BEN ASHAARI



 

Kan cantik lagi menawan .. Alhamdulillah .. Tahniah buat  pelakon yang pernah popular menerusi siri Dunia Anita dan Trilogi Cinta ini kerana berhijrah ke arah hidup yang lebih dituntut Islam , dengan mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu.

"Saya tiada apa-apa alasan kenapa saya mengambil keputusan untuk bertudung tetapi ia datang daripada hati saya sendiri selepas menyambut hari lahir yang ke 30 pada 9 Jun lalu.

"Insya-Allah, imej ini akan kekal selamanya kerana ia adalah satu perkara yang dituntut oleh agama," ujarnya kepada mStar Online .

Dan menariknya , dia ada mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi sebagai watak utama untuk siaran TV3 baru-baru ini namun terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung.

"Saya boleh terima kerana ia watak utama dan akan ditayangkan di TV3 tetapi terpaksa menolak kerana saya mengenakan hijab bukan suka-suka. Tidak mengapa kerana ia bukan rezeki saya buat masa ini," katanya.

Harapnya selepas ini lebih ramai selebriti berhijrah ke cara hidup yang dituntut oleh agama Islam .. InsyaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Mula mula masa wife cadangkan aku untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan pemeriksaan kesuburan , aku amatlah malas.. Aku spesis malas jumpa doktor .. Nak tunggu tuuu tu yang buat malas bebenor ..

Tapi mengenangkan wife asyik bermuram durja jer , aku pon ok je laa .. Letih nak tengok mula welfare dia setiap malam dan kesayun dia bila bercerita mengenai teman teman yang dah dpt baby ..

Pada mulanya dia sangka aku tak nak kerana ego atau takut  akulah puncanya .. Mana tau aku tak subur kan ? Tapi bukan itu alasan aku.. Aku yang ada darah tinggi ni pon malas nak dptkan rawatan kecuali nak MC je baru aku g jumpa doktor ..

Dan bila dah check , punca bukan dari aku atau dia . Cuma masalah kecil dan berjaya diatasi dengan sedikit pembedahan ke atas isteri .. Syukur , alhamdulillah segalanya selamat dan muncullah Qhaliff..

Ada aku dengar cerita dari rakan yang mana , suami mereka tak nak pergi jumpa doktor. Beria diorang taknak .. Alasan mereka , mereka takda masalah jadi tak perlu pergi. Akhirnya , si isteri laa jadi mangsa. Merekalah yang berusaha pergi berurut , g mandi bunga laa .. atau nak lagi best , ada siap ke Bali atau Tasik Dayang Bunting untuk ‘ambik berkat’ !! Haishhh .. sampai gitu sekali ..

Perlukah ego lelaki sampai ke tahap ini ?? Kalau ada masalah sekali pon, ubatilah .. sama sama susah senang. Andai si isteri meletakkan punca tkde zuriat kerana si suami mandul , berbincanglah secara baik atau jumpa pakar .. Zaman ni , segala tiada mustahil lagi.. Lelaki pon dah bizi nak mengandung walaupun itu dah mengarut la sangat !

Tak perlu ego laa .. Usaha tangga kejayaan. Secara tidak langsng , kasih sayang bertambah erat bila masing masing tolong menolong dan saling berbincang mencari penyelesaian masalah ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Dalam sedar tak sedar , aku dan kawan kawan pembaca dah 2 bulan ikuti perkembangan Qhaliff .. Sekejap je masa berlalu kan ?

Sewaktu beberapa bulan kandungan .. Pp pon nampak dah tembam n dagunya .. huhu..

IMAG2342-1-1

Sejam pertama selepas dilahirkan ..

IMAG2356-1

Beberapa jam kemudian ..

 

IMAG2450

Selepas beberapa hari …

IMAG2537

Beberapa hari laaagiii selepas hari hari tuu ..

 

IMAG0094

Sebulan lepas ..

