Semalam !

Hari ini ..
Esok ???

Plan nak kena kasi mantap sebelum 21hb ni ! ARghhh .. kalau tak nanti dalam tv nampa demookkkk !! Huh .. Tv ??? Opss ...
Published with Blogger-droid v2.0.10
Semalam !

Hari ini ..
Esok ???

Plan nak kena kasi mantap sebelum 21hb ni ! ARghhh .. kalau tak nanti dalam tv nampa demookkkk !! Huh .. Tv ??? Opss ...
Satu hari nanti , bila dia tengok dia sendiri pasti dia akan ketawa .. Seolah dia tak percaya itu dia .. hehe.. Karenah , telatah dia pasti satu hari nanti akan dirindui. Huhu..
Masa pantas berlalu .. Kita nak dia merangkak..Kita nak dia berjalan .. Kita nak dia berlari.. Tiba tiba merindui saat saat dia lahir dulu dan berada dlm pelukan kita .. hurmm..
Selagi boleh rakam , rakamlah.. Semua ini adalah kenangan yg tidak boleh dibeli dgn wang ringgit.

Bila aku renung wajah arwah Ahmad Busu , terasa tenang dan timbul sejuta rasa syahdu dan insaf. Dulu dialah antara manusia yang menceriakan hari hari aku dikala aku dalam keadaan boring , tertekan dengan lawak lawak spontannya dalam sitkom PI MAI PI MAI TANG TU.
Sekejap je masa berlalu.Muda lagi arwah. Baru berusia 60an. Aku , dah hampir 40 tahun. Tahu tahu je , kita dijemput pulang kepadaNya.. Tu pun masih ada manusia yang tak sedar diri seolah akan hidup selamanya.
Bagi aku, Allahyarham Ahmad Busu adalah pelawak yang original. Tak perlu buat gaya slaptik , meniru gaya orang bagi orang tertawa. Itulah mahalnya pelawak yang asli. Berbeza dgn skang ni .. Ada yang terpaksa membodohkan diri untuk bagi orang ketawa .. hurmm.. Entahlah..
Semoga Allah mencucuri rahmat buat rohnya dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatehah.
Tengok tv ? Kejap jer .. Pastu dia selongkar buku buku.. Pon boring dah .. Dia ke dapur .. Cari apa nak makan ! Tak de apa sbb semua dah disorok dari mata dia !!!
Kesian.. Aku buat satu mangkuk corn flakes. Aku pun lapar gak ni.. Leh kongsi dua .. huhu ..
Sasaran dia , bukan nak makan sangat tapi dia nak mangkuk dan sudu tu ! Abis je makan , terus dia attack aku.. Nak amik .. Bila tak bagi , termuncung muncung diaa merajuk.. Ololoooo .. ciannnn ..
Aku pon kasi laaa .. Bersungguh dia balas dendam kat aku ! Dia ketuk kuat kuat woooo ! Tapi aku rasa ketukan dia tu tak la sepower orang dewasa punya .. hehehe ..
Tanggapan aku silap sama sekali ! Terus aku capai mangkuk dan buang .. Dan dia , aku kasi kat mak dia ! Puashati kot dia sbb tak sampai 5 minit , dia lena terus !
Huwaaaaaaaaaaaaaa..
Selepas makan beberapa suap , dia terus jadi lasak semacam ! Terus aku tak boleh nak kawal dia di Alamanda tadi. Yelah , aku dukung dia.Bila aku lepaskan dia , abis dia serang booth booth yang terletak di kiri kanan ! Adoiyai.. Mak dia lak tolak troli. Ada kat belakang ! Lambat sampai haaa .. aRghhhhh ..
Sesampai je rumah , dia punya keaktifan masih di luar jangkaan . Berlari sana sini ! Tak pernah tengok gini .. Maka kesimpulan yang boleh dibuat mungkin sbb Tutti Frutti .. Yelah kandungan gula kan ? Hurmmm.. Pasni tak leh kasi dah …
Dia diam jap masa tengok Upin Ipin .. Gaya dia pon .. pelik haaa !!