BEN ASHAARI



sekadar gambar hiasan - britannica.com

Bila si suami berjalan ... maka dilihat hadapan... dipimpin tangan anak kesayangannya ..
Dilihat depan ... Wah.. cantiknya....
Dilihat kiri... Wah .. seksinya..
Dilihat kanan.. wah .. gebunya ..
Dan dilihat belakang ... haih... lambatnya dia berjalan ..

Satu tika dulu ...
Si dia yang berjalan lambat inilah si suami memimpin tangannya..
walaupun haram namun digagahi jua ..
sanggup meredah dosa neraka kononnya
demi cinta yang masih belum bersatu
demi kasih yang masih utuh
bukti setia sayang abadi ..

Tapi baru beranak satu ..
Suami depan
dia belakang
langkah panjang
leher jinjang
kalau boleh tambah mata
mau depan belakang ..

Wahai suami ..
bila tidur si dia ..
renungkan wajahnya..
siang malam berusaha
membahagiakan lelaki ..
berusaha agar perut boroi suaminya tidak kembali kempes ..
namun masih tidak langsung mensyukuri kesempurnaannya ?

Apa lagi yang suami mahu ?
Adakah kerana sekarang tidak lagi langsing ?
Buka album lihatlah kenangan ..
Dia dulu seperti yang lelaki gilakan !
Bukan kehendak dia jadi begitu ..
Memenuhi hasrat suami ingatkan waris ..
Namun suami tetap lihat depan , kiri dan kanan ..

Suami , lelaki dan jantan ..
Sunnah nabi nikah 4 jadi pegangan ..
sedangkan yang wajib terkontang kanting ..
ada hajat bersalam lagi dengan kadi ..

Sedarlah wahai suami ..
Dia di belakang itulah
cinta sejati .. kasih abadi ..
dia yang pernah kau cintai
satu tika dulu ..
Share
Tweet
Pin
Share
25 comments
Saja aku nak berkongsi artikal yang aku baca semalam (15/8/2010 )di Mingguan Malaysia yang ditulis oleh NORAINI ABD.RAZAK .. mmg best baca .. sbb apa ?? Korang baca dulu .. dan aku pasti korang pon bersetuju dengan penulis ... hehehe...


Oleh NORAINI ABD. RAZAK
noraini.razak@utusan.com.my

HARI ini hari kelima Ramadan. Lagu raya berkumandang di sana-sini. Hari ini bukan hari pertama lagu raya bergema. Iramanya ada di mana-mana sebelum anak bulan diteropong. Di pusat beli-belah dan di televisyen, irama lagu raya sememangnya kedengaran. Iklan raya juga begitu. Agak lucu, barang-barang yang tidak perlu untuk perayaan turut diberi diskaun hebat. Itulah penangan persiapan raya sehingga kadang-kadang menenggelamkan fadilat serta seribu satu macam nikmat bulan Ramadan.

Sepanjang lima hari berpuasa, berita yang dibaca hampir sama dengan musim-musim puasa yang lalu. Hari pertama bubur lambuk, polis trafik berbuka sambil bertugas, mercun, ditangkap kerana tidak berpuasa, berbuka di hotel tidak halal, berbuka bersama VIP di hotel dan macam-macam lagi.

Tiada yang baru. Maklumlah puasa setahun sekali maka pengulangan catatan itu tidak menimbulkan rasa bosan di kalangan pembaca kerana peristiwa seperti itu tidak berlaku pada 11 bulan yang lain.

Ramadan juga bulan anak-anak yatim diraikan di sana-sini. Bukan saja anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya juga menjadi tetamu istimewa majlis berbuka puasa. Mereka diraikan di hotel-hotel besar tetapi biasanya yang meraikan mendapat layanan istimewa berbanding tetamu yang diraikan. Pelik juga, daripada 12 bulan kalendar Islam, golongan itu hanya menjadi perhatian malah adakalanya jadi rebutan pada Ramadan dan Syawal. Adakah pahala bersedekah dan meraikan golongan istimewa pada kedua-dua bulan lebih tinggi berbanding bulan-bulan yang lain? Atau bulan-bulan lain golongan tersebut tersisih daripada jadual korporat?