IMAG1185

Dan semalam ..

 

Satu kenangan yang tak dapat digambarkan dapat lihat anak pertama dari dalam perut hinggalah dh muka cakar muka ayah dia sendiri ..

Alhamdulillah .. syukur pada Allah atas rezeki yang tak terhingga ini. Hampir 4 tahun tunggu kelahiran pertama ni . Dan kelahirannya , membawa keceriaan pada semua orang .. bukan kitorang jer.. Mereka yang baca ni pon senyum je bila tengok gambar dia yang .. hurm.. nakal tuuu ..

Anak bapakk ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Takde duit tapi berjudi ! Nak tambah pendapatan tapi dengan berjudi ! Dapat gaji , pastu g berjudi untuk gandakan .. G cari hantu , pastu mintak nombor !

Haihh .. Kalau yang lakukan ni bukan orang Islam , tak pe la gak . Tapi setahu aku , agama lain pon melarang penganutnya berjudi. Tapi kenapa ramai yang pilih jalan camni eh ?

Di Harian Metro pagi ni ,

“Semuanya bermula selepas saya ketagih bermain mesin judi di kafe siber pertengahan tahun lalu. Awalnya, saya menang beberapa kali, tetapi selepas itu tak ada ‘tuah’ menyebabkan saya mengeluarkan wang simpanan. “

Dan akhirnya dia ditipu oleh kenalannya yang bergelar Haji ! Camana tu ? Yang berjudi ni lak bukanlah budak baru cerai susu tapi bekas tentera .. Haaaihhh …

Kadang-kadang aku mmg nak pertikaikan ketelusan bab penguatkuasaan ni terutama melibatkan mesin judi .. Yelah , ada satu tempat ni , balai polis bergerak ada kat situ dan menariknya tak sampai beberapa langkah , ada cyber cafe yang ada mesin judi .. Serius , mmg ramai dok keluar masuk ‘berjual beli saham dunia dan akhirat ‘ kat situ ..

Dan , ramai gak la kawan aku terlibat sama nak kaya dengan cepat tapi garu kepala selepas tu terutama bila dpat gaji .. Bila menang , happy giler tapi terlupa berapa banyak sebenarnya mereka dah rugi ..

Biarlah sedikit , asalkan berkat ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Semalam , sewaktu aku dalam perjalanan ke rumah orang tua aku untuk ziarah mereka , aku terima satu sms dari rakan aku .. Sms yang amat menyedihkan .. Kenalan kitorang yang juga satu opis telah kehilangan anaknya sewaktu melahirkannya.

Dari cara sms tu aku dpt rasa ada sesuatu yang tak kena sewaktu kelahiran anak kawan tersebut.  Aku balas kembali sms tu dan tanya puncanya.

‘Over due dan bayi mengalami komplikasi selepas itu .. ‘

Mengeluh panjang aku selepas membacanya .. Kejadian tu mengingatkan aku pada kes anak buah aku yang pertama … Aku tak nak tuding jari pada mana mana pihak sbb ini dah melibatkan bidang perubatan dan aku tidak punya ilmu mengenainya. Kang salah cakap , jadi isu lak ..

Takde rezeki lagi .. Itu yang boleh aku kata … InsyaAllah , Allah Maha Mengetahui .. Kita kena terima seadanya ..

Dan buat kawan aku tu , andai terbaca entri ni .. Bersabarlah .. Dan banyakkan berdoa .. Minta yang terbaik dariNya. Semua ni ujian dari Allah .. Mungkin rezeki kita buat masa ini , di sebelah lain. Kita tak tau dan tak nampak lagi ..

Takziah buat dia serta keluarganya .. Al-Fatihah ..

Buat mereka yang sedang mengandung dan bakal bersalin utk kali pertama , pastikan dapatkan hospital yang bagus dan cekap. Itu je la aku boleh nasihat .. Kang lelebih , susah lak kan ? Geram pon ada ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes