Maka .. dia pon sibuk laaa nak berceloteh .. blog pilihan petang ini ... > http://kaptenannas.blogspot.com/
Hurm... aku mula bersenam untuk menguruskan badan pada umur 22 atau 23 tahun.. Badan aku mula naik sbb giler makan nasi kandar .. pastu tkde lak nak bersukan.. Waktu tu aku bz giler ngan kerja .. sampai rumah pon dah lewat malam .. kesannya , aku kena beli seluar baru ..
Aku mula perasan perubahan tu bila aku mengenakan baju melayu yang mana baru tahun lepas aku buat ! Oh tidak !! Aku tak nak semua ini berlaku !!!
Aku mula kembalikan diri dengan bersukan.. tapi aku tak rasa itu boleh membantu .. Pada masa yang sama aku tertarik dengan badan sorang bro ni .. mmg mantap giler ! Bila tanya , dia g gym.. dia ajak aku g sbb dia kata fizikal aku ni best kalau buat .. Aku segan ..
Tapi dalam diam , aku beli set dumbell.. berlatih kat rumah .. Tapi tak cukup untuk membakar lemak aku .. Baca dan kaji.. akhirnya aku buat satu rumusan .. aku perlu bersenam !
Seawal pagi sebelum subuh .. dalam kul 5 pagi .. aku dah mengayuh basikal selama setengah jam .. Kayuh dengan laju okeh !! Kemudian aku parking basikal tu , aku berlari dalam 2-3 pusingan taman permainan.. Balik .. selepas subuh .. aku ke gym ...
Petang.. aku buat gitu .. setiap hari ... Selama mana aku menganggur waktu itu .. Jadi waktu aku menganggur tu , mmg terisi dengan bersenam .. Orang pandang aku serong ! Menganggur !! Tak buat apa apa .. Aku mampu sengih jer .. Nasib penganggur la kan .. Sedangkan waktu aku kerja bagus sebelum tu , tak pulak nak puji... hurm .. ekonomi meleset .. syarikat bankrupt .. nak kata apa dah kan .. terima je la ..
Ops terlari tajuk .. tapi aku tahu .. nanti akan ada yang tanya .. " ben tak keje je masa tu ? "
Berat aku mula turun .. Pemakanan , aku jaga .. berkat aku tanya kawan kawan yang libatkan diri dalam bidang ni .. Pengambilan suppliment yang betul .. Tiada steroid okeh !
Aku dapat kerja.. jadi guru sandaran .. Mengajar sebelah petang .. Paginya aku tetap dengan aktiviti berbasikal dan workout aku .. Dan di sambung sebelah malam .. Aku ajak geng cikgu g , tapi cam biasa .. alasan.. hanya sorang dua je nak g tapi cam biasa la.. semuanya nak nampak kesan dengan cepat !
Nak cepat ??? Aku sendiri dah 10 tahun ! Untuk apa nampak kesan yang cepat ??? Kemudian apa jadi ? Nak maintain pon kena g gym.. takkan nak harap makan ubat je ?
Kesimpulan .. untuk mendapatkan badan yang menarik tertarik dan menawan , tiada jalan mudah atau singkat .. Begitu juga jika nak berjaya dalam apa jua bidang .. Kecuali kalau nak kaya , g la ngangkung ! Tu pon jenuh main kejar kejar ngan hantu !
Sedih ? Kenapa ? Sbb ada blog tak sampai setahun dah popular abis ? Loh.. Kalau dah popular abis , pastu ??? Pk nak kaut duit jutaan ringgit ? Eh.. ribuan ringgit ? atau teringin nak pacakkan muka dalam tv mahupun media cetak ? Weewitttt... pastu ? Bangga diri ? Jalan dada ke depan .. tinggikan hidung .. Atau dari sopan ke seksi ? Atau dari sorang ke empat orang koleksi ?
Best sangat ke nak jadi blogger popular ? Dapat apa ? Terkenal ? Dikenali ? Kawan ngan artis ? Diundang ke majlis majlis glamour gitu ? Ditaja ? Dapat uang ?? Best eeh ?? Seronok eehh ?
Aku popularkan blog atas tujuan mencari duit sampingan .. Segalanya yang aku buat adalah untuk blog .. bukan untuk mempopularkan diri .. Blog aku naik , maka adalah rezeki untuk aku .. Untuk mencari atau mengejar populariti atau tergilakan status glamer gitu , maaf .. aku rasa aku takkan kenyang perut dengan gitu ..
Jadi , nasihat aku .. jangan sedih jika blog tak popular.. atau blog takde pengunjung .. tak perlu nak bingung.. teruskan berkarya .. hasilkan tulisan yang bisa membuatkan mereka berkerut dahi atau tersenyum simpul .. Penulisan begitulah yang kita nakkan .. Bukannya masuk , baca kemudian ... " Apa dia cerita ni ? "
Mendaki gunung lebih menarik jika dilakukan dengan memanjatnya .. Sedikit demi sedikit .. Gaya dan teknik akan dibetulkan pada setiap langkah.. Malah kita boleh cipta langkah kita sendiri jika kita kreatif .. Kita tau di mana kelemahan dan dimana kekuatan kita ..
Bayangkan jika kita gunakan helikopter .. terus sampai ke kemuncak .. apa cerita ? Dapatkah kita menikmat panorama sebenarnya gunung tersebut ? Dapatkah kita cerita pada rakan rakan kita betapa sukarnya nak mendaki gunung ?
Jadilah pendaki yang handal .. tangan digunakan untuk mengenggam setiap batu batu .. kaki digunakan untuk menginjak keatas .. bergerak dan terus bergerak .. biar perlahan namun sampai ke kemuncak .. Bila turun nanti , pastinya dah tau jejak kita .. kesilapan boleh dihindari agar tidak tersungkur nanti !
Bergembiralah sahabatku .. kerana bukan semua orang mampu menulis .. bukan semua orang mampu menjadi pencerita atau penyampai yang baik ..
Popular ? Tak de makna semua tu ! Tak perlu jadi diva untuk mendapatkan pembaca yang setia ...
Blog.. sapa baca blog ? Takde orang baca blog ? Ke ramai orang baca blog ? Nak tulis apa ? Nak luah apa ? Ah... sapa la aku nak org baca blog ni kan ?
Kadang kadang , kita tulis main ikut selera kita.. dalam tak sedar yang membaca tu , masih bawah umur .. dalam tak sedar yang baca tu masih tak cukup akal .. Tulisan kita boleh mempengaruhi mereka ..
Bayangkan jika blog korang yang dibaca beribu orang setiap hari .. tapi kandungannya penuh dengan negatif.. kalau 'dipungut'nya 10% dari penulisan tu , camana ?
“Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.” hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah ..
Memaki hamun dalam blog .. pergh.. mmg best .. blogger baru baca.. wah.. boleh ke buat gini ? kalau dah yang popular boleh buat , aku yang tak popular lagi la boleh kan ?
Aku tamo la nak kata lebih sbb kadang kadang aku pon 'terbabas' .. jadi kita sama sama ingatkan je la yer... Kita tak sempurna dan tak perlu berlakon jadi sempurna .. Walaupun kita jadi diri kita namun perlu berubah jika diri kita itu masih senget ...
PERNAHKAH kita membunyikan hon kepada pemandu di hadapan agar dia lekas bergerak apabila lampu trafik bertukar hijau? Sambil itu, hati pun berkata, mengapa dia lembab sangat? Tidakkah dia tahu kita hendak cepat? Mengapa dia khayal hingga tidak sedar yang lampu trafik sudah bertukar hijau?
Pernahkah juga kita merungut di dalam hati apabila orang di hadapan kita lambat sangat mengambil lauk dalam sebuah majlis bufet? Berapa kali dia hendak tuang lauk ke dalam pinggan? Mengapa dia tidak menceduk tiga potong ayam kurma sekali gus? Mengapa dia ambil sepotong demi sepotong? Bukankah itu membuang masa? Dan, aku lapar!
Sambungan di sini > klik