BEN ASHAARI



Abu Darda r.a menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w bangun untuk bersolat , lalu ketika sedang bersolat , baginda berkata :

" Aku berlindung kepada Allah dari engkau ! " . Kemudian baginda berkata :

" Aku melaknat engkau dengan laknat Allah ! " sebanyak tiga kali sambil menghulukan tangan seolah olah ingin menangkap sesuatu. Apabila baginda selesai solat , kami bertanya :

" Wahai Rasulullah ! Kami mendengar kamu berkata dalam solat sesuatu yang tidak pernah kami dengar kamu memperkatakannya ( ketika sedang solat ) dan kami melihat kamu menghulurkan tangan. "

Rasulullah s.a.w menjawab :

Sesungguhnya musuh Allah , yakni iblis , datang dengan membawa api untuk dilemparkan ke muka aku, Maka aku mengucap : Aku berlindung kepada Allah dari engkau ! " tiga kali kemudian aku mengucap : " Aku melaknat engkau dengan laknat Allah !" akan tetapi dia tidak mengundur diri. Demi Allah ! Jika bukanlah kerana doa saudara kami , Sulaiman nescaya ia akan terikat sehingga pagi dan dijadikan mainan ana anak warga Madinah. - hadis riwayat Muslim dalam sahihnya , hadis no 542 (kitab al Masajid .. Bab boleh melaknat syaitan ketika sedang bersolat )


Berdasarkan hadis di atas , syaitan adalah satu makhluk yang boleh ditangkap , dikurung dan diikat. Hanya dari sudut syari'at tindakan menangkap , mengurung dan mengikat makhluk jin dan syaitan tidak dibenarkan disebabkan oleh doa Nabi Sulaiman a.s.yang telah dikemukakan sebelum ini .

" ( Sulaiman berdoa ) : Wahai Tuhanku ! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku : sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurnia-Nya " - shad 38:35

Berdasarkan doa ini , Rasulullah s.a.w tidak menangkap iblis sekali pun baginda mampu melakukannya. Ini kerana tindakan tersebut hanya dibolehkan kepada Nabi Sulaiman dan di larang kepada selainnya termasuk Rasulullah dan umat baginda.

Bagi Rasulullah dan umat baginda , Allah akan mengikat iblis sekali setahun , iaitu sepanjang bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w bersabda :

Apabila masuk bulan Ramadhan , pintu pintu syurga dibuka , pintu pintu neraka ditutup dan syaitan diikat. - Sahih oleh al-Bukhari

Berdasarkan hadis di atas juga dapat kita bezakan bahawa orang orang yang memelihara atau mengunakan khidmat jin dan syaitan , mereka sebenarnya tidak mengikuti ajaran al-Quran dan al-Sunnah. Jin dan syaitan sengaja membiarkan diri mereka diikat dan dijadikan khadam oleh tuannya agar dengan itu mereka dapat menjerumuskan tuan mereka ke dalam kesesatan.

- dari buku 7 Tipu daya Syaitan ke atas umat Islam . Oleh Hafiz Firdaus .
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : Me & My Family

Antara entrinya ialah

ooo baru tau

mimpi jatuh dari tempat tinggi, mimpi kena patuk ular rupanye maknanye kita dh kena sihir...

opsss... takut nyee

sbb slalu mimpi jatuh dari tpt tinggi pastu tersentak jaga...

huh.. pe kah maknanye???

Ayat jauh kan sihir

1) Baca Ayat Kursi
2)3 Qul
3) 2 ayat terakhir surah albaqarah
4) Ayat - Auzubillahiminasshaitan nirrajim..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Haaa... teringin nak kutuk ISRAEL live ? ramai ramai ? hehehe.. ada satu tempat .. baekkk punya... official lagi... amacam ? Ada minat ??

Aku terjumpa semasa dok jalan jalan dlm web.. menarik neh .. hehehe.. ramai dah join ...macam macam ada woo ... marilah join beramai ramai ..

Selanjutnya >> DUNIA KUTUK ISRAEL

BA : kutuk , jgn tak kutuk


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : KERULL

Antara entrinya ialah :

Assalammualaikum...
Minggu yang sibuk untuk aku..ops kira bulan pun ok gak sbb 1 bulan ada 4 minggu..sume minggu aku sibuk..camana tuh? Baru balik dari sabah minggu lepas untuk urusan kerja..minggu ni handle kusus lagi yang melibatkan student SKM dan DKM aka Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang Pembuat pakaian..minggu ni Kusus Usahawan Lasak. Kusus ni khas untuk memberi diorang pengalaman dan praktikal merasai suasana berniaga di Pasar Malam...nampak macam senang je tugas diorang ni..tapi sebenarnya mereka ni mencabar diri sendiri untuk menjual produk2 yang dihasilkan oleh mereka sendiri...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Jodoh pertemuan semua itu adalah ketentuan Allah .. Namun begitu , pasti ramai terdetik ( syaitan membisik sebenarnya ) di hati mereka untuk berkata begini ...

" Bf dia punya la tak hensem tapi bila tengok awek diaaa , fuuhh... cun giler ! Samada balak dia main guna guna atau mesti banyak duit ! "

" Ler.. awek punya la ketot tapi balak dia .. pergh... tinggi ngan hensem lak tu ... mana dia jumpa ek ? ke ni awek spare part ni ? "

Mesti mereka tertanya bagaimana mereka mampu mengorat pasangan mereka itu bukan ? Bukan korang je .. aku pun ... hahaha

BA : Tunduk ke bumi ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Orang tua kita lazim berpesan , jangan bermain di luar ketika waktu senja. Pesanan ini berasal dari Rasulullah s.a.w :

" Apabila malam menjelang tiba maka tahanlah anak anak kalian ( dari keluar ) kerana sesungguhnya pada waktu itu syaitan syaitan berkeliaran . Apabila telah berlalu waktu isya' maka lepaskanlah mereka " - hadis riwayat al - Bukhari

Syaitan juga memiliki tempat kegemarannya atau apa yang dapat disebut sebagai tempat melepaknya . Rasulullah s.a.w bersabda :

"Selagi mampu , janganlah menjadi orang yang pertama memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir keluar dari pasar kerana sesungguhnya pasar adalah medan tempur syaitan dan di situlah benderanya di cacak " - Hadis riwayat Muslim

Pada zaman kini , pasar bukan saja merujuk kepada tempat menjual beli ikan dan sayur tetapi meluas kepada pasaraya , pusat membeli belah dan bursa saham.

- dari buku 7 Tipu daya syaitan ke atas umat Islam . Oleh Hafiz Firdaus Abdullah.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
" Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang menakut nakutkan ( kamu terhadap ) penolong - penolongnya . Oleh itu , janganlah kamu takut kepada mereka , tetapi takutlah kepada Ku ( Allah ) jika betul kamu orang orang yang beriman . " ( al- Imran 3 : 15)

Dalam ayat di atas , Allah s.w.t menerangkan tipu daya syaitan yang menakut nakutkan umat Islam daripada berhadapan dengan musuh dalam Perang Uhud. Lalu Allah mengingkatkan umat Islam agar tidak takut kepada musuh , sebaliknya takutlah kepada-Nya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
HARI ini perniagaan internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran.

Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu.

HARI ini perniagaan internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran.

Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu.
Bagi usahawan internet, Mohd Suhaimy Abu Bakar, 30, atau lebih dikenali sebagai Shuth, perniagaan internet adalah satu bentuk perniagaan untuk masa depan kerana kebanyakan perniagaan dan kedai baru akan dibuka dalam bentuk perniagaan internet berbanding perniagaan kovensional.

HARI ini perniagaan internet di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing lagi. Perniagaan seumpama ini semakin digemari lantaran keberkesanan Internet sebagai medium komunikasi dan pemasaran.

