BEN ASHAARI



dari zaharuddin.net


SOALAN

Salam, saya pernah terlanjur dengan boyfriend tapi itu bukan atas kerelaan saya. Saya dipaksa melakukannya. Dalam hati, tidak sedikit pun terlintas perasaan itu. Saya menolak tapi dia tetap memaksa. Sekarang saya ingin tahu adakah Allah akan menerima taubat saya setelah saya terlanjur? Saya berasa sangat sedih, jijik dengan diri dan hidup saya sudah tidak tenteram. Hati saya selalu tidak tenang. Saya merasakan Allah tidak akan menerima taubat saya. Tolonglah bantu saya.


JAWAPAN

Pertamanya, saya ucapkan syabas kerana saudari masih mempunyai iman dan punyai ilmu tentang haramnya tindakan itu, kerana itulah timbul perasaan takut, kesal, tidak tenang dan takut. Sekiranya perasaan itu makin menghilang, ia tanda iman juga semakin meluntur dengan sangat teruknya.

Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ

Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )

Apa yang perlu dilakukan kini adalah meneruskan taubat. Taubat sebenar yang akan diterima Allah adalah dimulai dengan rasa penyesalan amat sangat dan diturut dengan beberapa amalan di bawah. Antara package dalam taubat di dalam Islam adalah seperti berikut :-

1) Bertaubat dengan sungguh-sungguh.

Kesal dan menangisi dosa yang dilakuakn dengan azam untuk TIDAK mengulanginya.

2) Tidak berjumpa teman lelaki atau 'dating' berdua-duaan dengannya.

Jika jumpa sekalipun, perlu diajak ahli kelurga yang tegas dalam soal hukum Islam bersama ( Jika tidak tegas, ia sama seperti tiada). Jika tiada abang, hanya berjumpa di rumah saudari dengan kehadiran ibu bapa (yang juga dari kalangan yang prihatin dan mesti mereka sentiasa bersama). Jika tidak mampu juga,Maaf !. Saudari tiada pilihan lain kecuali mesti mencari jalan untuk mampu melakukannya.

Jika tidak, saudari pasti akan terus mengulangi zina pada satu hari nanti. Selepas itu, segala pintu iman akan semakin tertutup rapat buat saudari, peluang menjadi celaka dan melahirkan zuriat yang celaka juga semakin membesar. Awas!

Syahwat seksual dan zina adalah sama seperti dadah dan kegilaan harta material, ia boleh membawa seseorang menjadi mabuk dan lupa segala-galanya. Sebagaimana hadis yang telah saya bawakan dahulu iaitu :-

لو كان لابن آدَمَ وَادِيَانِ من مَالٍ لَابْتَغَى ثَالِثًا ولا يَمْلَأُ جَوْفَ بن آدَمَ إلا التُّرَابُ

Ertinya : Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan ke dalam perutnya kecuali tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari , 5/2364 )

Demikian juga perihalnya dengan nafsu syahwat seksual. Ia merupakan satu penyakit dalaman yang serius serta amat sukar dirawati. Ia sama sekali tidak boleh dipuaskan jika tidak dikawal dengan iman.

3) Mencari rakan wanita yang solehah di sekitar saudari.

Ini adalah satu tindakan yang baik, kerana dalam keadaan demikian, saudari memerlukan kaunseling berterusan dan kerap. Ia tidak akan diperolehi jika saudari berkawan dengan rakan yang seperti tingkah laku saudari sekarang. Jika susah untuk mendapatinya, sertailah kumpulan dan NGO yang mengumpulkan wanita-wanta baik dan berprogram bersama mereka seperti. Antara contohnya, sertai NISA', ABIM, JIM, ISMA dan lain-lainnya.

Ia adalah saranan Nabi s.a.w :-

إنما مثل الجليس الصالح والجليس السوء كحامل المسك ونافخ الكير فحامل المسك إما أن يحذيك وإما أن تبتاع منه وإما أن تجد منه ريحا طيبة ونافخ الكير إما أن يحرق ثيابك وإما أن تجد ريحا خبيثة

Ertinya : Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Hasilnya, wajiblah mencari rakan yang baik. Termasuk mencari teman lelaki yang baik. Antara tanda lelaki itu baik adalah dia TIDAK AKAN PERNAH MEMBICARAKAN SOAL SEKS ATAU YANG MENAIKKAN SYAWAT denganmu sama ada melalui sms, telefon atau berdepan, SELAGIMANA DIA belum bernikah denganmu. Mana-mana lelaki yang membicarakannya atau meminta sebelum bernikah adalah lelaki jahat dan tidak layak dijadikan suami atau itulah bakal suami penzina, kecuali apabila mereka juga bertaubat.

