oleh Astro Oasis itu mendapat liputan pelbagai media antarabangsa. Antara media yang memberikan sokongan ialah BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York.

sumber : Berita Harian

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes