Blog aku adalah imej aku..identiti aku..hasil karya aku..jika ada yg aku amik ,aku berikan 'haknya' ...aku amik sebab bagus untuk dikongsi bersama.. Apa guna blog tinggi trafik tapi kedekut kan?
Aku tau ramai blogger benci kan blog aku ni.. Puncanya..hanya mereka dan Allah saja tahu..
Apa yg patut aku buat ? David Teo...kena kutuk dulu..di mana dia sekarang ? Ada dia peduli ? Takde pon ..ada dia kisah ? Takde pon..elok je dia..makin bertambah lagi harta dia..
Selama ni ramai nampak aku mcm marah atau bengang...ketika aku taip entri tu ,aku sedang makan ..abis jugak kenny rogers aku tu..takde pon putus nafsu makan..
Bia ramai benci kat blog aku,makin ramai yg suka..bila ramai yg suka , makin ramai yg benci...ulang balik perenggan aku ni .
Maka. Tolonglah benci aku...dulu aku benci PTD...akhirnya wife aku seorang PTD..faham tak maksud aku ?
Ada di kalangan blogger lebih lagi yang muda muda ni teringin nak jadi blogger popular .. hurm..
Aku tak nak komen sangat bab ni... Terpulang pada niat dan gaya memasing .. Pandai pandai la nak hidup kan .. Sampai masa nanti tau la yer .. hehe..
Ada yang tanya aku , best jadi blogger yang dikenali kan ? Aku jawab , sama je dikenali atau tidak.. Takde beza.. Takde yang menariknya pon.. kecuali jika blogger tu syok sendiri.. tu yang menarik tu..
Pelbagai cara dibuat untuk dikenali .. tapi bila dah dikenali , baru menyesal tak sudah .. 'Mereka' datang menganggu.. Tepuk dahi la pulak pasni ..Baru nak suarakan betapa menyesal bila dah popular ..
Bagi aku , popular atau tidak dalam dunia blog ni , bukanlah penting.. Yang penting , bagaimana kita bawak diri dalam dunia blog ni .. Kalau rasa popular tu membuatkan kita rasa bangga diri atau angkuh atau perasan bagus , lebih baik sedian entri entri yang bisa membuatkan pembaca tersenyum... menangguk atau kagum dengan blog korang..
Tapi kalau entri biasa biasa je , maka baiknya cool je.. Takde la orang nak kutuk sangat kan.. hehehe .. Dan seperkara yang perlu kita tau , belum tentu blog kita ni popular , semua orang kenal ! Tang tu akan memalukan diri sendiri..
Aku bukan blogger popular.. bukan kejar populariti.. Aku cuma 'jual nama blog aku untuk mereka kenali.. dan mudah untuk berurusan satu hari nanti..
Takde JURUBLOGGER tau ! hehehhe...
Segmen khas ini khas buat semua mereka yang dah bekerja dalam pelbagai bidang yang mana bermula dengan JURU.. JURURAWAT ke .. JURUTERBANG ke .. JURUBOMBA ke.. eh sat.. ada ke JURUBOMBA?? Takde takde ..
Ok.. nak join segmen ni , mudah jer...cam biasa.. buat satu entri khas..
- Letak header ben ashaari blog..
- Tajuk : KHAS BUAT MEREKA .. dan linkkan ke entri ini ..
- Ceritakan kerjaya anda serba sedikit ..
- Kenangan manis dan pahit yang pernah anda alami selama bergelar JURU ...
- Tinggalkan url di ruang komen ini ...
TERIMA KASIH.. Tutup , tengah malam ini ... 11/05/2011
IKLAN
Dan lebih 80 jenis lagi corak ada di SINI
Misi seluruh dunia ... semoga anda berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan senyuman.. Sesakit mana pesakit , pastinya terubat bila melihat senyuman anda semua ..
Terima kasih wahai cik MISI .. hehehe .. Selamat Hari Jururawat ..