Krohhhhhhh !!! Krooohhhh !!!! Krooooooohhhhhhh !!!Baiknya berdengkur eh ?? Biasanya lelaki lebih kerap berdengkur berbanding wanita .. Jgn ingat wanita control cun masa tidur weh ! Kadang kadang ada wanita terlebih 'cun' waktu tidur tapi ni bukan topiknya yer .. tu lain kali .. hehe..
Suami puan berdengkur ke masa tidur ? Sebelum itu , pastikan yang tidur itu suami anda yer .. Bukan boyfriend atau tunang .. Dosa dosa ! Ingat akhirat skit yer ..
Ok.. selepas pastikan yang tidur di sebelah anda itu adalah suami anda , barulah ikut langkah ini .. Sila tanda dalam buku atau diari .. Kalau malam ni dia berdengkur , sila catit pukul berapa dia tidur ... Selepas mencatitnya , sila tidur ...
Tunggu keesokkan malamnya .. Sila ulangi langkah yang diberitahu tadi iaitu , catit dalam diari .. Buat sehingga malam ke 30 ! Ok .. selepas sampai ke malam 30 .. anda periksa semula diari tersebut ..
Dari malam pertama sampai ke 30 , berapa malamkah dia tidur bersama anda ? Dan berapa malamkah dia berdengkur ?? Jika jawapannya , lebih dari 20 malam atau tiap tiap malam ... anda patut bersyukur kerana seteruk teruk suami anda itu , dia masih nak tidur disebelah anda ! Bayangkan kalau tiap tiap malam dia guna alasan OT .. Balik lewat malam ... atau tak balik langsung ! Atau tertidur kat spa ?? Camana tu ...
Kadang kadang , kelemahan si suami tu ada kebaikkannya .. Namun perlu cari cara untuk atasinya ... Caranya , urut kaki suami .. urut jari jemari suami .. atau nak kasi dia rileks , urut je tapak kaki dia ... haa... insyaAllah .. lagi lena dia ... anda pon pasti disayanginya lagi ... Maka tak perlulah anda risau dengan 'madu' ... kan kan ??





