- Baca Bismillah ..
- Senyum...senyum.. senyum... senyum...
- Bila artikal ada unsur negatif , pangkah terus ...
- Bila artikal ada unsur positif.. ucapkan terima kasih ..
- Senyum kembali.. proses maklumat tersebut .. dan sebarkan ...
Selamat berblogging ..
Selamat berblogging ..
" Aku jumpa kau nanti .. siap ! aku Cincang2 kau nanti "
" Weh.. apa punya blog daaa.. baik ko g bunuh diri je la dari buat blog gini "
Dan banyak lagi .. tak kira sms , artikal , komen mahupun chat .. kadang kadang kita berniat memain .. tapi sedarkah jika dilaporkan ke pihak berkuasa , paling tidak pon berbulan merengkok dalam penjara kerana ianya boleh dikatakan berbau ugutan ..
Bila sakit hati.. geram .. macam macam perkataan yang tak enak boleh terlepas keluar .. Tapi sekali dah terlepas keluar , bolehkah ianya kembali semula ? Jika penerima merasa dirinya terancam , lalu tindakan melaporkan ke pihak polis dilakukan .. maka ... bersedialah untuk dipanggil ke balai polis dan naik turun mahkamah sekiranya si penerima tu mengambil tindakan menyaman ..
Aku terbaca tadi di suratkhabar yang keluaran minggu lepas .. Hurm.. Seorang lelaki di denda RM1000 atau penjara 3 bulan kerana mengirimkan sms berbau ugutan terhadap bekas rakan baiknya .. Hurm.. tak pasal pasal kan ?
Biasanya , pasangan yang bercinta pastu bergaduh... selalu gini kan.. Sms yang dikirim bermacam kata kata kesat termasuklah ... Hurm... fikirkan keselamatan diri .. berapa ramai dah anak dara dicurahkan asid ke muka kerana kes cemburu ... Jangan sampai berlaku pada kita .. Manusia semakin hilang pertimbangan sekarang ni .. macam macam dah terjadi ..
Hurm .. perlu ke aku lepaskan segala komen dari anon ? Perlu ke aku layan ? Hehehe... serius .. aku malas nak layan .. Takde keuntungan buat aku untuk layan kemudian melihat blogger lain tolong balas membalas seterusnya menjadi medan berbahas .. Tak pasal pasal ruangan komen jadi penuh ...
Kalau aku gilerkan trafik secara mudah .. aku akan buat gitu.. Blogger akan keluar masuk untuk membaca komen komen terkini .. tapi tidak aku .. Aku tak nak mereka kembali dengan semangat nak membalas segala kritikan .. Apa yang aku cuba buat ialah , mereka keluar dengan semangat yang berkobar kobar untuk memajukan blog ..
Dunia blog ni mudah .. Kita yg susahkannya .. Susah sehingga nak menulis apa juga pon menjadi masalah .. Ada saja kritikan .. Dimana kritikan membina ? Tang mana ? Kalau sekadar pandai cakap tapi habuk pon tarak , tak guna .. sapa sapa pon lebih bagi komen !
Ibarat seorang budak menjerit pada seorang pemimpin negara .. Letak je jawatan .. Kasi je jawatan tu kat orang lain atau bagi je dia perintah sendiri .. Persoalannya , bersediakah dia memimpin negara ? Bersediakah dia menjawab segala pertanyaan di akhirat kelak ? Apakah dia sudah mampu mentadbir sebuah kerajaan yang mana diri sendiri pon belum tentu nak tadbir ? Mampukah dia memikat rakyat ? Dan banyak lagi persoalan ..
Kalaulah si anon tu terdiri dari bijak pandai , sudah pastinya dia tak merahsiakan dirinya.. Apakah ingin low profile ? Kalu ingin low profile , cara mengkritik sudah pasti lebih bijak..
Alhamdulillah .. buat semua kawan kawan perjuangan .. kita boleh baca kritikan mereka ... untuk membalas , berjuang bermati matian untuk mempertahankan pendapat kita , bagi aku tak berbaloi .. Tak perlu berjuang .. tapi kita laksanakan .. kita buktikan .. lambat laun mereka jilat semula ludah mereka itu !
Tahukah korang .. satu masa dulu , setiap segmen atau projek aku dipandang sinis dan diperlekehkan ? Apakah aku putus asa ?
Bila aku update blog tentang FOLLOWER , TRAFIK .. maka akan ada suara .. " ele, blog Hanis tu lagi tinggi .. tak kecoh pon ! " .. Gulp .. Ye tak ye gak kan .. kalau gitu , aku tak boleh la cerita pasal FOLLOWER atau TRAFIK sbb ada blog lagi bagus pada blog aku ..
Tapi kalau akhbar Malaysia cerita tentang kejayaan pasukan Malaysia mengalahkan Indonesia di peringkat akhir , patutkah kita cakap , " ala , Brazil juara Piala Dunia berkali kali .. tak kecoh pon ! " ..
Kadang kadang , aku nak je bertanya pada yang dok kata " ala orang lain tak kecoh pon .. " tu ... Yang ko dok kata , orang lain orang lain tu nape ? Kenapa tak dibandingkan dengan kamu sendiri ? Kenapa nak diambil contoh dengan orang lain ? Kalau nak dibandingkan gitu , baik dibandingkan orang lain tu dengan orang lain .. Kalau nak dibandingkan dengan kita , sudah semestinya berbeza .. Kenapa ? Kena tengok gak dimana bumi dipijak .. Kalau sama sama bidang tu , lain la gak ..
Sebagai blogger , kalau kita masuk blog orang lain .. kita akan tengok segalanya .. pembaca .. komen ..follower .. kandungan .. maka dibandingkan dengan blog kita .. Ya Allah ... jauhnya beza .. zassss.. ilang terus semangat blogging .. Kenapa boleh gitu ?
Aku kalau masuk blog mereka yang berjaya ...terutama yang ada pembaca yang ramai walaupun mereka baru ... pastinya aku tertanya .. CAMANA DIA BOLEH DAPAT MACAM TU ? Bukannya aku berfikir , APA YANG BAGUS SANGAT BLOG NI ?
Dapatkan jawapan .. gunakan pada blog sendiri ... Buat apa nak iri hati atau berhasad dengki ? Kalau boleh majukan blog atau diri sendiri ok gak tapi sebaliknya penyakit pulak yang hampiri..
Dan banyak lagi persoalan yang tak sepatutnya ditanya kerana jawapan ada di depan mata ... Cuma MALAS nak berfikir .. Kita lebih suka menganga dari mengerutkan dahi !