Beratur

Biar pun istimewa, anak-anak yatim atau warga tua biasanya melalui prosedur orang biasa. Mereka beratur mengambil makanan sebelum berbuka, manakala di meja VIP hidangan disaji rapi. Tidak diketahui apa sebenarnya motif meraikan anak yatim di hotel. Seorang warga tua pernah menelefon mencurahkan rasa. Dia dijemput berbuka di hotel oleh sebuah korporat. Tiba masanya bukan dia dan rakan-rakannya yang diraikan tetapi VIP korporat itu asyik dengan kelompoknya sendiri. Mereka menikmati juadah yang terhidang tanpa peduli mak cik-mak cik yang terpaksa berbaris mengambil makanan. Terbalik pula jadinya. Itu kisah anak yatim, warga emas dan orang kurang upaya yang kehadiran mereka amat dirasai sepanjang Ramadan dan Syawal.

Satu lagi tabiat yang menjadi-jadi pada bulan puasa tahun-tahun kebelakangan ini adalah sikap tidak menghormati bulan Ramadan. Yang tidak hormat itu bukan orang bukan Islam. Sebaliknya yang tidak hormat itu adalah orang Islam yang diberi pengecualian berpuasa. Golongan wanita yang uzur misalnya tidak malu atau tidak teragak-agak makan di medan selera pusat beli-belah. Mereka juga selamba beratur di restoran makanan segera. Biar pun dikecualikan daripada berpuasa namun bukan bermakna golongan itu boleh bersikap lepas laku tanpa memikirkan kesannya kepada Islam itu sendiri. Apatah lagi makan di khalayak ramai, seolah-olah tidak ada tempat lain untuk mereka mengisi perut yang sebenarnya tidak selapar mana pun. Seolah-olah boleh mati kebuluran jika tak makan.

Islam tidak rigid. Mereka yang mendapat pengecualian dan keistimewaan tidak dihalang daripada makan atau minum tetapi kena ada batasan, tata susila mesti dijaga. Seorang rakan berketurunan Tionghua pada hari kedua Ramadan menitip satu catatan berbunyi: ''Tanpa disedari dua hari saya telah 'berpuasa'. Rakan-rakan Muslim memberitahu saya tidak perlu berbuat demikian. Bukankah pelik untuk makan dan minum ketika orang lain berpuasa. Apa yang saya buat (berpuasa) kerana menghormati orang lain yang berpuasa, itu lebih penting.''

Jika Chloe ada hati untuk meletakkan rasa hormat terhadap rakan-rakan Islamnya yang berpuasa mengapa kita umat Islam sendiri tidak mempunyai keinginan untuk berbuat demikian.


BA : Mmg ada spesis gini.. kalau tak puasa disebabkan 'jepun datang menyerang' hormat hormat la orang lain skit .. ni siap g tapau.. pastu masuk makan dalam bilik meeting .. apa kes ? Macam kebuluran sangat ! Takkan tak sedar ada 'bau' ?? Mmg la tak terliur tapi boleh gak tergoda..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Adoi.. betul punya dugaan neh .. Lrt di bulan ni , cam sardin terutama time balik kerja ... berduyun orang .. yang tak terlibat nak berbuka puasa pon kalut nak balik awal .. camana tu ?

Tadi dalam lrt .. haih.. aku masuk masuk je dalam perut lrt tu dah leh terasa.. adeh.. nak keluar balik ke tak ?? Korang tau nape ?? Air cond takde ... huh.. jap lagi orang mesti penuh nih .. Sah sah berhimpit himpit.. dugaan lagi tu... Kena lagi yang tak reti pakai pakaian yang senonoh ?? Tak ke lagi kes haru .. kalaulah boleh nampak markah puasa tu , aku tak tau la berapa percent je tinggal ..

Takkan aku nak tutup mata ... takkan memanjang nak tengok bumbung .. nak baca buku ? mana boleh... sempit .. aku je dah besar .. masuk lagi lelaki yang besar besar .. haa... dah sah penuh ... Tu belum lagi yang masuk spesis tak mandi pagi ! Lagi haruuuu ...

