Kalau dia keturunan Goku , ini bermakna aku Goku la kan ? Ehehe ..
Ada yg tanya , mcm tk gunting rambut je Qhaliff ? Gunting je pun.. bukan kasi botak. Oter mana mana yg patutu jer .. hehe ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Kalau dia keturunan Goku , ini bermakna aku Goku la kan ? Ehehe ..
Ada yg tanya , mcm tk gunting rambut je Qhaliff ? Gunting je pun.. bukan kasi botak. Oter mana mana yg patutu jer .. hehe ..

Apakah tarian kuda kengkang ni jugak ke kita nak ikut ? Apakah kita tak boleh cipta tarian sendiri ? Bukankah kita ada banyak pakar ? Kan dana ada .. Buatlah pertandingan .. Mana yang juara mencipta tarian senamrobik yang baru , popularkan laa .. Kenapa perlu tiru ?
Satu per satu kita tiru pastu kata kita punya .. Paling tidak pun kata budaya nusantara .. Yang ni nusantara ke ? Kalau tarian kebudayaan Korea tu ok la jugak .. Bertukar budaya. Yang ni ???
Kalau anak anak tanya , mana asal usul tarian ni ? G tengok youtube.. Dengan perempuan yang tak .. hurmmm .. Fikir la baik buruk sikit bila nak meniru ..
Pelik .. makin bijak manusia makin malas berfikir .. Termasuk aku gak laa..
Perghhh ! Macam tak percaya jer apa yang aku tengok dalam filem ni ! Tak sangka mutu filem ni sebijik Hollywood .. Pada mulanya aku tengok filem ni , aku teringatkan filem THE ROCK lakonan Nicholas Cage dan Sean Connery yang best giler tu ..
Filem ni , mengisahkan skuad khas polis Indonesia yang terperangkap di dalam bangunan yang dimiliki oleh gengster paling ganas di bandar tu . Misi mereka mudah tapi menjadi sukar kerana salah seorang mereka adalah polis korup ! Tadaaa .. bermulalah episod Hollywood..
Aksi tembak menembak dan bergaduh , mmg mengujakan aku.. Real wehhh .. Tak sangka made in Indonesia ! Maaf , bukan menidakkan filem kita tapi bila aku tengok ada filem aksi yang box office giler babas punya kutipan serupa filem Hong Kong zaman Jacky Chan mula mula nak nak.. Bukan kutuk tapi sekadar pandangan ..
Psst… Polis kat bawah ni muka ala ala Khairul Fahmi Che Mat .. hehe .. Tapi aku rasa mamat bawah ni hensem lagi .. Nasib baik dia bukan kat Malaysia kalau tak, ramai awek confirm crush bom bang.. hahaha .. Jangan marah aa ..
Aksi ‘berdarah’ , mmg ala ala Rambo laaa .. Meletup letup darah aihh .. huhu ..
Tapi terlalu banyak sangat aksi gaduh menyebabkan aku jadi bosan skit .. Walaupun gaduh dia best tapi jadi boring ..
Apa pun , filem ni berbaloi untuk dijadikan koleksi .. Maklumlah , free .. hehehe ..
Seawal pagi dia jaga .. Turut sama ikut mak dia jaga .. Dan aku yang tidur lewat malam tadi akibat tengok movie yang menarik ( nanti aku bagitau eh ) , pastinya satu penyiksaan buat aku.
Tapi bila tengok muka dia.. dia senyum .. Ilang kejap ngantuk aku. Ilang 1 minit jer .. huhu ..
Satu pose selepas kenyang makan dan minum susu .. ke hisap susu ? Ke ? Apa apa je la.. Janji korang faham ..
Haaa.. nampak cam keras kan ? Rileksss .. aku tak campurkan lagi dengan susu ibu dalam makanan tu agar cari .. saja je wat gempak petang petang ni ..
Zasss .. lepas siap segalanya.. Mandi pun sudah .. Maka masa untuk tidurkan dia balik .. Malangnya , dia tak nak ! Dari dia bangun kul 10 pagi tadi hinggalah kul 1230.. baru dia nak lenaaaaa.. Puas gak la aku dok main ngan dia ..
Bila dia dah tidur , barulah aku berpeluang nak tangkap lelap jap … huhu.. Sementara tunggu bantuan susu tiba pada waktu lunch .. hehe.. Daddy lapar tak pe.. anak jangan lapar .. kan kan ?
Taaaapppiii…. 10 minit kemudian , dia jaga dengan mata yang cerah dan kembali menjerit suruh dukung !! Heeelllppp !!!!

Gambar semalam … Qhaliff dengan blogger , Broframestone di Alamanda ..
Gambar yang tidak berwatermark ni aku jumpa di Facebook. Maaf la yer kalau tak bagi kredit sbb aku pun tak tau empunya dan gambar dalam tu pun seperti perempuan omputer yang telah diedit supaya nampak gitu .. Tak baik edit gitu.. Jadi fitnah kooo ..
Pada mulanya aku terkejut gak .. teror giler dia lambung setinggi tu tapi bak kata orang , jangan mudah percaya pada gambar .. Baca komen tu dulu .. Menurut salah satu komen , katanya diedit. Aku percaya la sbb mana ada mak giler nak lambung anak setinggi tu kann .. huhu ..
Aku ngan Qhaliff lak .. setiap kali aku angkat dia tinggi tinggi ( bukan lambung ) , wife menjeling geram ! Haahaha .. Teringat satu isu dulu yang mengemparkan sesetengah blog. Al maklumlah , waktu tu baru sangat dalam dunia blog. Dah berlalu pun isu tu .. Rasa cam artis lak blogger ni kan ? Banyak benar kontroversi ..
OOk .. tolak tepi part cerita lama.. Tutup buku.. Boleh ke tidak lambung bayi ni ? Macam macam pendapat , informasi ada mengenainya. Baguskah ?
Carilah sendiri eh .. hehehe .. Kang aku tulis dalam ni , macam macam pendapat ada .. Kang ada yang terasa lak.. Jadi , korang la kongsi sendiri apa yang korang tau .. Aku , okeh kan aja ..