Banyak kali dah .. Setiap hari ada saja makhluk yang tak reti bahasa yang gemar masuk lorong atau simpang tanpa memberi lampu isyarat yang terletak di kiri kanan kereta mereka terlebih dahulu .. Kesannya ? Hehe .. kesannya kecik jer .. Ada yang mati atau cedera .. Ok la kan ?
Tadi , di Bangi .. Hampir gak seorang penunggang motosikal menjadi mangsa yang mana sebuah kereta dari lorong kanan tetiba masuk ke lorong kiri tanpa ‘bagitau ‘ pengguna kenderaan lain .. Dan hampir jadi mangsa , penunggang motosikal yang aku kata tadi laa.. Nak terbabas dia .. Iskh iskh iskh ..
Di Mstar Online .. Sebuah lori yang sarat dengan muatan batu, terbabas dan terbalik lalu menghempap seorang penunggang motosikal yang melalui arah bertentangan di persimpangan tiga Kampung Bujang, Merbok di Sungai Petani, Isnin. Lori terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba, dan melanggar sebatang pokok besar di persimpangan jalan itu sebelum terbalik. Saksi kejadian, Salmah Mansor, 57, berkata, dia yang ketika itu sedang menyediakan goreng pisang di gerai makan di situ, hanya mampu melihat lori terbabit terbalik dan menghempap motosikal yang dinaiki mangsa. Foto BERNAMA
Memandangkan ramai yang berminat untuk tidak menggunakan lampu isyarat di kereta masing masing , apa kata kerajaan suruh buang je lampu lampu tu atau pasangkan lagi lampu lip lap di badan kereta yang punya roda ..





