Bagi je pisang ..tak sampai sejam..tu laaa hasilnya ! Tak senang duduk dia selagi tak abis..
Bila dah abis ... Pandai pulak ajak gi basuh ..Main dkt tandas je.. Jadi , fhm fhm je la yer ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Bagi je pisang ..tak sampai sejam..tu laaa hasilnya ! Tak senang duduk dia selagi tak abis..
Bila dah abis ... Pandai pulak ajak gi basuh ..Main dkt tandas je.. Jadi , fhm fhm je la yer ...
Ramadhan menjelang. Pastinya ada antara kita masih ‘terpinga-pinga’ atau terlupa .. Takpe .. Disini aku kongsikan serba sedikit mengenai Puasa Ramadhan .. Semoga memberi manfaat pada kita semua . Selamat beramal ..
Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.
seterusnya di Segalanya kerana niat
Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.
seterusnya di Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah
Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.
seterusnya di Niat Puasa
Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.
seterusnya di Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan
Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.
seterusnya di Puasa Ramadhan : Antara yang ditokok tambah
Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?
Harap ustaz dpt perjelaskan.
seterusnya di Kahak Membatalkan Puasa ?
ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.
seterusnya di Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.
Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian ?
seterusnya di Kekeliruan Tentang Solat Tarawikh
Serius .. aku tak pernah anggap diri aku popular malah setiap hari aku pasti bekerja keras utk terus update entri di blog .. hehehe ..
Ok , kenal abe hensem kat bawah ni ? Bukan merah tu.. Berbaju merah yang hensem tu , aku pon kenal .. Yang sebelah dia tu haa ..
Kali pertama aku dengar nama EYRIQAZZ , dari mulut penolong pengarah unit tempat aku berkhidmat dulu. Dia bagitau yang blogger ni cukup top di kalangan blogger perempuan .. Amboi brooo !! Hahaha ..
Dia kata banyak pertandingan yang dianjurkan dan event , pasti ada muka bro Eyriqazz .. Perghh … dasat tu ! Tertarik aku mendengarnya. Aku takde la pasang cita cita untuk jadi cam dia .. sbb aku baru sangat bertapak dalam dunia blog tapi aku dah ada agenda aku sendiri utk menaikkan nama aku ..
5 tahun berblogging dan kami saling berhubungan samada di FB , blog mahupun Twitter , akhirnya Allah menemukan kami .. Ada jodoh gituu .. hahaha ..
Alhamdulillah .. orangnya tak kedekut ilmu dan senantiasa merendah diri walaupun dah bergelari otai gitu ! Hehehe ..
Buat rakan rakan yang baru dalam dunia blogging , segalanya tidak mustahil .. Yang penting perlu ada IMPIAN dan SEMANGAT untuk MENGAPAINYA !
Kenal dah bro kita ni ? Belum ? Haaa.. Pe kata gi baca blog dia lak .. hehehe .. EYRIQAZZ
Serius la .. aku ingat dia cikgu ! Tapi ? Hehehe .. Gi baca sendiri kat blog dia ..
Tidur dah puas .. Bangun , kasi makan skit dulu sebelum mandi dan makan lagi .. Kiranya untuk alas perut laa ..
Dia tamo makan bubur yang mak dia buatkan untuk dia !! Nak makan kek yg bapak dia makan punya , boleh ??? COnfirm la aku tak leh kasi sama dia kan ? Ada pelbagai ramuan dalam tu haa
Pastu ? Dia merajukkk laaaa .. Tu merajuk la tu konon ? Bila bg kek , tamo gak .. tau apa dia nak ??
Dia nak bekas tu dan sudu ! Nak main la pulaakkkk .. Makan tamooo .. Aku kasi biskut , baru dia nak makan .. Kasi bubur sekali lagi .. Siap tarik dan nak buang lagiii !!
Grrr.. ni semua salah … sapa ???? Memilih makann nehh …. Dah pandai dahhhh niii …
Diam terus !
Gulp .. aku tak bertujuan nak buat korang terliur ! Aku sendiri pon terliur tengok gmbar gambar mee ketam ni .. Biasanya kita tengok maggie ketam tapi ni mee ketam yer !
Terjumpa di FACEBOOK semalam .. Jadi saja nak berkongsi info dengan korang. Mana la tau kot ada tercari port untuk berbuka puasa kan ?
Terletak di 75A/4 Jalan Keramat, Dato Keramat,54000 Kuala Lumpur
(bersebelahan masjid Al Akram , pasar keramat) atau di No 11, kompleks Anjung 7, jalan Zirkon B 7/B, Seksyen 7,Shah Alam , pastinya restoran ni menjadi tumpuan mereka yang mengemari makanan yang ada ketam di dalamnya ! Hehehe ..



Terliur ? Jangan marah aku .. aku pun dah terliur ni ! Nak gi , jauh niii .. hehehe . InshaAllah , nanti aku sampai gak di sana .. heee ..
Waktu operasi ialah Selasa ke Khamis : 12:30 tengahari - 22:00 malam manakala Jumaat 17:00 petang - 22:00 malam . Sabtu dan Ahad - 12:30 - 22:00 malam.
Sebarang tempahan , sila ..
Phone
+60192496054 & 0192346388
Website
http://meeketam.blogspot.com/