Cerita mereka seterusnya ...
Dengan ini , di umumkan .. DITUTUP untuk memberikan laluan pada segmen baru.. hehehe ..
Cerita mereka seterusnya ...
Dengan ini , di umumkan .. DITUTUP untuk memberikan laluan pada segmen baru.. hehehe ..
PNB umum agihan pendapatan ASB sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. - Utusan
BA : Huih.... kaya kaya ... tolak p tolak mai... hurm.... dpt tukar kereta ni... erm... nak tukar apa lagi eh .. hurm... kereta lama , kasi cat.. kasi dye rambut.. erm.. apa lagi eh ..
Masuk entri ke - 3 berkaitan dengan segmen ini .. Bagaimana nak join segmen ni , boleh rujuk pada entri sebelum ini .. Pasni aku nak buat satu segmen menarik punya... Permainan .. hehhe
Ada lagi yang berminat nak menceritakan kenangan dia selama bergelar blogger ni ?? Cepat cepat seblum ditutup ..
Camana tu ? Adeh.. berpusing pusing cerita .. Aku tak suka Cameron sbb jalan ke sana amat merbahaya .. tapi aku suka pergi Cameron sbb bestt !! Aku suka tempat yang mendamaikan .. huk huk ..
Seingat aku , dua kali aku g Cameron bila dah dewasa ni .. hehe.. Sekali ngan famili aku dan sekali lagi untuk honeymoon .. hehehe.. Jangan komen ! hahaha ..
Yang atas tu , kali pertama .. yang bawah tu , kali kedua.. hehe..Nak g lagi ? Tatotttttt dahh ..
Banyak tempat pelancongan kita masih belum mempunyai jalan yang selesa .. Suruh g melancong tapi jalan tak elok.. camana tu ? Diorng lak melancong kat luar negara.. hehe.. larrriik...
IPOH 20 Dis. - Sungguh mengerikan! Itulah gambaran suasana kemalangan terburuk di negara ini membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini.
Nahas ngeri itu disaksikan oleh seorang penumpang bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat peranginan tersebut.
Penumpang bas berkenaan, Mohd. Shafwan Mohd. Nan , 17, berkata, semasa kemalangan berlaku, bas yang dinaikinya berada tidak jauh dari tempat kejadian.
"Saya lihat ada beberapa penumpang termasuk seorang kanak-kanak terpelanting ke tepi jalan, selain ada mangsa menjerit kesakitan.
"Tidak lama kemudian pasukan penyelamat sampai dan mengeluarkan mayat penumpang dalam bas itu. Keadaan mayat sangat mengerikan kerana ada yang terputus anggota badan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad ketika ditemui semasa melawat Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, kerajaan negeri akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan rapi terhadap struktur jalan di tempat kemalangan.
Katanya, ini kerana sudah terlalu kerap kemalangan berlaku di tempat sama atau berdekatan.
Sementara itu, seorang penumpang warga Thailand yang terselamat, Iunthapa Chuchart, 53, berkata, kesemua mereka datang dari Bangkok untuk bercuti di Cameron Highlands sejak kelmarin.
Wanita itu yang parah di muka dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijadualkan menaiki pesawat pulang petang ini.
Iunthapa adalah antara 10 penumpang lain yang terselamat dan daripada jumlah mereka itu, tujuh dirawat di wad biasa, seorang di Unit Rawatan Rapi manakala dua lagi di zon kuning.
-UTUSAN-