
Belum sempat aku rasmikan , dia dah bantai guna dulu ! Bila aku amik , menjerit siap kejar lagi ! Hahahaha .. masak akuuuu …
Published with Blogger-droid v2.0.10

Belum sempat aku rasmikan , dia dah bantai guna dulu ! Bila aku amik , menjerit siap kejar lagi ! Hahahaha .. masak akuuuu …

Dah lama aku tak harung jammed gini . Gi jemput wife di Putrajaya pastu balik ke Cheras .. malangnya , tersangkut dalam jammed .. Tengok jam semakin hampir ke waktu berbuka ..
Apakah bekal yang ada ? Tadaaaa .. susu Qhaliff ! Nasib baik Qhaliff aku tinggalkan awal awal kat mak aku .. heeee ..
Dah pukul 630 ni .. jalanraya takde menunjukkan tanda tanda akan lengang malah semakin teruk ..
Apakah aku akan berbuka dgn susu Qhaliff memandangkan takde bekalan utk berbuka ? Huhu

Kejadian yan berlaku semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah .. Hurmm .. Bila tgk kedua dua kereta ni rasanya macam pertembungan akibat cuai .. Nak cepat balik rumah ke ?
Hurmm.. serius .. pada petang ginilah pemandu tak sabar sabar nak balik ke rumah sedangkan jam baru kul berapa ?? Kalau nak masak utk keluarga sekali pon , jangan sampai buatkan anda berbuka puasa di hospital dan keluarga anda pula masakan untuk anda ! Ha.. ingat ingat la skit. Kalau tak sempat , beli jer ..
Aku nak je kata time gini la kan , pemandu perempuan sangatlah pentingkan diri sendiri ! Yer , bukan semua tapi segelintir je masih mampu fikirkan keselamatan diri .. Jangan marah , ianya hakikat.. Kalau anda nak kata lelaki pon sama , lelaki dari dulu mmg gitu tapi masih ramai berhati perut ! Hahaha.. betul kan ? Tak eh ? Aku dapat dari mana statistik ? Caya ke ngan statistik ? Atau pengalaman diri sendiri ? Aku lebih percaya pada pengalaman diri sendiri dari statistik zmn ini !
Pening jap .. semua cantik baju baju yang ada di Bintang Collection ni.. Semua nampak bersesuaian dengan Qhaliff yang berkulit cerah .. Tak putih dan tak gelap .. ehehe
Aku ada tanya kawan-kawan di FB dan Instagram ( @Ben_Ashaari) , mana yang lebih sesuai memandangkan mereka ari ari dok tengok muka Qhaliff .. heee..
Yang ni , aku berkenan dengan BM0110 sbb tahun lepas punya baju ada gini gak colornya .. Tapi yang 0201 tu cantk gak .. Yang 0111 tu , sesuai utk kulit putih ..
Kuning ? Perghhh .. Cantik tapi tak sesuai sangat untuk Qhaliff tapi tak cuba tak tau kan ? Warna 0112 tu sejukkk mata .. Tapi 0202 tu , aku suka tapi confirm mak dia tak suka ! Hehehehe ..
Ramak kawan kawan pilih 0115 dan aku pun berkenan dengan warna ni .. Lembut jer .. Cam bapak dia .. Lembut tapi bukan bererti dia si lembut yer ! Hehehe ..
Ok , Size , mestilah S laa kan .. Warna , tau dah nak amik mana .. Buat kengkawan yang berminat nak order , baik cepat sebelum abis stok .. Baju ni RM55 sepasang untuk semua size. harga adalah termasuk pos.
Untuk sebarang pertanyaan sila bertanya pada SMS / Whatsapp ke
Ayu: 012-355 1277
Khairil: 012-5586225
Facebook : Bintang Collection
Terima kasihhhh …
Waktu tidur semalam .. Qhaliff dok mai ‘merayu’ kat aku suh pasang Upin Ipin walaupun dah berkali gosok mata tapi aku yang masih dalam mood ‘ Ibu Bapa Genuis’ , terus pasangkan zikir dan selawat untuk dia ‘layan’ ..
Apa yang berlaku Dia terus cari mak dia dah lama tidur tu utk menyusu ! Hahahaha … Oooo .. terus mengantuk yer !!
Awal pagi subuh tadi .. Di kala semua orang sibuk mengemas , aku bukak tv utk Qhaliff layan sementara .. Terkeluarlah Upin Ipin. Senyum terus dia dan tak kisah dah mak ayah dia nak wat apa !
Nasib baik bulan puasa…

Dah abis , baru sambung menguap !