
Hurm .. Nasib baik dia bukan jenis dok kuat merengek atau menangis .. Demam , takde .. Main seperti biasa .. Sesekali batuk ..
Sian … Hurmm …

Hurm .. Nasib baik dia bukan jenis dok kuat merengek atau menangis .. Demam , takde .. Main seperti biasa .. Sesekali batuk ..
Sian … Hurmm …

Teringat lagi seorang kawan aku yang terpaksa memasukkan bayi ke hospital gara gara doktor doktor tak bertauliah . Akhirnya bayinya ditahan selama 2 minggu .. Alhamdulillah , bayi dia ok ..
Apa maksud aku ? Maksudnya mudah jer .. Bila bayi kita tu tak sihat , bawa je terus ke hospital atau klinik .. Tak kisah la kerajaan ataupun swasta . Nak lagi jimat , g kerajaan dulu . Atau kalau banyak duit , g je swasta ..
Semalam , ada aku baca blog Dr.Hamid Arshat mengenai ubatan untuk kanak-kanak dan bayi .. Ada beberapa kes yang membuka mata aku dan aku rasa ramai pandang rendah mengenainya ..
Aku amik satu contoh ek ..
“ Seorang bayi perempuan telah dibawa kelinik kerana diserang ruam lampin. Doktor menyarankan agar ibunya menyapukan sejenis krim steroidtiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.
Ruam tersebut telah sembuh dengan cepatnya tetapi berulang-ulang kembali. Ibu tersebut yakin dengankrim yang digunakan lalu membelinya sendiri dikedai ubat. Dia telah cuba merawat bayinya tanpa mendapatkan nasihat doktor sehingga usia bayi itu meningkat 20 bulan. Dalam masa itu, bayinya telah menjadi gemuk, pendek mukanya semakin bulat jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang sebayadengannya.
Bayi tersebut telah mengidap merah dan gatal-gatal kulit padabahagian lampin menyebabkan dia tidak dapat tidur malam. Si ibu mula berasa bimbang lalu membawa anaknya kelinik semula. Doktor yang memeriksa telah dapat mengagak bahawa keadaan ini disebabkan oleh penggunaan krim steroid yang berlanjutan sehingga membawa kepada keadaan yang dinamakan steroid toxicity.
Anak ini telah dimasukkan kewad untuk mendapatkan rawatanyang lebih rapi bagi mengawal penyakit kulitnya serta memastikan yangkeadaan ini tidak ada kaitan dengan penyakit-penyakit lain.
Kes ini menunjukkan bagaimana penggunaan ubat tanpa nasihat doktor boleh menimbulkan masalah.”
Boleh baca kes kes lain di blog beliau .. Klik SINI
Seperkara yang kita patut tahu ialah , kanak -kanak tetap berbeza walaupun menghidap penyakit yang sama. Ciri -ciri peribadi , personaliti ibu bapa , keadaan di rumah dan caragaya keibubapaan adalah berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak -kanak yang lain. Doktor perlulah menyesuaikan pendekatan yang digunakan untuk merawat setiap kanak -kanak itu. Apabila merawat seseorang kanak -kanak , doktor perlulah menggunakan kecekapannya berkomunikasi dengan ibu bapanya. Seringkali , pihak ibu bapa salah faham tentang bentuk rawatan yang disarankan oleh doktor.
Dalam erti kata lain JANGAN MEMANDAI MANDAI !

Kalau siang , dia tidur macam tak cukup hari .. Tapi bila menjelang malam ? Ini berlaku selepas dia mencecah 5 bulan ..
Menurut babycenter.com.my , kebanyakkan bayi, terutama yang baru lahir, suka berjaga di tengah malam. Bayi-bayi ini nampaknya tak faham yang mereka sepatutnya aktif di siang hari dan tidur di waktu malam.
Di siang hari, semua perkara lebih senang diurus. Bayi anda banyak menghabiskan masa untuk tidur, bangun untuk menyusu, main sekejap, kemudian tidur kembali. Di malam hari walau bagaimanapun, semuanya berubah. Dia berjaga dan tidak mahu tidur. Yang membuatkannya lebih sukar ialah kebanyakan bayi ini juga suka menangis di waktu malam.
Jadi apa yang boleh aku buat ?? Gulp .. menurut babycenter lagi , ada beberapa tips yang boleh aku ikuti ..
Proses ini akan memakan masa beberapa hari atau beberapa minggu, tetapi jika anda kekal dengannya, anda akan mendapat seorang bayi yang tidak berjaga malam dalam sedikit masa lagi.
Tu dari babycenter la .. Ooo .. patut laaa .. Malam malam dia suka main .. Siang dia tidur .. Oo .. patutlah bila aku biarkan dia boring , dia tertidur dengan sendirinya .. Hehehe …. Tak pe , tak pee .. Pasni aku kasi dia boring .. Part ni , mmg aku teror .. hahahaha …
Perghhh .. Macam tak percaya lak apa yang aku baca tu .. First World Hotel (Genting Highlands, Malaysia) antara hotel yang dikatakan berhantu tu ? Antara cerita hantu yang sering diceritakan ialah hantu wanita tanpa kepala yang mencari kepalanya !
Betulkah ? Gulp … Ops .. ni sumber dari Yahoo yer .. Kalau nak tau hotel hotel lain yang dikatakan berhantu di dunia , leh je baca kat SINI ..
Untuk malam ni , sebuah lagi blog menjadi pilihan aku . Aku tak tekankan pada hiasan blog tetapi pada kandungan blog. Aku tak kata kandungan blog tu terbaik atau menarik sebaliknya punya infomasi dan tarikan untuk dikongsi bersama rakan rakan yang lain .
Jadi , pilihan aku kali ni ialah blog QASEHUTEQ .. Selamat datang ke dunia blog .. Teruskan beri yang terbaik pada pembaca anda ..