Sehubungan itu, peningkatan jumlah pengguna internet juga dilihat sebagai tanda positif untuk berkecimpung dalam perniagaan seumpama itu.
Bagi usahawan internet, Mohd Suhaimy Abu Bakar, 30, atau lebih dikenali sebagai Shuth, perniagaan internet adalah satu bentuk perniagaan untuk masa depan kerana kebanyakan perniagaan dan kedai baru akan dibuka dalam bentuk perniagaan internet berbanding perniagaan kovensional.
“Kedai buku terbesar di dunia bukanlah terletak di Amerika, China atau Jepun tetapi di internet iaitu amazon.com manakala pasar raya terbesar di dunia pula ialah eBay. Tidak mustahil suatu hari nanti semua orang akan lebih gemar membeli-belah di internet berbanding pasar raya,” katanya kepada Bernama.

Menceburi bidang perniagaan bukanlah impian Shuth ketika kecil. Tetapi setelah memasuki alam pekerjaan, beliau mula bercita-cita menjadi usahawan. Hal ini kerana Shuth menyedari kebaikan dan keburukan antara bekerja makan gaji dengan bekerja sendiri.

Pada masa ini Shuth menjalankan beberapa jenis perniagaan
internet yang lebih menumpukan kepada perkhidmatan penyewaan ‘webhosting’, penerbitan serta penjualan ‘eBook’.
Sebelum menceburi bidang perniagaan, anak kelahiran Muar ini pernah bekerja sebagai eksekutif IT yang menguruskan bahagian multimedia dan juga pembangunan web di sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Menyedari betapa pentingnya memiliki kebebasan masa dan juga kewangan, beliau cuba menceburi bidang perniagaan kerana percaya bidang ini mampu memberikan semua itu. ‘Saya sedar, cara terbaik untuk memiliki kedua-dua kebebasan itu ialah dengan menceburi diri ke dalam dunia perniagaan,’ jelasnya.

Sedia mengambil tanggungjawab 100 peratus dan sentiasa berfikiran positif ialah prinsip hidup Shuth untuk menjadi seorang usahawan berjaya. Beliau juga berpendapat, untuk menjalani kehidupan yang lebih gembira dan bebas, berniaga dan menjadi seorang usahawan adalah pilihan paling tepat.

Menurut Shuth, ada kajian yang menyatakan bahawa golongan yang bekerja sendiri dan berniaga mempunyai kehidupan yang lebih gembira dan memuaskan berbanding golongan yang makan gaji.

Bagi lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini, setakat ini tiada halangan terlalu besar dihadapi beliau kecuali sedikit kritikan ketika melancarkan ‘eBook’ yang pertama pada 2005.

“Saya menerima e-mel dan juga panggilan telefon daripada seseorang yang mencerca saya dan mengatakan saya penipu sebab menjual ‘eBook’ di internet.
Pada masa itu, saya sedikit kecewa tetapi kembali bersemangat apabila melihat semakin ramai orang membeli ‘eBook’ dari sehari ke sehari.

“Pada pendapat saya, saya menjual ilmu dan maklumat, bukannya menjual fail kosong. Dunia sudah maju dan zaman sudah berubah, zaman ini ialah zaman informasi dan maklumat. Pada zaman ini, maklumat ialah sesuatu yang sangat penting dan berharga, jadi tidak hairanlah jika orang ramai akan mula memperdagangkannya di alaf baru ini,” jelasnya.

“Kejayaan yang saya rasa paling besar dalam hidup saya selepas menceburi bidang ini ialah apabila saya dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga dan melihat anak-anak saya membesar di hadapan mata saya setiap hari,” katanya bangga.

Penulis buku terlaris, Rahsia Blogger ini didorong oleh seorang rakannya yang mahu beliau berkongsi ilmu mengenai blog kepada orang ramai. Buku itu menceritakan peluang yang ada untuk mendapatkan wang di internet.

Harapan Shuth adalah selepas membaca buku berkenaan, mereka dapat melihat dan bertindak merebut peluang yang ada.

Generasi milineum atau nama lainnya, generasi Y, yang membesar dengan kewujudan internet, lebih gemar menggunakan internet untuk tujuan bersosial dan berhibur seperti Facebook, Myspace, ‘games’ (permainan mata) dan sebagainya.

Menurut Shuth, golongan ini mempunyai peluang cerah dalam bidang perniagaan internet selagi mereka mempunyai minat untuk berniaga serta menyedari kepentingan internet bagi tujuan perniagaan.

Shuth berkata golongan belia harus bijak mengambil peluang dan menggunakan ruang sedia ada ke arah sesuatu yang berfaedah dan menguntungkan. – BERNAMA

- sumber : Bharian
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

WASHINGTON: Rangkaian sosial Twitter, yang digantung operasinya untuk tempoh beberapa minggu sejak kebelakangan ini memberi amaran kepada ahlinya ia dijangka berlaku lagi membabitkan masalah teknikal.

Bagaimanapun, juru cakap Twitter, Sean Garrett yang mengumumkan perkara itu menerusi blognya, berkata pihaknya akan cuba menggelakkan ia berlaku ketika perlawanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. - AFP
- sumber : Bharian
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : HIDUPKU , HIDUP SEMUA


Antara entrinya ialah :

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Sunyi je malam ni. Ad orang ke tak ada ekk.

Hari busan sgt2 dok kat umah nih. Baring baring baring dah macam orang sakit dah nih. Dah makan tido. Yups sangat bagus untuk menembamkan diri. Ahh peduli ape tembam ke debab ke. Yang penting aku sihat. Tapi kalau boleh tak nak la kan. Baru tadi aku dapat berita dari yang tersayang yang mana accnya telah diblock oleh YOUTH10 . Dah tak ada rezeki la tu. Mungkin rezeki beliau di tempat lain who knows. So yang lain-lain tu,berhati-hatilah dengan program2 online yang melibatkan duit ni ye. Bawak-bawak bersabarla ye sayangku.

BA : dua pengarah ???
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia 2010

Boikot Yahudi ? Boikot Israel ? Haaa.. Takkan reti boikot je ?? Marilah membeli barangan buatan Malaysia .. ahaks ..

Akan dirasmikan pada hari ini , selama 5 hari yer .. 5 hari !! Sehingga 20hb Jun .. 2 level terlibat bermakna , sila la bawak banyak duit .. hehehe ... takkan nak nganga je ?


BA : Buktikan anda memboikot barangan Israel !


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Hanis Aleeya .. satu nama yang tidak janggal bagi aku kerana aku mengenali dia di KELAB PEMINAT NOVEL dan dia antara mereka yang aku add ke dalam FACEBOOK aku ..

Aku gemar add mereka yang berada di KELAB PEMINAT NOVEL kerana mereka ini adalah meminat novel .. Jika mereka minat novel , bermakna mereka minat membaca .. Bila minat membaca , sudah semestinya mereka akan membaca blog .. Itu adalah tanggapan aku ..

Selain blogger , aku akan tackle pembaca pembaca yang bukan dari kalangan blogger.. dimana mereka ini ? Anda sebagai blogger ( jika pembaca ini blogger ) , kena rajin mencari dan mengkaji ... jgn sasarkan blog anda pada blogger saja..

Buat Hanis Aleeya , terima kasih kerana sudi membongkar blog .. dan aku tak rasa blog aku je dia bongkar..banyak lagi blog dia dah bongkar.. haha...

Pada mereka yang minat membaca cerpen , Hanis Aleeya adalah salah seorang penulis yang bagus ..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Terdengar kata kata pakar motivasi malaysia pagi tadi membuatkan aku tersenyum .. Aku ingat aku seorang je perasan sebelum ini .. rupa-rupanya ramai perasan jugak ..

Pujian seringkali kita berikan kepada ahli keluarga terutama isteri dan juga sahabat sahabat.. Adakalanya pujian itu secara spontan diluahkan kerana perbuatannya namun tindak balas spontan dari penerima membuatkan si pemuji tadi rasa terpaku sejenak ...

" Awak cantik ari ni " , " wah , bijaknya awak " dan banyak lagi ..

Jawapan spontan kadang kadang ialah :

" Yeke ? " , " Apa dia ? " dan banyak lagi ...

Yang kerap timbul di benak pemuji ialah ...

" Dia ni tak dengar atau nak suruh aku puji lagi ke ?? "

Ada dua kemungkinan.. samada dia segan menerima pujian itu atau dia suka nak dengar lagi ...

Camana tu ?

BA : Tak suka dipuji sbb boleh mendatangkan riak dan takbur ..


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Salam dan selamat pagi ..

Sihat pagi ni ? Hehe... aku , alhamdulillah ... dua hari ni asik kena minum jus epal + peria katak .. hehe.. untuk menurunkan tekanan darah aku ... hasil ? tak tau pun.. tak de dah nak pening.. setakat ni la...

Gym ? Masuk minggu ni , dah minggu ke tiga tak g ... Kenapa aku tak g ? Erm... cuba menurunkan kadar kos penggunaan perbelanjaan bulanan.. Makin meningkat kebelakangan ini.. Sehari kalau aku g gym , aku akan menambah rRM14 .. kalau 3 kali seminggu ? Sebulan ? Jadi skang ni aku hanya akan pergi 2x dan selebihnya aku akan buat di rumah jer ..

Berbalik pada dunia internet , semalam ada satu kata kunci ( keyword ) yang agak pelik ... LELAKI KENA ROGOL .. Aku tamo la berprasangka buruk pada pencari tersebut , tapi cuma agak pelik jer .. adakah dia sedang buat tesis atau assignment berkaitan ROGOL ? Menarik jugak tajuk dia yer .. ;)

Alhamdulillah , rezeki kebelakangan ini membabitkan blog , meningkat ... tambah satu lagi buffered dan Alexa ranking pula insyaAllah akan melepasi di bawah 100 ribu tidak lama lagi.. Kemudian di situ pengerakkan akan mulai perlahan kerana cabaran dari web atau blog lain .. dan aku tak rasa aku mampu cabar mereka selagi graf trafik tiada penambahan .. Perlukah aku meningkatkannya ? Semua tu bergantung pada masa ..

Ok... masa untuk bersiap dan pergi kerja.. hehehe... Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca bebelan aku pagi ni .. Semoga anda semua diberkati Allah .

BA : Tanpa pembaca , blog aku tiada makna ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Perlawanan yangmembabitkan Kumpulan G (Brazil , Korea Utara , Portugal dan Ivory Coast )

BA : Cam sokong semua pasukan je kali ni
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
l
Satu hal menjadi asas dalam perhubungan masyarakat ialah persahabatan yang terjalin sejak tercetusnya pengenalan. Rasa persahabatan itu menjadi punca ketenangan kehidupan .Inilah masyarakat yang bertamadun yang menjadi impian dan harapan manusia keseluruhannya.

Dalam masyarakat yang bertamadun ini tidak akan ada orang yang mahu bantah membantah , bertekak apabila bertemu apalagi mengata keburukan orang lain. Hal ini pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w dalam masyarakat yang tidak bertamadun.

Sesungguhnya masyarakat jahiliyah yang rata ratanya tidak bertamadun menganguaap sesuatu yang asing dari mereka semuanya seteru atau musuh. Mereka yang berada di kelompok lain tidak boleh dibuat kawan . Budaya ini mungkin susa diungkai kerana sudah bertapak sekian lama.

Tapi dengan didikan Rasulullah s.a.w yang penuh berhikmah itu telah menukar cara hidup mereka kepada kehidupan yang berkasih sayang dan persahabatan yang terjalin kukuh. Para sahabat di ajar agar tidak bantah membantah, mentertawakan orang lain dan memungkiri janji.

Daripada Ibnu Abbas r.a , dia berkata :
Rasulullah bersabda , " janganlah kamu berbantah terhadap saudara kamu dan pula mentertawakannya dan janganlah kamu membuat janji kemudian kamu mungkiri. " (Riwayat al-Tirmizi)

Adalah menjadi hak dalam persaudaraan dan persahabatan , menjaga hati orang lain dan tidak boleh menyinggung perasaannya . Rasanya semua orang tahu tetapi kadang kadang kita tidak perasan beberapa tindak tanduk kita boleh mencetuskan pelbagai prasangka orang .

Kerana itu , setiap umat Islam mestilah peka perkara ini dan amalkan sikap suka meminta maaf apabila dirasakan sesuatu yang tidak kena.

Umat Islam patut meneliti punca dan kesan tiga perkara yang disebut oleh Rasulullah s.a.w di atas .Dan tidak mustahil jika ianya tidak dibendung akan terjadi bibit yang membawa kepada kecil hati.

i ) sikap membantah , adalah kerana ego yang menebal .Apabila masing masing tidak mahu beralah maka akan dipertahamkan terntulah kehendak sendiri. Disini akan tercetuslah permusuhan yang mungkin berpanjangan .

ii ) Sikap suka mentertawakan orang , mungkin boleh mengembirakan seseorang tetapi bagi sesetengah orang boleh pula mengecilkan hati.

iii) suka membuat janji tanpa memikirkan risikonya adalah sikap yg tidak baik. Kita boleh membuat janji tetapi mestilah dipastikan bahawa janji itu boleh ditepati. Jika kita berjanji kemudian tidak menepati maka kita dianggap mengingkarinya . Ini pasti boleh menumbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap orang berkenaan .

Utamakan perpaduan ummah dari cuba mencetus sesuatu yang tidak diingini. Riak riak bunga berkecil hati mesti dielakkan dengan masing masing berprasangka baik . Inilah kunci utama di samping cuba mengawal diri dalam menjalinkan persahabatan .

BA : Bersahabat dalam blog ..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Dalam ayat 169 , surah al-Baqarah , Allah s.wt. mengingatkan :

" Ia ( syaitan ) hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara-perkara yang keji , dan ( menyuruh ) supaya kamu berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " - al baqarah 2:169

Apakah yang dimaksudkan dengan " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " ? . Mudahnya , ia seumpama menjadi jurucakap Allah. Syaitan akan menghasut seseorang itu untuk menjadi jurucakap Allah ( spokesman and spokesman for god ) , iaitu bercakap tentang Allah dan Islam tanpa ilmu pengetahuan.

Pada zaman Rasulullah s.a.w " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " merujuk kepada orang orang jahiliyah dan kafir musyrik yang mendakwa Allah memiliki anak , malaikat ialah anak perempuan Allah dan berhala mereka ialah wakil Allah di muka bumi . Maha Suci Allah dari semua dakwaan itu .

Ada pun pada masa kini , " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui " berlaku dalam beberapa bentuk. Berikut tiga contoh :

Contoh pertama : Mengulas sebab di sebalik sesuatu tragedi .


Apabila berlaku sesuatu tragedi alam seperti banjir , gempa bumi dan kemarau , akan ditemui orang orang yang memberi ulasan : " Tragedi ini berlaku kerana kilang arak di sana " , atau " Semua ini berlaku kerana ajaran sesat penduduknya . Seolah olah yang mengulas itu mempunyai hubungan terus ( direct line ) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah dalam menerangkan kenapa sesuatu tragedi itu berlaku. Yang benar dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk " berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui."

Benar bahawa semua tragedi, atau lebih tepat: bala' berlaku dengan kehendak Allah s.w.t. Akan tetapi kita tidak tahau mengapa Allah menurunkan bala' tersebut. Lebih dr itu, tidak semua bala' Allah turunkan kerana dosa yang pernah dilakukan oleh mangsanya. Ini kerana bala' itu juga boleh jadi satu ujian Allah kepada para hamba yang dicintaiNya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Sesungguhnya besarnya ganjaran berkadar terus dengan besarnya bala'. Sesungguhnya jika Allah mencintai satu kaum, Dia menurunkan bala' kepada mereka. Sesiapa yang redha maka Allah redha kepadanya dan sesiapa yang marah maka Allah murka kepadanya". - hasan : dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam sahih sunan al-Tirmizi , hadis no 2396 ( kitab al-zuhud , bab berkenaan sabar terhadap bala') .

Seandainya kita hidup bersama Rasulullah s.a.w dan bertanya kepada baginda mengapa sesuatu bala berlaku , nescaya baginda sendiri tidak berani berkata apa apa melainkan diam sehingga turun wahyu dari Allah untuk menerangkan sebabnya. Oleh itu sikap yang benar dalam menghadapi sesuatu tragedi atau bala bukanlah mengulas mengapa ia berlaku tetapi apa yang kita lakukan untuk membantu mangsanya.

Contoh kedua : Menyampaikan Hadis tanpa menyemak sumber dan darjatnya.

Menjadi satu kebiasaan di Malaysia bahawa hadis hadis Rasulullah s.a.w disampaikan tanpa memerhatikan sumber dan darjatnya. Apa saja yang dikenali sebagai hadis , maka ia terus dianggap sebagai benar benar berasal dari mulut Rasulullah s.a.w . Padahal apabila disemak hadis hadis tersebut , nescaya kebanyakkannya tidak memilik asal usulnya atau memiliki darjat yang tidak menepati disiplin ilmu hadis sehingga tidak dapat disandarkan kepada Rasulullah .

Sama sama diketahui bahawa ucapan Rasulullah adalah wahyu yang berasal dari Allah. Allah s.w.t berfirman :

" Dan dia ( Muhammad tidak memperkatakan ( sesuatu yang berhubung dengan Islam ) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu ( sama ada al-Quran atau hadis ) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. " - al - Najm 53: 3-4

Apabila sesuatu hadis disampaikan tanpa menyemak sumber dan darjatnya , orang yang menyampaikannya telah menjadikan hadis tersebut sebagai wahyu yang berasal dari Allah. Seolah olah dia mempunyai hubungan terus ( direct line ) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah dalam menerangkan hadis itu dan ini . Yang benar dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk " berkata Allah apa yang kamu tidak ketahui."

Benar bahawa jumhur ilmuan membolehkan hadis ringan kelemahannya disampaikan untuk tujuan keutamaan amal ( fadhail al Amal ) dan menganjurkan yang baik serta mengancam yang buruk ( al - Targhib wa al Tarhib ) . Akan tetapi kebolehan ini hanya khusus untuk ahli hadis kerana mereka yang tahu kadar kelemahan sesuatu hadis. Para agamawan seperti imam , khatib , ustaz dan ustazah bukanlah ahli hadis , oleh itu kebolehan di atas tidak meliputi mereka.

Contoh ketiga : Membicara Agama Tanpa Ilmuan

Berbincang tentang Islam memang baik jika ia di dasari kepada ilmu yang sahih . Sebaliknya perbincangan tentang Islam menjadi tercela jika ia dilakukan tanpa ilmu atau dengan ilmu yang menyeleweng. Mutakhir ini ramai orang yang suka berbincang tentang Islam . Sama ada ceramah di masjid , kuliah di surau , berbalas pandangan di Internet atau sembang sembang di kedai kopi , ramai yang suka berbincang tentang Islam. Tak kira sama da orang orang yang berbincang itu duduk dalam jurusan agama atau selainnya , pelbagai pemikiran , hukum dan petua dikemukakan tanpa henti .Seolah olah Islam adalah sebuah cerpen agama , masing masing boleh mengarang cerita khalayannya sendiri.

Lebih tepat lagi , seolah olah semua orang mempunyai hubungan terus ( direct line ) dengan Allah dan seterusnya menjadi jurucakap Allah untuk menerangkan sekian sekian pemikiran , hukuman dan petua berkenaan agamaNya . Padahal dia hanya mempunyai hubungan terus dengan syaitan dan syaitan menipunya untuk " .. berkata terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui. "

Jika hendak dibandingkan , 1400 tahun yang lalu terdapat seorang manusia yang terkenal lagi jujur . Dia adalah seorang pendiam , tidak berkata kata kecuali sesuatu yang benar dan bermanfaa. Dia adalah manusia yang amat disayangi oleh Allah s.w.t sehingga Allah melantiknya menjadi pesuruh-Nya bagi menyampai agama yang terakhir kepada manusia . Orang yang saya maksudkan ialah Muhammad s.aw . Akan tetapi sekali pun baginda memiliki kedudukan yang amat mulia di sisi Allah , Allah tetap memberi amaran kepadanya :

" Dan kalaulah (Muhammad ) mengatakan atas nama Kami sebrang kata kata rekaan , sudah tentu Kami akan menyentapnya dengan kekuasaan Kami , kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya ! " - al-Haqqah 69 : 44- 46


- dari buku 7 TIPU DAYA SYAITAN KE ATAS UMAT ISLAM . Tulisan Hafiz Firdaus Abdullah
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Soalan :

Seorang wanita mengandung telah pergi mendapatkan rawatan seorang doktor lelaki . Doktor itu memegang perutnya dan juga melihat rahimnya . Apakah hukumnya di sisi agama Islam ?

Jawapan :

Pemeriksaan seorang doktor lelaki terhadap pesakit wanita dibolehkan dengan syarat- syarat berikut :

i ) Pemeriksaan ( lihat dan pegang ) pada bahagian yang perlu sahaja walaupun pada alat kelamin.

ii ) ditemani oleh muhrim wanita itu.

iii) bukan doktor daripada orang kafir , selagi ada doktor yang muslim .

iv) aman dari fitnah .

v) Tidak terdapat doktor wanita.

Di dalam kitab Hasyiah al-Bajuri juzuk kedua muka surat 99 disebutkan :

" Dengan syarat bahawa adalah doktor itu bersifat amanah , maka tidak dipalingkan kepada yang lain selama adanya amanah itu. Dan aman daripada fitnah. Dan tidak perlu dibukanya melainkan sekadar yang diperlukan jika dia tidak memejamkan matanya dan jika ia memejamkan bolehlah membuka anggota itu walaupun lebih daripada kadar yang diperlukan .

DR FAUZI DERAMAN
- dari buku KEMUSYKILAN IBADAH ( 300 soal jawab )
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Soalan :

Bolehkah saya bernazar hendak memakai mini telekung sekiranya saya lulus dalam peperiksaan ?

Jawapan :

Memakai mini telekung untuk menutup aurat adalah . Bernazar perkara yang wajib sudah tentu tidak lulus krana sama ada bernazar atau tidak , ia tetap wajib dipakai . Bernazar hanya boleh pada prkara yang sunat dan harus saja . Perkara yang menjadi nazar itu wajib ditunaikan.

Dr. Fauzi Deraman
- dari buku Kemusykilan Ibadah ( 300 soal jawab )

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sepanjang petang ni , aku keluarkan entri berkaitan tips pageviews buat blogger blogger YANG MEMERLUKAN . Aku mengeluarkannya setelah melihat ada blogger tertanya tanya dan tercari cari rentak untuk mendapatkan pembaca .. Jadi , aku dengan seikhlas hati dan rendah diri memberikan idea idea yang mana aku harap dapat menerbitkan idea idea lebih bernas dari mereka.

Aku hanya mampu menderma 'cangkul' dan terpulang pada mereka bagaimana nak menggunakan cangkul tersebut untuk mengusahakan tanah mereka .. Itu saja . Bukan tujuan untuk riak atau takabur..

Pada mulanya aku tidak mahu berkongsi tips tips aku kerana takut akan mendatangkan rasa tidak senang pada sesetengah blogger kerana mungkin akan tersalah anggap akan niat aku .. Namun bila memikirkan , mereka itu tercari cari tips , maka inilah saja aku mampu lakukan .. Aku tidak mengharapkan balasan atau juga pujian .. cukuplah bagi mereka ini memahami niat aku.. Itu saja.. Tips itu pun akan aku delete nanti..

