Sejak aku ada FACEBOOK , aku rajin add perempuan jer.. hahaha.. kenapa ? Tu nanti aku cerita .. Ada yang tanya aku ni sapa.. buat apa dia .. Mana yang tanya tu , aku malas layan .. mana yang accept tu , terima kasih ..
Ada yang fikir aku gatal sebab add perempuan .. Tapi sebenarnya mereka tak faham .. Kuasa dunia cyber ni di tangan perempuan walaupun lelaki yang menguasainya ! Lelaki cuma menghidupkan dunia maya ini manakala perempuanlah peranan utama mengerakkannya..
Cuba tengok dalam dunia blog .. Di mana lelaki ? Lelaki lebih gemar berbicara soal soal serius .. Bab IT , kereta , politik , agama serta hal hal yang memerlukan pemikiran yang mendalam.. Manakala perempuan pulak , kalau boleh nak lari dari semua itu .. kecuali bab agama la.. tu tak boleh lari laa.. dalam berblog perlu ada selitkan dakwah.. tu yang sebaiknya .. ok sambung .. Perempuan , diaorg suka yang rileks.. santai .. menghiburkan .. contoh cam fesyen , resepi , gossip atau cerita cerita peribadi seseorang yang mampu membuatkan mereka keluar dari kehidupan mereka seketika .. kan kan ? Aku tau.. aku kan bijak..
Antara sebab lain .. perempuan gemar berbicara soal dunia maya ini sesama mereka tanpa kira tempat dan masa .. Berbeza dengan lelaki .. lelaki gemar berbicara pasal perempuan tanpa kira tempat dan masa .. hahahah.. tak semua laa.. aku tau laa.. ni umum jer ..
Kelebihan ini aku amik .. bila aku ada blog , mereka akan menghebahkan kepada rakan rakan mereka tanpa aku pinta !! Lelaki , sukar sekali kecuali aku ini perempuan yang cun .. llalalla..
Alhamdulillah .. teknik aku ini menjadi .. Dalam FACEBOOK BEN ASHAARI aku dah melebihi 5000 Friends yang mana majoritinya terdiri dari mereka yang bukan bloggers dan di BEN ASHAARI II , sedang menghampiri 5,000 Friends dan majoritinya terdiri dari bloggers ..
Promosi terbaik yang boleh aku lakukan di kedua dua akaun aku itu selain akaun FB yang lain .. Bijakkan ? Aku bukan gunakan perempuan tapi aku mengambil kelebihan yang mereka ada untuk mendapatkan pembaca blog ..
Sebenarnya , bukan mudah tau untuk pikat perempuan ni .. Diorng ni memilih ... Kalau diorg suka , diorg join .. kalau tak suka .. pergh.. siap arr.. boleh bawak ke mesyuarat majlis tingkap bersekutu woo.. salah perhitungan , bukan promosi keuntungan yang kita dapat tapi kerugian.. Tapi alhamdulillah... setakat ni , ok ...
Jadi buat pembaca blog aku lebih lagi perempuan , jutaan terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog aku ni .. nanti banjer ais krim malaysia satu eh.. hehehe..