"Memula aku buat blog,aku guna bahasa utara.. Mereka kata guna la bahasa standard.. Aku guna.. Mereka kata template aku sakitkan mata ... aku tukar .. Kemudian mereka komen entri panjang .. aku pendekkan ... mereka kata aku tak nak prmote blogger baru ke , aku promote.. Aku tak dengar pendapat orang ke ? Aku cuma dengar pendapat mereka yang bijak bagi pendapat ! "
Hurm... kadang kadang aku faham , kenapa mereka yang dah lama tu kurang berminat nak up blogger blogger baru.. Ada yang besar kepala bila dah 'berjaya' .. Bila dah ada pembaca sendiri , maka dia 'layak' dah nak bantai blogger lain ..
Ramai blogger tau , blog aku ni gemar buat segmen .. Segmen ni bertujuan mencungkil blogger blogger yang rajin update blog , kreatif serta sedia bekerjasama dengan blogger blogger lain ..
Alhamdulillah , ramai blogger yang dah naik dan bina komuniti sendiri .. Maka mereka pon 'keluar' dari kepompong yang selama ni tempat mereka bermain...
Tapi yang menyedihkan , ada yang campak 'bom' kat tempat dia bermain dulu .. Kononnya sudah sudah la dok buat segmen.. Boring dia nak baca .. SAPA SURUH BACA ? Tak suka , sudah .. ada lebih 1 juta blog untuk dibaca .. yang kalut dengan blog aku ni nape ?
Menegur aku sbb aku buat segmen yang mana dia sendiri dulu dok bermain ? Atau dok kata aku ni memanjang dok bercerita pasal blog blog blog je ?
Apakah dia tak sedar , blog aku ni blog untuk blog .. Kalau nak cerita tentang diri sendiri , aku dah buat blog khas..mmg ada je pembaca situ..
Aku tak boleh cerita details dah sekarang mengenai kehidupan aku .. Risau akan keselamatan mereka yang disekeliling aku .. Yelah , sapa leh jangka bala kan ? Tengok mereka yang dok simbah asid tu .. Punca ,bila ,kenapa mereka buat pon tak tau..
Malang tak berbau.. Menegur tu boleh , bukak bijik mata tu dulu ... Jangan menegur sbb nampak depan mata .. cuba belajar menilai sesuatu keadaan sebelum nak membelasah menegur ..
" Kau ni tak reti nak bersolat ke ?? " .. " Kau nampak ke aku solat ke tak ? " ..