Ok.. cukup bab tips pada hari ini .. sekarang aku nak berkongsi satu blog yang mana cukup panas bagi aku kerana komen komen yang ..ermmm ... wow weee..

Berdasarkan pengalaman beliau , aku rasa komen tu tiada makna kerana aku pasti beliau tau apa yang dilakukannya .. Jika ada kebaikkannya , alhamdulillah .. Jika sebaliknya , hanya Allah saja boleh membalasnya.. Sebagai rakyat , buat masa sekarang aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan beliau dengan mengingati jasa jasanya ..

Jika berminat nak merasai kepanasannya ... >> BAKUN

BA : Bukan taksub ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : JUST DILA

Antara entrinya ialah :

ini senarai yang aku tak suka....

1.Derhakar+melawan+cakap kasar+maki hamun+pukul+biadap pada orang tua.~ yang baik tapi kalo orang tua yang kurang ajar patutlah diajar sikit tapi janganlah lebay2.....

2.Perempuan merokok ~ tak suka jer tapi tak benci dan tak kata dia jahat

3.Hipokrit ~ muka style cam baik.... hati busuk mulut jahat

4.Orang kaya ~ yang sombong perangai macam firaun

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Makin lama berlarutan isu 'judi' ni yer .. dulu aku antara yang protes pasal lesen judi ni .. sekarang pun masih tetap protes tapi tidaklah adil hanya untuk isu judi saja .. Aku rasa kerajaan patut kuatkuasakan undang undang ISLAM kepada orang ISLAM dan juga rakyatnya ..

Maksud aku disini seperti aurat , arak , kelab kelab malam malah panggung wayang dan mana tempat tempat awam pun patut terlibat juga seperti koc wanita KTM tu.. haaa.. betul tak ? Takkan hanya koc wanita je terlibat ? Panggung wayang pun patut terlibat.... namun sediakan tempat khas untuk pasangan yang dah kawin dan juga berkeluarga ... kena ada bawak kad khas la kan .. hehehe..cam kad kawin tu .. betul tak ?

Yup , mmg kos akan meningkat ... tapi demi agama dan kesejahteraan negara ... apa salahnya ? Acheh dah buat dah ... wanita islam wajib tutup aurat bila keluar rumah ... tutup sebenar benarnya tutup ... amacam ? hehehe..

BA : Kenapa takde sapa pertikaikan adanya kedai judi dan arak di'negeri tu ' yer ?
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : SALUN de CAKES

Antara entrinya ialah :


Dua tiga hari lepas, Uncle Raja jiran satu lorong bagi pisang lagiiiii... Uncle Raja ni rajin sangat bagi pisang kat jiran. Pantang masak aja pisang di pokok, maka bersedekah la dia. Pokok pisang tu dulu ditanam di tanah terbiar hadapan rumahnya, masa tu mendiang isterinya masih ada lagi. Mendiang isteri uncle Raja ni sangat fasih berbahasa melayu, dialek penang pulak tu, dan ramah tamah lagi.... Terkadang tu bila teringat akan kemesraannya dengan jiran sebelah menyebelah membuatkan hati saya terasa akan kehilangannya.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : FENDYS KIOST
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Zaman sekarang ni , zaman mengejar duniawi.. Ramai terlupa bab akhirat sbb leka dengan duniawi seolah olah tiada akhirat atau tiada hari PEMBALASAN .. betui tak ?

Ok .. ni ada satu tips buat lelaki lelaki dayus yang nak cepat kaya .. hahaha... kalau ikut , mmg laa... aku pun tak tau nak habaq lagu mana .. Tapi tips ni digunakan pakai orang oleh perempuan yang nak kaya cepat dan hidup senang ( sementara) ..

Wahai lelaki yang berbekalkan rupa yang boleh dijual .. kalau nak cepat kaya .. jeng jeng jeng.. modalnya cumalah RM10k jer .. camana tu ??

Pertama... cari anak orang kaya atau mmg dia kaya ... haaaaaaaa... ngorat laaa... kasi sampai dapat.. modal RM10K tu laaa sebagai modal ngorat ..

Bila dah dapat ...pe lagiii .. ajak la kawin .... suh je perempuan tu support semuaaa.. Kata la lepas kawin nanti bayar balik.. kata ' i luv u' dan sehidup semati .. kan kan .. mesti sanggup punya laahh .. kasi senyum manis skit kat dia ... cair punyaaa.. lalala..

Bila dah kawin ... baru laaa kebas skit skit harta dia ... buat bisnis ... pastu bila dah maju , masa untuk ????? bergumbiraaaaaaaaaa.... joliiii katak laaa .. pe lagi kan ..

Amacam ? Senang tak ? Mudah je nak kaya ni ... haaa... best kan ? Selamat mencuba ..

Mana satu idaman kalbu anda ?




BA : Kaya hari ini , miskin hari kemudian ...

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Dulu aku ada buat jelajah blog .. pastu abis dah.. heheeh... penat dah ke sana sini.. tapi alhamdulillah , tercapai gak hajat tu .. ramai gak dah saling kenal mengenal antara satu sama lain..

Sekarang aku buat SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER .. satu segmen untuk mempromosi blog baru dan Kelab Blogger ... senang je... huhu ..

Tadi , aku terbaca surahtkhabar semalam ... hehehe ..ada pulak JELAJAH GUNDIK 2010 .. Gundik sapa ? Tu haa... gundik pemain golf popular dunia tu ler ... Tiger Woods .. Si lagenda ni dah terhoyong hayang sbb isu isu panas gini.. Adakah tanda tanda kariernya dah mula hancur ? Hehe... tu kesilapan sendiri ...


Apa kes si gundik gundik ni ? Diorang ni adalah bekas kekasih dan wanita simpanan Woods . Diorg nak jelajah satu tempat ke satu tempat kerana bagi mereka ia suatu peluang untuk memperoleh lebih banyak wang dan glamor . .

Nak cerita panjang pun tak guna sebab tersangatlah mengarutnya 'usaha' diorg tu.. sian Woods.. tak cukup dedah dalam media , siap nak g jelajah lagi 'pelacur terdesak ( suratkhabar tu yang tulis yer ) ' untuk mempromosi diri ..

Bukan sikit yang nak sertai jelajah tu tapi ramai woooo...Sapa dia yang nak join tu ? tak penting.. tapi yang penting ialah , inilah manusia ... cara keji untuk kaya dan glamer ialah dengan menjaja nama orang popular dan terkenal..... haih. ..

BA : Bernasib baik sbb ada ISLAM ..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Salam ..

Selamat pagi..hehehe..sihat ke ? Aku ok ok je.. alhamdulillah... kena jaga makan.. tak leh salah makan.. ari tu terkena sekali dah..makan keow teow bandung yang mana dalamnya ada daging.. aku lak spesis bedal je tanpa banyak bicara.. Baca bismillah dulu..hehe..

Semalam , sewaktu makan malam .. sambil layan buletin tv3 .. ada satu paparan khas yg mana penduduk sebuah kampung yang memerlukan sebuah jambatan . Jambatan tersebut amat diperlukan kerana mereka menggunakannya hari hari ..

gambar hiasan

Yang bestnya , sewaktu wakil rakyat kawasan tu datang dan menjelaskan .. dia dah hantar permohonan ke kerajaan negeri dan JKR .. kos yang diperlukan sekitar RM600,000 .. Menurutnya lagi , skang ini tunggu kelulusan dari kerajaan dan mungkin permohonannya di masukkan ke dalam Budget RMK10 .. huh..

Menurut penduduk kampung situ , ada kes dah budak berusia 4 tahun terjatuh dalam sungai sewaktu menggunakan jambatan tersebut.. Mmg dah usang.. Cameraman siap fokus lagi .. Malah dia sndiri kata dia hampir terjatuh jugak ..

Takkan la tu pun nak bawak masuk dalam Budget ?? Aisey.. ke tunggu ada Pilihanraya dulu kot ? Masing masing masa tu janji nak bagi jambatan emas lak eh ?

BA : jgn tunggu pilihanraya utk yakinkan rakyat
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Keputusan perlawanan :

Penjaring Terbanyak Setakat ini :


Kedudukan Kumpulan :

-sumber : Yahoo Sports
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Untuk perhatian .. entri ni adalah sekadar berkongsi tips bagi mereka yang memerlukannya lebih lagi blogger baru ..



Pada mereka yang ada NUFFNANG , ini sekadar perkongsian bersama ..

1 - Selalu check pada Earnings anda .. Kadang kadang anda tak perasan anda dapat BUFFERED .

2 - Setelah mengetahui bahawa anda mendapat BE (Buffered Earnings ) , apa yang perlukan anda lakukan ialah doublekan promosi anda samada blogwalking atau update blog .. Ini kerana BE adalah bonus yang diinginkan .. $$ akan dikira dengan jumlah pageviews dan juga click (CPC) .

** bila dapat BE , jgn tengok sangat UV , pastikan VIEWS tu tinggi ... bagaimana nak dapatkan VIEWS yang tinggi ? Telah diajar ari tu ...

BA : Berblog mmg untuk suka suka tapi apa salahnya kalau rezeki halal dan mudah , depan mata ..Rezeki jgn ditolak ..
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Aku pelik sebenarnya ... Apa itu aksi basah ? Tiap tiap minggu dan bulan , ada je keyword tu ..
Entri aku mana satu yang ada semua tu ?

Disebabkan diorng tersesat masuk , jumlah visits aku naik gitu gitu.. hehe..macih macih ..

Berbalik pada 'AKSI BASAH' tersebut , aku pun memulakan penyiasatan 1 minit aku ... Dengan menggunakan goole , maka aku pun dapat la jawapan aku ... Hehehe..

Kes peramugari rupanya .... ooooooooooooooooo.... bestka? Ingatkan drama apa tah ...

BA: Suka eh cari ?
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Yeker ?? Benarkah Kejohanan Piala Dunia 2010 ni menambahkan dosa ? Jom kita belek satu satu adakah benar terjadi ... Hurmm..

1 ) Di Malaysia , ada pertandingan dibuat waktu maghrib... Kalau yang dok tgk kat luar tu , berapa kerat yang g solat ?

2 ) Berjudi ( betting ) walaupun main main ..

3) Cuci mata tengok awek yg bukak aurat lebih lagi yang duk dekat dekat ..

4 ) Menjerit sambil memaki hamun .. haaa... camana tu ?

5 ) Merokok .... haaa..yang merokok tu ok la.. yang dok menghidu tu ?

6 ) Membazir .. dok order air walaupun bukannya nak minum sangat ..

7 ) Tak cukup rehat.... esok g keje , tidur kat opis ... atau ngantuk ke..produktiviti menurun..

8 ) Bergaduh ... walaupun jarang berlaku tapi ada kes gak .. gaduh ngan kawan kawan ..

9 ) dan 10 ) korang tambah ek....

Huh..

BA : Insaf dah lepak kedai mamak sebab bulu hidung beruban dok hidu asap rokok
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : TIME TO CHANGE

Antara entrinya ialah :


sebelum aku mencoret dengan lebih jauh lagi,baik kita mendalami sedikit sebanyak apakah yang dimaksudkan dengan "anak muda" itu....

dari Kamus Websters,Priceton menyatakan bahawa,

“the time of life between childhood and maturity, early maturity, the state of being young or immature or inexperienced, the freshness and vitality characteristic of a young person”

definisi secara intepretasi sebenar,anak muda atau pemuda merujuk kepada satu golongan yang mempunyai jiwa penuh dengan pemberontakan,mahu melihat sesuatu secara jelas,mempunyai karakter yang dinamik,optimis dan gaya pemikiran yang berkembang pesat..... >> selebihnya baca di blognya yer .. hehe

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : MEK COMEY SOKMO

Antara entrinya ialah :

Saya ni suke blogwalking..sbenarnya,bukan la tujuan nak tambah trafik sgt,tapi saya memang suke ngintai blog orang...and i am a shopaholic too!Jalan punye jalan,terjumpa plak blog BSO ni...Batik Sarong online...kedai baru...

Saya pnah pi Sarawak ngan kengkawan dulu..kitorang borong kain Sarawak cam BSO jual kat Pasar Satok punye laa banyak...cantik,colourful jugak...bile dah siap jadi baju,ramai plak puji...Cube la korang plak try beli...hehe...Selamat ber gojes!!!

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Gambar pinjam dari google

Nasi lemak.. sapa laa tak tau apa itu nasi lemak , patut g cabut gigi depan dia tu... hehe..guwau.. Selain dari makan , aku pasti ramai dah tau cara pembuatannya ... Tau resepi belum tentu tau buatkan.. Tapi sekurangnya tau.. dari tak tau langsung kan .. kan .. haha..

Nasi lemak ni adalah makanan warisan.. amat mudah membuatnya .. tak perlu susah susah menambah perencah atau rempah ratus bagi sedap tak.. sebabnya dah mmg sedap ..lengkap.. betul tak ?

Tapi di sini , aku ingin sekali menambahnya agar lebih sedap !! Aku nak tambah ajinamoto ... Amacam ? Korang rasa sedap tak ?

Ala... ok pe..tambah skit jee..kalau nenek moyang kita hidup zaman skang , mesti diorng akan cuba gak tambah... Takde salah punya kan ? Nak bagi sedap je nih...

BA : Ada perkara kita boleh tambah ... ada perkara jgn memandai mandai menambahnya..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
gambar hiasan-takde kene mengene dengan cerita

Al-kisah .. Satu hari di pejabat ..

Pemuda A: Petang ni jom layan bola kat kedai mamak.. Best petang ni punya game ..Belanda lawan Denmark !

Pemuda B: Kul berapa game ?

Pemuda A: 7.30 malam ... ramai turun ni... aku siap pakai baju oren ni... jom laa..

Pemuda B : ok lah..nanti aku bagitau wife aku ..

Petang tu ...

Pemuda A : Wah..ramainyer orang tengok kat sini ..

Pemuda B : Biasa la..kat sini , kalau ada game mesti ramai punya ..

Pemuda A : Jom cari port dulu.. dah dekat kul 7 setengah ni ..

Pemuda B : Erk.. tak nak solat dulu ke ? Dah masuk masuk maghrib ni ..

Pemuda A : Ala.. cuti la ari ni.. tak pun kang jamak je la..hehe

Pemuda B : Suka suka ko jeee cuti ... kang dok jerit jerit , tangkap jantung.. mati terus .. apa hal ? Haaa...

Pemuda A : Adoi.. yelaaahh.. jom jom cari surau dulu...

Pemuda B : Tahu pun takut.. Bola bola gak...solat jgn lupa... tak bawak masuk kubur bola tu..

Selepas selesai solat maghrib ..

Pemuda A: Game start dah ... ko amik sapa ?

Pemuda B : Eh..biasa la.. mestilah Denmark !

Pemuda A : Ok.. aku amik Belanda ...hehheh.. sapa kalah banje makan arrrr...

Pemuda B : Ok.. set ... kalah banje.. sah sah aku menang punya ! Mamak !! Order !!


BA: Lama dah judi dihalalkan di Malaysia ni.. sedar ngan tidak jer ..


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Bila syaitan membisik ..
Segalanya jadi indah belaka ..
Bila diambil ringan ..

Bila syaitan membisik ..
Yang susah jadi mudah ..
Bila tidak melakukannya ..

Bila syaitan membisik..
Makanan yang lazat ..
Dikatanya kurang enak ..

Bila syaitan membisik..
Makan sehingga menjilat jari ..
Agar terleka solat nanti..

Bila syaitan membisik ..
Lewatkan solat nanti ..
Zohor masih panjang ...

Bila syaitan membisik..
Bacalah Bismillah ..
Tanpa keyakinan..

Bila syaitan membisik ..
Kaukah peneman aku ..
Di neraka kelak ?


BA : Adakalanya kita nampak betul di mata kita ... tapi hakikatnya ?
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Soalan:

Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?


Jawapan:

Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)

Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):

Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : LAUT CHINA SELATAN



Tuan punya blog dan antara entrinya :
Seperti yang telah dijanjikan, aku berkobau lah untuk jumpe dengan kawan kawan aku nih. 10.15 dah keluar rumah kononnya nak jalan kaki ke lrt *kira kira 15 minit baru sampai* tiba tiba jumpa teksi pulak. naik lah aku teksi tu yang sekali duduk je rm3. woahh teksi sekarang makin mahal ye. hahaha. still awal lagi aku sampai lrt. tunggu dengan penuh sabar ye sampai pukul 11. akak kaunter tiket dah usha aku semacam je ni.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : KEHIDUPAN DUNIA BLOGGER


Tuan punya blog dan antara entrinya terkini :

pagi ini aku dikejutkan dengan berita sedih
bila aku tersedar, 1st aku tengok nset aku
then aku terbaca msg yang meyayat hati aku
" abah dah pergi meninggalkan aku selamanya"
terus aku call untuk mendapatkan kepastian
dari teman baik ini.
ternyata pasti.
terus aku sedekahkan al-fatihah,
semoga roh nya dicucuri rahmat.amin.
marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER : MY WISH LIST

Tuan punya blog dan antara entrinya :

i love your freckles on your nose, they bring out the colors in your eyes. your hair frames your face perfectly. your laugh is contagious and you will always make me smile. those scars on your knees? they show me that you've fallen.

that sparkle in your eyes when you smile? they show me you picked yourself up. your smile is drop dead gorgeous, wear it more often. who gives a shit if you have acne? who cares if you're overweight or underweight, tall or short, tan or pale, an A cup or a D cup?

all that matters is that someone thinks you're beautiful just the way you are and that someone is me. i wish you could love yourself the way i love you, the way your family loves you, the way your friends love you.

sincerely,
Sue Kamaruddin
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
gambar hiasan - Utusan


ANDA kaki bola? Serba salah nak ambil cuti sakit atau cuti tahunan? Selepas sahaja menyaksikan perlawanan Afrika Selatan menentang Mexico, ada temu janji pula bersama rakan-rakan di kedai makan. Perlawanan yang sepatutnya tamat pada pukul 12 tengah malam, berlanjutan hingga lewat pagi. Balik rumah, si isteri pula merajuk. Pening dengan situasi ini, suami masuk bilik dan tidur. Beginilah dilema yang sering dialami oleh peminat-peminat Piala Dunia tanah air. Kehadirannya selepas empat tahun mengundang keresahan seisi keluarga. Minggu ini, Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pantai Ampang, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman berkongsi pengalamannya tentang kesan demam Piala Dunia.

Menurut Dr. Daniel, Piala Dunia tidak memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang sama ada fizikal atau mental. Faktor yang menyebabkan tanggapan ini terjadi ialah persekitaran dan tingkah laku peminat bola sepak itu sendiri.

Tambah beliau, pernah terjadi seorang peminat fanatik Piala Dunia tiba-tiba diserang sakit jantung akibat terkejut dengan kekalahan pasukan kegemarannya. Namun, Dr. Daniel menambah, mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit jantung dan darah tinggi perlu mengawal emosi.

"Emosi mempunyai istilah yang luas. Berkaitan dengan kemudaratan menonton Piala Dunia kepada pesakit jantung, ia sebenarnya perlu dikawal oleh pesakit itu sendiri. Apabila kita menonton perlawanan selama lebih dua jam sama ada seorang atau berkumpulan, kita sering menjamu makanan yang mengandungi gula, garam dan karbohidrat yang tinggi. Terasa seronok mengunyah makanan ringan sambil menonton. Itulah senario yang berlaku. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada emosi malah, ia memburukkan keadaan kesihatan," ujarnya.

Dr. Daniel memberitahu, ramai peminat fanatik yang akan meningkatkan kadar merokok dengan alasan tidak mahu mengantuk. Umum dah tahu, rokok itu sendiri memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Untuk keselamatan, mereka yang menghidap penyakit kronik boleh menonton secara berkumpulan. Dengan itu, mereka boleh berkongsi emosi dan mengurangkan risiko serangan penyakit secara mengejut.

Di samping itu, terdapat kes pesakit jantung yang meningkatkan kadar pengambilan arak pada musim Piala Dunia. Tidak dinafikan arak boleh mengurangkan masalah ngantuk tetapi ia tidak baik untuk kesihatan.

Mengulas tentang sikap fanatik atau sangat minat memberi masalah kepada kesihatan, Dr. Daniel menjelaskan ia tidak ada kaitan dengan perubatan. Situasi ini hanya menjejaskan fungsi seseorang sebagai ayah, ibu, anak atau pekerja.

"Ia bukan gangguan psikologi kerana fanatik hanya menunjukkan sikap minat yang melampau," jelas beliau.

Dr. Daniel menambah, secara amnya, masalah mengantuk akan timbul pada musim Piala Dunia khususnya mereka yang tinggal di negara-negara Asia kerana perbezaan masa.

Beliau mencadangkan, peminat bola perlu bijak mengurus masa menonton. Misalnya, orang ramai boleh memilih siaran berulang pada pukul 6.30 pagi seperti yang dilakukan salah sebuah saluran televisyen swasta.

"Terpulang pada setengah orang, ada yang minum kafein atau lebih kopi untuk mengelak daripada mengantuk. Apa yang penting, peminat bola perlu mengamalkan disiplin terutamanya pada dua minggu awal Piala Dunia. Perkara ini menjadi masalah kerana orang ramai terlalu gelojoh menonton bola sepak hingga ingin.

Kesimpulannya, Piala Dunia itu tidak memudaratkan tetapi tingkah laku dan persekitaran peminat yang memberi kesan negatif," katanya.

Menyentuh kesan terhadap hubungan intim atau kekeluargaan, Dr. Daniel berkata, ia terpulang kepada budi bicara suami, isteri dan keluarga.

Bagi beliau, ia bukan penyebab kerenggangan hubungan. Jika ada berlaku perkara ini, ia sudah pun bermula sebelum Piala Dunia lagi.

"Terdapat fenomena janda golf iaitu isteri-isteri diibaratkan menjadi janda apabila suami sibuk bermain golf pada hujung minggu. Mungkin orang ramai menyamakan keadaan ini sepanjang Piala Dunia berlangsung. Jika sebuah keluarga atau organisasi bijak mengurus keadaan, ia sebenarnya boleh mengeratkan silaturahim," katanya.

Erat

Di Eropah, keluarga atau suasana pejabat lebih erat kerana wujudnya suasana menonton bersama.

Dr. Daniel menasihatkan orang ramai perlu mengubah suai tingkah laku mengikut keperluan ketika menonton perlawanan.

"Piala Dunia tidak ada kesan buruk. Selepas sahaja perlawanan selesai, peminat bola seharusnya berehat dan tidak perlu mengadakan parti atau lepak di kedai makan hingga lewat pagi. Bagi mereka yang ingin bercuti, ambil sahaja cuti tahunan. Jangan jadikan alasan cuti sakit kerana ia akan memburukkan keadaan.

"Ada sesetengah kes, lelaki takut ambil cuti kerana tidak mahu isteri ungkit di kemudian hari. Dalam hal ini, majikan juga perlu bijak menguruskan pekerja. Sebaiknya, pengagihan tugas yang cekap perlu dilaksana," katanya.
ANDA kaki bola? Serba salah nak ambil cuti sakit atau cuti tahunan? Selepas sahaja menyaksikan perlawanan Afrika Selatan menentang Mexico, ada temu janji pula bersama rakan-rakan di kedai makan. Perlawanan yang sepatutnya tamat pada pukul 12 tengah malam, berlanjutan hingga lewat pagi. Balik rumah, si isteri pula merajuk. Pening dengan situasi ini, suami masuk bilik dan tidur. Beginilah dilema yang sering dialami oleh peminat-peminat Piala Dunia tanah air. Kehadirannya selepas empat tahun mengundang keresahan seisi keluarga. Minggu ini, Pakar Perunding Psikiatri Hospital Pantai Ampang, Dr. Daniel Zainal Abdul Rahman berkongsi pengalamannya tentang kesan demam Piala Dunia.