4) Berkenaan ayat dan surah tertentu.

Ada yang bertanya ayat tertentu untuk bacaan harian agar terjauh dari zina. Hakikatnya dalam Islam, sekadar mengalakan ayat tertentu tanpa menghayati ertinya, masih tidak mampu menjamin terjauh dari zina serta membawa kesan dan perubahan ke arah yang lebih baik. Pun begitu, jika masih ingin amalkan ayat tertentu,maka baca dan fahamilah ayat berkenaan dosa zina banyak-banyak, moga ia dapat menghindarkan diri darinya.

Ayatnya adalah firman Allah:-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

Ertinya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka sebatlah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebatan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" ( Surah An-Nur : 2)

5) Memperbaiki solat dan memperbanyakkan amalan.

Saudari mengatakan saudari solat tetapi masih gagal mengawal nafsu, Ini bererti solat saudari perlu diperbaiki kerana solat merupakan antibodi terkuat dalam Islam untuk mengawal nafsu.

Allah swt mengarahkan mereka yang bertauat untuk mengriigi dosanya dengan memperbanyakkan amalan soleh, dengan harapan rahmat dan belas Allah akan melebihi murkanya.

KESIMPULAN

Saudari menyatakan saudari ‘tidak rela' , ada dua perkara di sini :-

Pertama : kerelaan untuk berzina tu bukan semestinya dalam bentuk kita setuju semasa kejadian tu sahaja, tetapi berdua-duaan dan berada dalam keadaan yang membolehkan zina itu berlaku itu sendiri adalah TANDA KERELAAN SEBENARNYA. Kiranya saudari tidak keluar atau berdua-duaan dengannya, pasti dia pun TIDAK boleh memaksa.

Maka puncanya tetap dari kesalahan saudari juga. Justeru, putuskan hubungan dengannya sama sekali dan jangan ulangi keluar dengan lelaki asing berdua-duaan, khususnya di tempat yang membolehkan berlakunya zina atau rogol. janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakannya' , 'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang dan putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu dan bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar.

Kedua : Dari sudut undang-undang dunia pula, jika itu berlaku saudari sudah dikira dirogol. Tatkala wajiblah saudari melaporkan kepada polis dan bukan hanya bertanya kepada mana-mana ustaz sahaja tanpa tindakan undang-undang. Tindakan membiarkan ia berlalu tanpa laporan adalah antara seburuk-buruk perlakuan seseorang mangsa rogol, walaupun mungkin dia sedang menderita, trauma, malu , sedih dan sebagainya, namun perlu ada ahli keluarga membantu untuk memastikan laporan dibuat. Laporan itu perlu bagi menyekat si ‘jantan' meneruskan aktiviti dosanya.

Akhir sekali, sentiasalah bersangka baik Allah akan menerima taubat setelah kita berusaha bersungguh-sungguh membuktikan penyesalan kita. Allah ada menyebut bahawa Allah bersama sangkaan hambaNya. Jika kita yakin Allah meneirmanya, maka Allah dengan sifat maha pengampunNya akan mengampun hambanya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh. Semoga berjaya mendapat keampunannya.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

7 Ogos 2010


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Lakonan :

Sylvester Stallone , Jason Statham , Jet Li , Dolph Lundgren , Eric Roberts , Steve Austin ( STONE COLD ) , Senyo Amoaku , Arnold Schwarzenegger dan Bruce Willis.

Komen aku ??? hahahahaha ... Berbaloi !!!! Hilang ngantuk weh ... jgn risau... takde adegan cium dalam tu .. hahaha ..adegan putus kepala banyak la.. mmg best ..dari mula sampai abis , aksi dan komedi jer ..

Berapa bintang ? Berbintang bintang .. kalau korang minat cerita Rambo , haa.. camtu la... dicampur aksi seni mempertahankan diri Jet Li dan Statham ( Transporter ) ..
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

Hehe... bau ? masam ? tengit ? masin ? eh ... masin ? mana tau tu ? aku tak pernah tau lak ketiak masin .. hahaha.. lom rasa lagi .. Ok ok... ari tu aku ada tips untuk mekap .. skang untuk ketiak lak... hehe.. ops...tips ni bukan aku punya tapi dari MAJALAH RAPI untuk bulan OGOS/2010 ..