Setitik demi setitik , peluh aku menitis .. kesabaran terus dicabar ... ikutkan hati , mau je aku turun kat mana mana stesen dan tunggu je lrt lain .. tapi kang aku turun , sah sah yang akan datang lagi padat ... baru padan muka aku...

Mau tak mau... berdiri la dalam tu sambil kawal perasaan.. kalau dok memikir sangat , peluh lagi banyak keluar ... cool bebeh ! Bila sampai stesen BTS ( Bandar tasik selatan ) , baru laaa lega.. boleh bernafas skit ... ada udara.. dalam tu tadi ?? Mak aih.. macam macam bau ada ... nasib baik aku sempat sembur perfume .. ada la skit bau bunga melor.. hahaha.. bab aku , ok ajaaa.. hahahaha...

Tapi skg , aku dok berpeluh peluh menunggu ERL lak ... ermm...lagi 6 minit sampai ( sewaktu aku menaip entri ni ) .. Nak diikutkan , wife aku ajak g Sabah minggu depan .. berpuasa di sana lak .. dia ada kursus kat sana.. dapat la bilik sorang satu ... dia ok la..segalanya percuma.. kalau aku ikut ? mau mau dekat RM1K.. nak raya lagi.. kalau tak pk raya , sah sah aku ikut ... saja nak tukar angin berpuasa di sabah .. kan kan ..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Tergamam sebentar aku bila membaca artikal Dr. Ridhuan Tee Abdullah di Mingguan Malaysia semalam .. benar benar kita sebagai orang melayu Islam amat bertolak ansur dalam pelbagai segi namun masih ada yang cuba pijak kepala kita .. Namun kita masih lagi mampu tersenyum ..

Aku masuk ke blognya .. ada artikalnya.. sat nak copy paste .. kalau suh korang klik , sah sah korang segan kan ... tak pe.. aku tau ..



Jangan terlalu berani mencabar

Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010

Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu. Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.

Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.

Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya. Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?

Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara. Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.

Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.

Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya. Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.

Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini? Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?

Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut. Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.

Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi. Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.

Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka. Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.

Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

http://ridhuantee.blogspot.com/
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Ada satu kes haru .. hehe.. aku ni seperti lelaki lelaki muda satu tika dulu.. jenis ada 'gunung berapi' dalam jiwa .. asik nak hangin tak tentu pasal .. apa saja nak hangin..tapi ngan kawan kawan , ok la pulak .. kan ? pelik tul...

Ada satu kes haru seingat aku .. ni kes baru kawin .. aku ngan wife aku dulu.. sama sama ego ... spesis keras kepala .. Ada sekali tu , nak g kerja .. petang tu plan nak g umah mak aku.. tidur sana .. maka ada la satu perselisihan faham berlaku..

Cam biasa aku kalau hangin , aku akan bebel sorang sorang .. kalau dia kat sebelah.. haha..kena dengar la.. Aku tak hengat kes apa tah ... aku turun ke bawah ( masa tu duk apartment ) untuk ke tong sampah besar .. di tangan kiri aku , beg berisi pakaian.. dan satu lagi sampah nak dibuang ..

Bila sampai kat tong sampah tu ... dengan kepala dok tensen kat si wife neh .. maka aku pon mencampak beg pakaian yang aku nak bawak ke rumah mak aku tu ke dalam tong sampah besar !!! hahahha.. yang sampah nak dibuang tu , kat tangan aku lagi.. camana tu ??

Tak lama kemudian , wife aku sampai dengan kereta .. dia tgok aku tercegat kat tong sampah .. dia tanya mana beg ? Tuuuuu ... dalam tong sampah !! hahahha.. tak pasal pasal.. dengan berbaju kerja.. aku g panjat tong sampah besar dan kutip balik baju baju tu !! hahahhaha .. bengong tul..

Tu la... kalau hangin tak kena tempat ... skang ni aku tak dah hangin .. kalau nak marah pon , aku update dalam blog terus !!! hahahahha....
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (12)
    • ▼  Mei 2026 (2)
      • Pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung !
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes