“ Jangan lupa datang kenduri kawin aku nanti .. “
“ Kat mana tu ? “
“ Aku buat kat rumah mak aku.. Kelantan .. “
“ Alamak .. Jauh tu .. InsyaAllah , aku g nanti .. “
Dalam perbualan diatas , dia tau yang dia tak mungkin boleh pergi kerana jarak perjalanan yang memakan masa memandangkan dia tinggal di KL . Atas sebab apakah dia mengucapkan INSYALLAH ? Mengapa dia tak berterus terang je mengatakan yang dia tak dapat pergi ?
“ Alamak .. Jauh tuu .. Maaf laa .. Aku tak rasa aku dapat pergi sbb jauh sangat .. Apa pun , selamat pengantin baru yer .. “
Bukankah dengan cara berterus terang itu lebih ‘ menyelamatkan ‘ keadaan dari memberi satu harapan pada rakan kita seolah olah kita akan hadir pada hakikatnya dia tau dia takkan pergi tapi berpegang pada INSYALLAH tu , dia tak boleh dipersalahkan !
Insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu istilah yang slalu digunakan berkaitan dengan janji. - AnaluvIslam
Insyaallah bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji yang dibuat dengan berserah kepada kuasa Allah swt. semata-mata apabila kita berasa malas dan berputus asa dengan kegagalan menunaikan janji kita yang telah kita lafazkan tetapi BELUM diusahakan. Sebagai orang Islam, kita mestilah berusaha menyempurnakan tuntutan lafaz Insyaallah yang kita telah kita ucapkan.
Kalau kita gagal sekali pun setelah berusaha sedaya upaya, ianya tidak jatuh sebagai dosa orang MUNAFIQ dan masih boleh dimaafkan kerana lafaz kalimah Insyaallah itu ibarat pendinding dan peringatan bahawa Kuasa Allah swt. Mengatasi Segalanya yang bererti juga segala urusan di muka bumi ditentukan oleh Allah swt. – TranungKite
Sama sama kita perbaiki ..