6 tips tersebut ialah ;

1 . sewaktu mandi , pastikan air anda membersihkan bahagian bawah lengan anda dengan membilasnya dengan air bersih terutamanya setelah berpeluh .Kemudian , pastikan bahagian tersebut dikeringkan menggunakan tuala dengan sempurna.

2. pastikan anda selalu trim rerambut halus di bahagian bawah lengan anda. ini kerana rerambut yg dibiarkan panjang dan tidak diuruskan dengan baik akan mudah mendatangkan bau busuk pada tubuh .

3. elakkan dari memakai pakaian yg ketat di bahagian bawah lengan. keadaan ini akan mencegah kulit di bahagian tersebut mendapat ruang udara yang secukupnya. kesannya , kulit akan berpeluuh secara berlebihan dan mampu mendatangkan bau busuk pada tubuh.

4. jangan sesekali menyembur wangian secara terus ke bahagian bawah lengan anda .memang ia akan berbau harum tapi itu hanyalah seketika. kesannya bau harum tersebut akan menjadi sebaliknya apabila sudah berpeluh nanti. kebanyakkan wangian juga mengandungi 'metallic salts' yang menjadi punca kepada perubahan warna kulit di bawah lengan .

5. pilihlah pakaian yang longgar dan utamakan fabrik kapas sewaktu cuaca panas bagi memberikan ruang pengudaraan yang lebih baik untuk kulit anda.

6. anda juga boleh menggunakan bedak antibakteria untuk disapu dibahagian bawah lengan setelah mandi. ini dapat membantu mengurangkan kesan peluh.

Sekian.. terima kasih RAPI ... nanti aku bagi tips 7 cara cukuran lak ek..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku terperasan dia sewaktu adegan si Farid Kamil tumbuk dia kat perpustakaan .. Pada mulanya , aku cuma cam suara dia .. kemudian bila aku tengok tv , laaa.. mmg dia .. patut la lama tak turun gym ..

Dia tu dulu mmg model .. Berlakon ada gak katanya cuma aku je tak perasan .. Aku pernah gak di paksa dia g buat photo shooting ... beberapa kali gak la.. last last aku akur .. aku g gak laa..tapi bukan minat aku walaupun dulu aku penah berangan nak jadi cover majalah .. hahaha.. tapi sapa la aku kan ... hehehe.. (ada pic dia ngan aku dalam blog ni tapi tak tau kat entri mana.. ada 2 ribu lebih entri dalam blog aku ni.. huhu )

Satu peristiwa yg aku tak boleh lupa melibatkan dia ialah waktu aku tersalah antar sms .. hahaha .. lawak betul.. tak pasal pasal dia ingat aku gay.. Aku nak hantar sms kat wife aku .. nak bagitau sesuatu.. biasalah kan laki bini ..ada la perkataan sayang menyayang tu kan .. tapi aku tak sedar , sewaktu aku taip sms tu , aku reply yang kawan aku tu punya .. tak pasal pasal member ni sudah ceramah kat aku .. aku pon pelik gak.. bila aku bukak balik sms di bahagian send tu .. ler.. patut la member ni ceramah kat aku ... hahaha.. malu siot.. Esonya aku g gym .. aku cerita balik kat dia... Ceh..selisih malaikat 44 .. takde maknanyaaa aku gay .. caittt..

Dia cerita kat aku .. mmg ramai pelakon dan model terlibat ngan gelaja gay ni.. tu dia cakap kat aku awal awal .. kang aku dah jadi model , aku jadi gay .. gilo ko apa ??? Wanita adalah seindah indah kejadian Allah !!

BA : nak bayangkan pegang tangan lelaki pon geli.... adeh..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Mencari kad raya online ? Disamping mengepos kad raya ( traditional ) , kita boleh gak gunakan cara modena kan ? Dua dua dapat .. hehehe..

Kad raya dibagi sebagai tanda ingatan .. Tak bagi tak semestinya tak ingatkan .. hehe.. cuma kesibukkan menjadi musuh utama dalam menunaikan utusan persahabatan ini ..

Pejam celik pejam celik , akan tiba masanya jua.. tak perlu menghitung hari kerana ianya pasti menjelma.. Hayati dengan penuh bermakna bagi setiap saat yang ada .. Jgn ditunggu masa yang mendatang ...

Ok.. disini ada sahabat kita yg telah mencipta kad raya online atau e-raya card.. hehe.. Ada 90 jenis kesemuanya dan menanti untuk didownload.. jika berminat.. bolehlah g ke laman sesawangnya untuk mencuba ... jom >> KAD RAYA
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (12)
    • ▼  Mei 2026 (2)
      • Pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung !
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes