

Hurmmmmmmmmmmmmmmmmm… Korang tau tak yang dia sedang ajuk mak dia muntah ??? Dia boleh bantai gelak berdekah dekah pastu dia buat buat muntah !! Dia tiru okehhhh ..
Adoiyaiiiii ..
Published with Blogger-droid v2.0.10


Hurmmmmmmmmmmmmmmmmm… Korang tau tak yang dia sedang ajuk mak dia muntah ??? Dia boleh bantai gelak berdekah dekah pastu dia buat buat muntah !! Dia tiru okehhhh ..
Adoiyaiiiii ..

Dia tahu bila aku marah .. Bila aku marah , dia akan buat muka seposen . Pastu cuba buat lawak ngan aku ! Atau akan cuba buat aku berborak dengan dia ! Hahahaha ..
Bila aku marah ? Aku marah bila dia kutip benda dan masukkan ke dalam mulut dia .. Aku marah tu bukanlah aku gi berleter atau belasah dia .. Aku cakap ngan dia , amik benda tu dan bagitau dia yang ni tak leh makan .. Pastu dukung utk pujuk dia balik ..
Susah benar nak marah dengan dia ni .. Cepat sejuk tengok kelakuan dia dan teringat kembali saat saat dia dalam pangkuan aku ..
Aku tahu , dia buat gitu sbb rasa tercabar .. Dia seolah tahu dia akan punya adik .. Hurmm… Kalau aku jadi pon akan buat gitu .. hehehe ..
Sapa tak sayang anak kan ?
Nak kata apa lagi ?? Tiap kali aku tertinggal remote ni , dpt kat dia .. dia hempaskan ke lantai dgn kuat utk pastikan penutup remote Astro ni tertanggal dan baterinya tercabut !!
Pastu dia nak amik bateri tu !! Apa dia nak buat dgn bateri tu , tu aku tak tau sbb dia lom berjaya pegang bateri tu utk dlm masa 2 saat !
Geram ?? Cer bgtauuuu..
Comelll je dia bila gini kan ? Perghh … rasa nak gi cium gigit jee dia ..

Bila dia dah mula aktif , tersangat aktif .. aku kena ikut dia ke mana saja ! Yang buat aku jadi geram sangat dia suka sangat mengutip dan masukkan ke dalam mulut !
Hurm… nak jaga budak ni kena cukup rehat .. Mental dan fizikal mmg kena kuat .. Kalau tak bersedia dari sudut ni , mmg cukup merbahaya ! Maklumlah , tindakan luar kawalan mmg sesuatu yang tak dijangkakan !
Cam Qhalfif sekarang ni .. Kalau dia dah jaga , mmg macam macam dia akan selongkar .. Sekarang ni gemar melempar barang .. Tab dan hp nokia lumia aku berkali dah kena campak ! Nasib baik la takde apa apa .. Kalau pecah skrin ?? Adoiyaii ..
Umur dia dah setahun 5 bulan .. Hurmmm … cepat masa berlalu. Baru terasa seperti semalam aku dukung dia di hari pertama kelahirannya ..

Lama tak terima komen begini .. Ke ini satu kritikan atau satu ugutan mahupun satu kejian ? Gulp ..
Bukan tak pernah ada offer untuk buat satu blog khas untuk aku .. Kasi cun lagi .. Tapi aku tak berminat walaupun nak sangat ubah .. Kenapa aku tak nak terima dan biar saja begini ?
Jawapan aku ialah satu .. Mereka masuk blog aku adalah kerana apa yang aku tulis ! Walaupun blog yang cantik satu kelebihan tapi aku tolak kelebihan begitu. Maklumlah , manusia cepat kagum pada kecantikan dan tertutup abis apa yang nak disampaikan pada disebalik kecantikan itu. Cam perempuan cantik tak tutup dengan perempuan cantik yang menutup ketika mengajar di dalam kelas orang dewasa .. Heee ..
Satu lagi , bila ada blogger baru naik dan baru nak buat blog , bila lihat blog aku gini , pasti mereka berkata ..
“ Blog gini aku pun boleh buat ! Bukan susah ponnn !! “ . Dan dia pun buat .. Secara tidak langsung , lahir lagi blogger yang inshaAllah berkualiti penulisannya setelah terdorong untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari blog aku ni ..
Aku tak perlu perkatakan mengenai tuan punya blog yang bagi komen diatas utk mengeji mahupun mengutuknya . Aku ada masuk ke blognya dan tersenyum. Masing masing punya cara tapi jangan kita pertikaikan orang lain hanya kerana kita berBMW dan orang tu berPROTON SAGA je .. Mana tau orang yang berPROTON SAGA tu habiskan masa lapangny dengan membawa anak yatim ke sekolah berbanding yang berBMW yang mana habiskan masa lapangnya di padang golf .. Biar Allah saja nilai niat kita.
Akhir kata dari aku yang ‘kosong’ ini , cermin cermin diri kita dan pandang juga kiri kanan ..