
Ahaaa .. sampai sampai rumah , tgok tgok depan pintu ada bungkusan. Tengok nama , kenal sangat .. Pakcik kesayangan Qhaliff .. Pakcik Adnan Ibrahim aka Mat Gebu .
Bukak bukak , tu diaaa .. ada dua menda .. Satu menda tu , utk wife .. Satu lagi untuk Qhaliff .. Daddy ? Daddy takde keeee ?? Hahaha .. Tak kisah laa .. Janji mereka happy ..
Terima kasih yer Pakcik Mat .. Hehe.. Suka Qhaliff sampai nak telah teddy bear tu haaa ..
Aku ada terima satu email dari salah seorang pembaca blog aku .. Jadi , aku nak kongsikan dengan korang semua dan sapa yang boleh bantu, harap bantulah yer ..
“ Salam Ben
Mohon maaf sebab tajuk ni mungkin tak berapa sesuai dengan Ben kot, tetapi saya berharap Ben boleh kongsikan masalah yang dihadapi oleh kakak ipar saya di laman blog Ben. Mungkin ada diantara pembaca blog Ben yang boleh memberikan cadangan ataupun bantuan. Sekurang-kurangnya saya cuba berusaha untuk membantu kakak ipar saya sedaya yang mampu. Ben boleh terus ke link blog saya sekiranya Ben sudi membaca dan membantu serba sedikit untuk dikongsi di laman blog Ben. “
Dalam email tu dia ada kasi satu url blog .. Dalam dalam kandungan entri tu ada cerita mengenai masalah itu ..
“ Kakak ipar saya telah mengalami gangguan ganjil ini sejak dia mendapat anak yang pertama 5 tahun lepas. Pada permulaan gangguan tidak sangat melibatkan dirinya, cuma masa anak beliau yang pertama dalam lingkungan 4 tahun, dia selalu boleh melihat makhluk-makhluk halus yang merupa dalam pelbagai bentuk terutama harimau.
Keluarga kami telah berikhtiar dengan pelbagai cara, bertemu pengamal purubatan islam di kawasan negeri Kedah, tetapi makhluk tersebut ataupun jin tidak dapat keluar dengan mudah dari tubuhnya. Ada diantara pengamal perubatan yang mengatakan ianya buatan sihir dari seseorang yang mempunyai niat yang tidak baik terhadapnya sehinggakan hendak bersama dengan suami pun makhluk tersebut mengganggu dengan darah haid yang berpanjangan.
Kakak ipar saya cuma melawan dengan sembahyang sunat dan mengamal membaca al-quran setiap hari namum tetapi diganggu dengan pelbagai cara. Ada diantaranya semasa sembahyang, kakak saya melihat rupa yang hodoh di atas kain sejadah sehinggakan bapa mertua saya terpaksa membakar sejadah tersebut. Ada kalanya jin tersebut merasuk anak perempuan beliau dengan mengugut untuk membunuh sesiapa sahaja yang cuba mengganggu dia.
Baru-baru ini kakak ipar saya melawat biras saya yang baru bersalin di hospital, semasa di sana tidak ada apa-apa reaksi dari jin tersebut, tetapi bila sampai sahaja di rumah jin tersebut telah mengawal tubuh kakak ipar saya dan memberitahu dia sangat dahaga dengan darah yang dia nampak di hospital, bila ibu mertua saya menyuruh kakak saya mengucap, dia menjawap yang dia tak boleh mengucap sebab dia kafir.”
Bacaan lanjut , klik SINI . Harap pada sapa boleh bantu , bantulah yer .. Dan pada sesiapa nak berkongsi masalah atau minta pandangan , mahupun nak cerita apa saja , boleh saja emailkan pada aku di benashaari@yahoo.com.
Terima kasih yer ..

Baca laaaa sangattt ! Harap buku je besar kan Qhalif kan ? Pastu belek apa pun tak tau laaa ..
Buku besar lembut serupa bantal tu hadiah dari rakan wife yang datang melawat Qhaliff baru-baru ni .. hehehe .. Comel kan ? Ada yang tanya beli kat mana .. Tak silap aku ada jual kat Toys R’ Us kot .. Try la cari ..
Dan Qhaliff . kasi teror ABC dan ALIFF BA TA dulu ehh..
- IKLAN BERBAYAR . ENTRI TERBARU , DIBAWAH ENTRI INI-
Ahaaa .. Pernah cuba tak penyegar badan Victoria Secret ni ? Aku ada koleksi dia .. Aku pakai bila nak keluar malam atau untuk tidur .. Baru dapat dalam minggu ni tapi aku dah awal awal simpan dalam beg sandang aku sbb aku kan kadang kadang kena g event. Kot la badan berbau walaupun dah pakai perfume.. hehe ..
Jadi aku tak perlu risau lagi dah sekarang memandangkan dah ada penyembur badan ni . Menariknya , size dia pun kecik dan murah . Tak la terasa beban nak beli perfume yang harga beratus ringgit dan berat nak usung ke sana sini ..

Penyembur badan atau Refreshing Body Mist Victoria's Secret. ada 12 jenis bauan iaitu :
- Secret Charm
- Vanilla Lace
- Secret Crush
- Amber Romance
- Pretty in Pink
- Sweet Temptation
- Blossoming Romance
- Romantic Wish
- Love Spell
- Pure Seduction
- Endless Love
- Island Waters
Manakala sizenya pula ada 3 iaitu :
- botol besar 250ml – RM50
- botol sederhana - 120ml – RM35
- botol kecil - 20ml – RM15 ( sesuai diletakkan dalam beg tangan dan dibawa ke mana mana saja dan student pun sesuai jika nak jimat duit )
Bagi aku , kalau ada penyegar badan ni , dah boleh jimat perfume aku yang mana aku dok guna walaupun g buang sampah depan rumah tu haa .. Mana tau kot kot jiran panggil ajak berborak.. hehehe. Dengan adanya set ni , tarak segan laa.. Qhaliff pon tak la tutup hidung bila aku dukung dia .. Hahahah ..

Bagi yang berminat , boleh hubungi :
telefon / whatsapp / wechat - 0172350404
e-mail : wanita.abdmutalib@gmail.com
facebook - http://www.facebook.com/wanita.abdmutalib
website : wanitamutalib.blogspot.com