Aiseyman .. susah banget eh soalan tu ? Ramai dah antar ..tapi..... erk.. cam kena check balik jer ... heheh.. Aku dok meeting tadi.. sambil tu aku tengok jawapan yang dihantar ( sewaktu take 5 ) .. iskh iskh iskh ... pening eh ?
Mesti ada yang tergelak tengok blog aku ni kan ? Kata mereka best tapi bila masuk takde apa apa pun info ??? Aku terfikir gak kan .. Aah.. nak letak gak info kesihatan.. Cerita pasal kelebihan dan kekurangan sesuatu produk makanan .. Atau cerita pasal enjin kereta .. Cara cara nak baiki kereta .. Nak buat tutorial blog , berlambak dah buat .. Rasanya kalau nak rujuk pon , blog negara jiran pon ada ajar .. Tu belum luar negara punya lagi .. Hurmm..
Jadi , apa kategori blog aku nih yer ? Terfikir tentang majalah UJANG .. Sebuah majalah komik yang menghiburkan dari dulu sehingga sekarang .. Dalam majalah tu ada kartun yang bisa membuatkan pembacanya ketawa.. pada masa yang sama ada info tentang kehidupan .. Menarik gitu kan ?
Isteri aku pulak , pelanggan setia majalah RAPI .. dia tak gemar nak baca UJANG .. Aku ? Dua dua boleh baca .. Majalah RAPI yang penuh dengan info kesihatan mmg berbaloi untuk mereka yang tercari cari tips kesihatan .. Tapi nak tersengih tu , aku rasa hujung hujung tu ada la .. Walaubagaimana pon , mmg berbaloi untuk dimiliki ..
Faham tak maksud aku ? Jangan peningkan soal kualiti atau tidak.. Pembaca ni ada pelbagai jenis .. kalau nak tangkap semua , baik buat blog cam ensiklopedia jer .. pastinya ramai baca tapi bukan semua kan ? Maka berbahagialah kita dengan blog kita ..
Soal trafik tu , adalah soal kepuasan .. Kebijaksanaan dan kemahiran .. Jadi , tak perlu nak berbalah pendapat .. Yang penting , tau batasan dan jaga hati pembaca kita ..