Haih... kelakar tul .. aku tengok satu komen yang diberi oleh sapa tah dalam Berita Harian .. Boleh dia kata tak sabar nak tunggu abis Ramadhan semata mata nak tengok bola ???? Giler ke apa ? Aku kalau boleh , biar Ramadhan ngan Syawal ni laamaaaaaaa jeee.. ehehe.. kemeriahan amat terasa di dua bulan ini... kan ? Haha.. Rezeki pon mencurah cura ... Trafik berlipat kali ganda.. kan Mat kan ? Buff berganda ganda.... kan kan ? Pasal bola boleh didoakan gitu ? Adeh.. best sangatkah Piala Malaysia ni ? Aku rasa biasa jer .. dah tak terasa pon kemeriahannya ...

Tak kira ..samada diorg nak kembali atau tidak , tu terpulang tapi yg penting aku memerlukan lagi 200 !!! 200 untuk mencipta rekod peribadi aku sendiri .. hehehe ...
3000 Follower .. adakah aku mampu cipta rekod tersendiri ? Ni tak cecah setahun blogging ni.. tanpa guna kuasa media , blog aku berjaya mengumpul rakan rakan pembaca seramai ini.. cam tak percaya jee .. dulu nak dapat sorang pon susah .. huhu..
Jutaan terima kasih pada yg sudi jadi pembaca setia dan juga sudi jadi follower.. Anda bukanlah peminat blog ini tetapi adalah rakan saya .. sebarang masalah mengenai blog atau nak tips.. sila ym saya di BENASHAARI@YAHOO.COM .. mana yang termampu saya tolong , saya cuba sebaik mungkin...
Selamat berbuka puasa.. nak cari cucur udang nehhhh ...
Dari 1 Ramadhan , aku buat entri menu berbuka puasa .. tapi kali ni , aku benar benar terliur tengok .. huwaaaaaaaaaaaa... balik ni gak aku serbu bazaar Ramadhan.." Makcik !!! Bagi saya 20 cucur udang tu !!! "
Sue benar benar buat aku tak boleh pk menda lain.. hanya cucur udang dalam kepala ku ini ...
Yang ni aku tak pernah rasa lak... hurm... gulp .... Cucur sayuran ? waah... duk denmark tapi makan macam kat Malaysia.. huwaaaa .. kalah aku..


Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.
Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk.
Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.
Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.
Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.
Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.
Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.
Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.
“Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.
“Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ,” katanya.
Selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lelaki yang digambarkan sebagai ‘putih dan kurus’ itu dibawa menaiki van polis.
Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi dan pengadu menyatakan ada seorang lelaki terperangkap di tingkap.
“Pengadu berkata, separuh badan lelaki itu berada di luar dan separuh lagi dalam rumah,” katanya.
Jurucakap itu berkata, suspek dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan selepas bingkai tingkap berkenaan dialihkan.
Scotland Yard pula berkata, seorang penganggur, Paul Joseph Keenan, 36, dari Jalan Rounton, Bow, didakwa di mahkamah kerana mencuri. Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Thames, hari ini. - Agensi
sumber : HMETRO

Bukan ragut rumput laaa... ragut beg ... Semalam aku g bank ..sian akak tu... dia g buat laporan kat bank tentang beg dia diragut.. ala.. dia buat laporan untuk buat kad atm baru je.. bukan laporan polis kat bank lak ! adeh ..
Raya semakin hampir.. bermakna ??? Semakin ramai nak pakai duit .. jadi , kes jenayah pasti akan meningkat .. Biasanya yang perempuan bawak beg besar besar ni ... walaupun dalam tu takde duit yang banyak tapi berhati hati gak la.... dalam beg korg tu ada pelbagai khazanah dari malaya .. tak yah cita la apa ada dlm tu kan .. aku rasa semua orang sedia maklum... hehe..
Yang suka bergaya ala diva pon kena hati hati.. Yang bawak kereta , pon sama gak .. skang ni penjenayah bukan takat ragut , rompak.. tapi siap rogol dan bunuh lagi.. jadi berhati hati .. Yang buat kerja ni bukan jenis ada hati perut ! Merayu la camana pon , diorg nak belasah , diorng belasah !
Duit tu.. jangan la tunjuk kat orang walaupon kawan sendiri .. mana tau ?? kadang kadang kawan pon leh jadi lawan kan.. Duit punya pasal ! Kerana duit , adik beradik boleh buang saudara .. kerana duit , cucu sanggup bunuh atuk .. macam macam la... Jangan sesekali tunjuk harta korang time time gini ... kalau boleh elak , elakkan ..