BEN ASHAARI




Oh tidak .. malam ni aku akan berkeseorangan ... huk huk .. aku ditinggalkan pergi... tapi tak pe la.. pergilah..pergilah.. kalau tidak , kau pasti menyesal .. hehehe .. wife outstation da.. nasib baik malam ni dah ada projek baeekk punya dengan geng FB yang berada di PUTRAJAYA .. hehe.. mau layan movie , THE LAST AIRBENDER ...betui ke aku eja ? sat checking .. betui betui ejaannya ..

Ops..tadi aku dalam ERL ..kali ni aku nak duduk.. tak larat nak berdiri .. sambil duduk , aku update entri ni .. malas nak duduk kosong .. rasa membazir masa begitu jer ... sekurangnya dapat la satu entri kan.. Walaupun pendek , tapi mesej aku sampai iaitu JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI .. hehehe..

Kenapa aku duduk ? Kalau aku tak duduk , lelaki lain lak yang duduk .. dari lelaki lain duduk , baik aku duduk kan ? Memandangkan takde perempuan nak duduk maka aku amik je la kesempatan tu .. Tapi yang buat tensen ni , bila duduk , masa bergerak satttt jee..tau tau dah sampai .. mau tak tensen .. huh.. kalau berdiri kosong.. rasa berjam lamanya .. ok sampai dah..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Reti ke budak sekolah ni bercinta ? Apa yang diorg tau pasal cinta ? Duit sekolah pon mak bapak bagi .. makan pakai pon mak bapak bagi tapi ada hajat nak cerita pasal kawin ?

Atas dasar apakah mereka kata kat gf/bf mereka .. " I MISS U dan I LOVE U " ? .. Apakah benar mereka saling mencintai atau sebenarnya sekadar dipermainkan oleh perasaan mereka sendiri ? Yang sebenarnya itulah ada mainan syaitan agar mereka terpesong dari niat sebenar ... Iaitu , mendapatkan ilmu ..

Mendapatkan ilmu adalah wajib.. wajib setiap manusia yang berakal untuk mendapatkan ilmu selagi bernafas .. Bila niat sebegitu , maka syaitan tak senang duduk maka mereka mulakan pelan perancangan bagi merosakkan segalanya ..

Sebab itulah banyak kes kes budak sekolah mengandung luar nikah .. Budak perempuan yang masih belum cukup matang ni amat mudah dipengaruhi oleh perasaan .. Ditaburkan dengan janji manis .. abis tergoda segalanya .. maka tergadai apa yang ada .. hurmm ..

Budak lelaki lak ,camana ? Cinta budak laki ni sebenarnya bukan lebih pada perasaan .. tapi nafsu .. terpengaruh dengan unsur unsur tidak sihat di internet membarakan lagi nafsu anak anak muda ni .. Bila ada 'mangsa ' , maka tidak dilepaskan segala peluang yang ada ..dipraktikakan segala 'maklumat' yang ada ... Malangnya , anak dara yang terpengaruh jadi mangsa .. Lelaki lepas tangan , perempuan tunduk ke bumi .. menahan sebak di dada dengan penuh penyesalan ...

Cinta pada ilmu lebih baik dari mencintai budak lelaki yang masih tak cukup umur ! Kalau cukup umur sekali pon , selagi bergelar pelajar , lupakan segalanya terlebih dahulu .. Balaslah pengorbanan ibu bapa dahulu dengan mengembirakan mereka dari mengalirkan air mata kesedihan bila melihat anak dara mereka dipermainkan ...


Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Anak anda yang masih bersekolah lagi bernikah , adakah anda benarkan ? Katanya dah terlalu sayangkan kekasihnya tu ... camana ?

Jika dah terlanjur , bagaimana pulak ? nak benarkankah ? Apakah tindakan yang ingin anda amik sekiranya anda berada di situasi tersebut ?

Hujah di TV9 malam ni KM Melaka , menerangkan sebab sebabnya .. Sekolah Hamil atau sebenarnya Sekolah Majlis Agama Islam Melaka akan membenarkan mereka yang bernikah bawah umur untuk bersekolah di situ ..

Erm.. aku setuju juga bila mana beliau mengatakan dari mereka melakukan zina dan membuang bayi , lebih baik ada pihak tertentu mengambil berat terhadap mereka . Ini kerana sudah pastinya keluarga dan masyarakat membuang mereka ..

Tapi ini bukanlah satu lesen bagi mereka yang bawah umur untuk berzina atau nak bercinta ketika belajar .. Ada syarat syarat juga bagi mereka yang bawah umur ni untuk bernikah ... bukan semudah itu jer .. tapi ini antara jalan penyelesaian yang mereka nampak .. Alhamdulillah .. Dari mencela , baik cari jalan keluar yang lebih sempurna ..

Boleh ke budak bawah umur ni berkawin ? Kalau kita perhatikan mak bapak kita dulu dulu .. atuk nenek kita , boleh je ?? Kalau kita guna alasan , cikgu dulu dulu lempang anak murid , mak bapak tak kisah , alasan yang sama gak... Mak bapak dulu dulu tak kisah pon anak mereka bawah umur kawin muda ... kan kan ?

Apa pendapat anda ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hurm .. Kalau bicara pasal PINK LADY atau MAK NYAH ni , mmg letih .. pelbagai alasan akan diberikan .. antara paling popular , " nak buat camana .. bukannya diorng nak jadi cam ni ? " .. Yeker ? Sama gak alasan penagih dadah dan juga perokok .. Bukannya tak nak berenti tapi sukar .. Sukar sangatkah ? Apa usaha yg dah dibuat untuk membuang semua tabiat tu ? Berapa lama dicuba ? Hurmm .. aku tak nak cakap pasal penagih dadah atau perokok.. diorg tu semua dah sedia maklum tentang hukum hakam agama .. malah dah ada fatwa mengenai rokok tapi ?? Dadah tu ... faham faham je la yer ..

Bab PINK LADY ni ... bolehlah baca apa kata ulama terkemuka di negara kita ni ... Dr. Mohd Asri..

Tanda-tanda Dunia Kita Mula Terbalik

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.

Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.

Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.

Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.

Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.

Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.

Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.

Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.

Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.

Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:

“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

Disiarkan pada Nov 16, 2008 di DRMAZA.COM

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Pada Mei tahun lalu misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola. Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.

Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:
  • 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
  • 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
  • 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.


Gejala:
  • 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
  • 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
  • 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.
  • 4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)
  • 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
  • 6) Radang selaput mata
  • 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my)


INFO: Leptospirosis
  • Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
  • Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
  • Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
  • Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
  • Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

    sumber : Bharian
  • Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ▼  2026 (4)
      • ▼  Februari 2026 (1)
        • Mudah di Tiktok sebenarnya.
      • ►  Januari 2026 (3)
    • ►  2025 (63)
      • ►  Disember 2025 (4)
      • ►  November 2025 (2)
      • ►  Oktober 2025 (2)
      • ►  September 2025 (5)
      • ►  Ogos 2025 (3)
      • ►  Julai 2025 (6)
      • ►  Jun 2025 (4)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (174)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (17)
      • ►  Julai 2023 (16)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ►  2011 (4966)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ►  Februari 2011 (488)
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes