Hurm .. selsema Qhaliff .. tidur pon tak lena .. hurmm
Letak dah pon kunyit kat batang hidung dia tu ..Kalau takde projek Isnin ni , lama dah aku gerak ke Kelantan ..
Dasat tul penangan anak ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Hurm .. selsema Qhaliff .. tidur pon tak lena .. hurmm
Letak dah pon kunyit kat batang hidung dia tu ..Kalau takde projek Isnin ni , lama dah aku gerak ke Kelantan ..
Dasat tul penangan anak ..
“ Seorang budak Uganda kini bertarung dengan maut selepas kakinya membengkak secara misteri sehingga terlampau besar.
Baru berusia 10 tahun, Vincent Oketch kini hanya mampu duduk atau berbaring di katil kerana saiz kakinya menghalang dia berjalan.
Keadaan itu juga memaksa Oketch mengenakan pakaian budak perempuan atau skirt bagi menyesuaikan saiz kakinya. Doktor di Peta merayu kepada pakar perubatan antarabangsa supaya membantu mengubati Oketch kerana mereka yakin, jika lambat dirawat, budak itu mungkin meninggal dunia.
Bapa Oketch, Tito Opoya, berkata keadaannya itu sangat mengecewakan kerana anaknya menjadi bahan cemuhan apabila berpakaian seperti budak perempuan. “ – Hmetro
Apakah alasan kita untuk tidak bersyukur ? Apakah alasan kita untuk tidak bersolat ? Apakah alasan kita untuk tidak mahu menutup aurat ? Kurang sempurna ? Tidak cukup makan ? Tidak mampu melihat ? Tiada anggota tangan untuk memakai pakaian yang sempurna ? Apakah alasan kita untuk kita beritahu pada Pencipta , yang kita belum bersedia lagi untuk menurut perintahNya ?
Kita sombong dan riak sebenarnya sehingga lupa nak mensyukuri pemberiaanNya.
“ Haaihhh .. mana pulak ubat gigi neh !! “ . Hati dah mula geram . Asyik nak geram je sejak berpantang ni .. hahaha ..
Sms wife tanya lokasi ubat gigi .. Dia jawab , kat tempat biasa .. Aiyoo .. suka suka je tempat biasa .. Aku dah geledah abis dah tempat biasa ni .. Tak jumpa gak ..
Cari sekali lagi ..
Dalam kepala , terbayang ubat gigi yang dah dibuang kotaknya .. Jawabnya.. sampai kiamat la tak jumpa !
“ Bang , saya okeh je.. Nak letak apa pon kat rumah ni , saya ok .. Tapi yang tak ok , orang rumah .. Dia yang kawal keluar masuk duit . Jadi , apa apa ,abang berurusan je la ngan dia . Kang kalau saya yang pilih , dia tak berkenan , satu hal lagi kan ? “.
Kenapa gitu ? Apakah si suami yg bergelar pemimpin tidak mampu buat keputusan ? Rata-rata lelaki yang bergelar suami ni , akan menyerahkan keputusan bab beli membeli ni ke tangan si isteri kerana mereka yakin si isteri lebih bijak berkata-kata serta tau nak menawar berbanding suami ..
Ye kot ? Aku mmg malas nak tawar menawar … Bukan pe , aku pon dikategorikan juga sebagai peniaga .. hehe .. Jadi tau la camana situasi tu ..
Tapi bukan la semua lelaki akan menyerahkan bab ni pada orang perempuan. Ada yang tak nak orang perempuan pegang duit .. Mungkin sebab dia tau orang rumah dia boros ? Huhuh..
Cuma satu masalah yang boleh timbul .. Ada si isteri mula berkira nak keluar duit terutama bila si suami mintak untuk berikan pada mak ayah .. Yup , ianya satu realiti ..
Hurm.. sbb tu ada lelaki , punya akaun simpanan sendiri kot .. hehe .. Tau tau , ada je benda dia beli .. Tau tau , dah nikah lagi .. hahahaha ..
Keluar dari rumah .. Plan nak print , sign dan fax semula .. Settle keje aku. Secara tidak langsung , aku dah sign kontrak untuk menerima pelbagai advertorial sebuah company ni .. Bayaran , lebih dari gaji aku dulu .. Alhamdulillah .. Ada gak orang pandang blogger cam aku ni kan ?
Lokasi aku , cyber cafe yang terletak di Presint Diplomatik .. Adik yang jaga cc ni , ok la orangnya. Lagi mesra dari sesetengah staff LRT yg bertugas di kaunter tiket tu ..
“ Yer bang .. “
Aku jawab.. aku nak print dan fax .. Sehelai print , 50 sen .. Aku print 4 helai .. Untuk fax , dia kata RM2 .. aku tak pasti la harga tu untuk sehelai atau sekali fax .. Bagi aku , ok la … asal keje aku settle ..
Bila aku cari no fax , takde pulak . Aku baca semula antara arahan yang terdapat di kertas yang aku print tadi…
Scan pon boleh , dia tulis situ .. Owh … Scan je la kalau gitu .. Aku tanya adik tu , harga untuk scan .. Adik tu warning aku awal awal . Hahaha ..
Sehelai RM2 .. hahahah .. Bukan salah dia pon.. Dia bukan tokey .. haha… 4 helai , RM8 .. campur print tadi, RM10 .. Wowww weee wuuu … Cam ni punya gaya , aku pun nak bukak CC .. huhu ..
“ Tak pe la dik , .. abang balik abang lukis je kat photoshop .. pastu email je semula kat orang tu.. Selamat RM8 .. “
Bukan kedekut .. tapi adakalanya jangan terlalu anggukkan kepala .. adehh ..