Gemuruh ? Biasa dah pon .. Tak ramai ke ? Ramai la gak .. ni belum mula .. Best jugak jadi panel ni .. hehehe.. Tapi tak leh buat kerap .. nanti lari kerjaya lak .. hahaha ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Gemuruh ? Biasa dah pon .. Tak ramai ke ? Ramai la gak .. ni belum mula .. Best jugak jadi panel ni .. hehehe.. Tapi tak leh buat kerap .. nanti lari kerjaya lak .. hahaha ..
Selesai projek .. Balik rumah orang tua aku terus tanpa makan apa apa seharian ! Tak sabar nak balik jumpa Qhaliff.. rindu sangat kat dia . Tak sampai sehari pon tinggalkan dia .. hehehe ..
Lepas Maghrib .. Balik ke rumah aku. Sepanjang perjalanan , aku sangat sangat mengantuk.Terlalu kepenatan disebabkan aktiviti hari ini yang memerlukan banyak tenaga.. hehe ..
Akhirnya , aku terpaksa singgah di tepi jalan untuk tangkap lelapkan mata barang 5-10 minit gitu. Padahal rumah tak sampai 10km je pon lagi .. hehehe ..
Merbahaya kalau diteruskan. Ada beberapa kali gak nyaris terbabab. Terpaksa cari tempat untuk berhenti ! Dan , aku berhenti depan restoran Coffee Village .. hehehe .. Tak de kaitan dengan Villa Nabila yer ..
Hari ni , ke Sitiawan .. Perak lak .. Ada projek lagi kat situ ! Nasib baik laaa Isnin ni tak jadi dah ! Tapi Selasa ada interview majalah lagi dan Rabu ada press conf. Perghhhh .. gile bizi aku .. huhu ..
Dalam bulan ni , sekali pon tak gi gym lagi .. Tak sempat ! Haihhh … Aku pasrah je la yang aku akan gemuk dan boroi gitu ..
Tetapi setelah tengok gambar ni , terus berubah tanggapan aku.. Masih boleh diselamatkan lagi perut aku ni rupanya ! Hahahaha .. Yearghhhh !


Tapi aku tak plan la nak besarkan lagi badan. Nak maintain gini je la .. Hehehhe .. Ok la kan ? Kang mantap sangat , org curi gambar dan buat fake profile .. gay lak tu ! Haihhh … Tak takut dosa diorang ni kan ?
Alhamdulillah .. Selesai satu lagi projek aku hari ni. Ikutkan sebenarnya aku agak keberatan utk buat projek pada hari Jumaat sbb risau terlepas Solat Jumaat memandangkan aku bergerak gunakan pengangkutan awam dan ke tempat yang aku tak mahir selok beloknya.
Namun begitu , rakan-rakan seperjuagan sangat memahami ! Menariknya , mereka bukanlah beragama Islam. Rakaman bermula sesudah solat Jumaat walhal masa berkumpul adalah jam 10 pagi ! Berapa lama terpaksa mereka menanti ?? Lama wooo ..
Tersentuh juga aku sebenarnya hinggakan ada sorang kakitangan tu nak antar aku ke masjid. Aku tahu mereka risau aku terlewat pulang sbb aku pergi balik naik teksi ! Tak nak susahkan mereka. Aku bagitau , jangan risau. Aku akan balik tepat pada masanya.
Dan syukur Alhamdulillah .. aku mintak pada Allah agar ada teksi sebelum jam 2 selepas solat Jumaat dan , mmg ada ! Punya la tunggu teksi .. sebijik pon takde .. Bila datang , kosong dan nak pulak dia berenti !
Aku kembali sebelum jam 2 dan aku menepati janji aku. Mereka gembira dan aku pun gembira .. Kan senang gitu kan ?
Hahahah .. Bila tengok video ni , tergelak aku dibuatnya. Macam macam laaa perangai dia sekarang ! Ada gak yg menakutkan seperti terjun dari sofa ! Terpaksa aku letak tilam skang ni .. Pastu siap guling guling ala ala penerjun payung terjun tu haaa ..
Yang ni .. memula wife aku ingat , aku yang buat begitu kat Qhaliff ! Setelah aku tunjukkan bukti yang dia sendiri yang buat .. baru mau percayaaa ! Tengok laa tuuu .. Dari ruang tamu , terus ke dapur macam tu ! Gi cari ibu dia .. Nak bodek air yang ada dalam peti ais tu ..

Bila tak dapat , dia kacau menda lain lak .. Hahahah .. Haihhh … Kalau tak peratikan dia , abis tunggang langgang rumah !