Menurut Dr. Daniel, Piala Dunia tidak memberi kesan negatif terhadap kesihatan seseorang sama ada fizikal atau mental. Faktor yang menyebabkan tanggapan ini terjadi ialah persekitaran dan tingkah laku peminat bola sepak itu sendiri.

Tambah beliau, pernah terjadi seorang peminat fanatik Piala Dunia tiba-tiba diserang sakit jantung akibat terkejut dengan kekalahan pasukan kegemarannya. Namun, Dr. Daniel menambah, mereka yang berisiko tinggi seperti pesakit jantung dan darah tinggi perlu mengawal emosi.

"Emosi mempunyai istilah yang luas. Berkaitan dengan kemudaratan menonton Piala Dunia kepada pesakit jantung, ia sebenarnya perlu dikawal oleh pesakit itu sendiri. Apabila kita menonton perlawanan selama lebih dua jam sama ada seorang atau berkumpulan, kita sering menjamu makanan yang mengandungi gula, garam dan karbohidrat yang tinggi. Terasa seronok mengunyah makanan ringan sambil menonton. Itulah senario yang berlaku. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada emosi malah, ia memburukkan keadaan kesihatan," ujarnya.

Dr. Daniel memberitahu, ramai peminat fanatik yang akan meningkatkan kadar merokok dengan alasan tidak mahu mengantuk. Umum dah tahu, rokok itu sendiri memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Untuk keselamatan, mereka yang menghidap penyakit kronik boleh menonton secara berkumpulan. Dengan itu, mereka boleh berkongsi emosi dan mengurangkan risiko serangan penyakit secara mengejut.

Di samping itu, terdapat kes pesakit jantung yang meningkatkan kadar pengambilan arak pada musim Piala Dunia. Tidak dinafikan arak boleh mengurangkan masalah ngantuk tetapi ia tidak baik untuk kesihatan.

Mengulas tentang sikap fanatik atau sangat minat memberi masalah kepada kesihatan, Dr. Daniel menjelaskan ia tidak ada kaitan dengan perubatan. Situasi ini hanya menjejaskan fungsi seseorang sebagai ayah, ibu, anak atau pekerja.

"Ia bukan gangguan psikologi kerana fanatik hanya menunjukkan sikap minat yang melampau," jelas beliau.

Dr. Daniel menambah, secara amnya, masalah mengantuk akan timbul pada musim Piala Dunia khususnya mereka yang tinggal di negara-negara Asia kerana perbezaan masa.

Beliau mencadangkan, peminat bola perlu bijak mengurus masa menonton. Misalnya, orang ramai boleh memilih siaran berulang pada pukul 6.30 pagi seperti yang dilakukan salah sebuah saluran televisyen swasta.

"Terpulang pada setengah orang, ada yang minum kafein atau lebih kopi untuk mengelak daripada mengantuk. Apa yang penting, peminat bola perlu mengamalkan disiplin terutamanya pada dua minggu awal Piala Dunia. Perkara ini menjadi masalah kerana orang ramai terlalu gelojoh menonton bola sepak hingga ingin.

Kesimpulannya, Piala Dunia itu tidak memudaratkan tetapi tingkah laku dan persekitaran peminat yang memberi kesan negatif," katanya.

Menyentuh kesan terhadap hubungan intim atau kekeluargaan, Dr. Daniel berkata, ia terpulang kepada budi bicara suami, isteri dan keluarga.

Bagi beliau, ia bukan penyebab kerenggangan hubungan. Jika ada berlaku perkara ini, ia sudah pun bermula sebelum Piala Dunia lagi.

"Terdapat fenomena janda golf iaitu isteri-isteri diibaratkan menjadi janda apabila suami sibuk bermain golf pada hujung minggu. Mungkin orang ramai menyamakan keadaan ini sepanjang Piala Dunia berlangsung. Jika sebuah keluarga atau organisasi bijak mengurus keadaan, ia sebenarnya boleh mengeratkan silaturahim," katanya.

Erat

Di Eropah, keluarga atau suasana pejabat lebih erat kerana wujudnya suasana menonton bersama.

Dr. Daniel menasihatkan orang ramai perlu mengubah suai tingkah laku mengikut keperluan ketika menonton perlawanan.

"Piala Dunia tidak ada kesan buruk. Selepas sahaja perlawanan selesai, peminat bola seharusnya berehat dan tidak perlu mengadakan parti atau lepak di kedai makan hingga lewat pagi. Bagi mereka yang ingin bercuti, ambil sahaja cuti tahunan. Jangan jadikan alasan cuti sakit kerana ia akan memburukkan keadaan.

"Ada sesetengah kes, lelaki takut ambil cuti kerana tidak mahu isteri ungkit di kemudian hari. Dalam hal ini, majikan juga perlu bijak menguruskan pekerja. Sebaiknya, pengagihan tugas yang cekap perlu dilaksana," katanya.


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH

adawiyah.koh@utusan.com.my
UTUSAN ONLINE

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
klik gambar untuk ke blognya


Ok, Wan mulakan dengan nama samaran dalam dunia maya Wan. Wan hazel nama yang dah tertempa dalam ruangan alam maya nie sejak Wan form 6. 5 tahun dah, name panjang Wan hazel tu plak. Adrin Ardinary Wan Hazel. . . Mesti ade yang akan tanye. Nape ade name panjang plak. Kisah nye camnie. Dulu Adrin Ardinary Wan Hazel tu lah nama samaran Wan. Oleh kerna terlalu panjang Wan ambek yang hujung Wan Hazel untuk dijadikan nama samaran dan kekal sampai skarang. Wan pun dah pernah tulis mengenai name samaran Wan nie suatu ketika dulu.. kat sini Wan kasi pautan untuk ke entri berkenaan. klik lip lap lip tu k ..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Isnin ? Boring ? Dua hari cuti tak cukup ? Hehehe.. bagi la sebulan sekali pun , kita takkan cukup ..

Pada yang belajar , hargai saat ini .. kerana ianya datang sekali dalam hidup anda .. menentukan hala tuju hidup .. walaupun sekeping kertas itu bukanlah penentu masa depan sekurang kurangnya ianya pembakar semangat untuk terus berjaya ..

Pada yang bekerja , hargailah ia kerana mereka di luar sana yang bergelar penganggur , ternanti nantikan saat keemasan yang mana anda telah milik itu .. Tak usah mengeluh ... Jika tak suka , berhenti dan cari kerja lain atau sebaiknya berniaga ... Sendiri jadi bos.. kan lagi best ...

BA : hidup hanya sekali ...
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
klik gambar untuk ke blognya


Name samaran aku AMY SYAQUENA..gabungan name aku dan hubby..
tapi blog nie aku x letak name aku ..sebabnya x nak gile glamer.. aceh boleh pulak..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
keyword pagi ini


Adakah seks je ada dalam kepala lelaki ? Adakah seks menjadi keutamaan lelaki ? Perempuan lak camana ? Gossip Gossip Gossip ??

Rasa korang ni keje orang tua atau keje orang muda ? Pada yang ada anak tu , senantiasalah perhatikan pergerakkan mereka... check history dalam browser mereka..cookies... letak software yang leh kawal browser skit.. jgn ingat bila anak atau bapak pakai kopiah sambil beronline tu dah kira 'selamat' .. hehe.. lom tentu wooo... hehehe

BA : Sekadar mengingatkan diri sendiri dan mereka yang terleka ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (12)
    • ▼  Mei 2026 (2)
      • Pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung !
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes