BEN ASHAARI



 

Formal sangat bila berbaju koporat kan ? Nampak cam beria sangat jer .. Padahal blogger je pon !!

Tapi jangan lupa ..zaman ni , blogger pon dah jadi satu kerjaya ! Jangan ingat blogger ni sekarang hanya tau update entri entri gossip yang sekadar bikin panas dunia maya atau berfitnah mengenai politik yang tiada penghujungnya !

Aku .. buat pertama kalinya pakai baju ni ke satu majlis yang dijemput di Shah Alam .. Saja nak test baju baru ni.. Dan bagaimana penerimaan orang yang melihatnya ..

Dan ….

Photo

Alhamdulillah.. Bila berpakaian kemas , kita juga dilayan dengan baik. Bukan nak kata berpakaian simple tu , tak ok .. tapi bila kita kemas , orang pon seronok nak layan kita apatah lagi bila kita datang tu untuk buat kerja.. Lainlah datang nak bersantai ke apa kan ? Haaaa…

sesua

Sesekali bersantai , ok la kan.. Kena tengok gak majlis tu camana .. Kalau asyik nak berbaju koporat , perghhh.. Serupa menteri dah .. hahaha …

Bila sebut bab berpakaian kemas ni .. petang semalam ada satu kisah yang membuatkan aku rasa berpakaian kemas ni mengundang satu rasa hormat walaupun ianya hanya dipakai oleh peniaga kecil kecilan..

Di kedai makan. Baru nk order makan , dtg sorang lelaki segak bergaya smbil membawa sekotak cincin batu yg pastinya utk dijual.
Hurmm.. Aku senyum dan menolak dgn baik.

Kemudian dia terus berjalan ke meja meja makan yg lain. Aku perhati jer.. Berbaju lengan panjang dan berseluar slack. Kasut hitam.
Hurmm.. dia mencari rezeki dgn cara gitu..

Respek dia ! Dia tak mencuri atau menipu orang utk hidup ! Tidak seperti sesetengah manusia .. berpakaian kemas , berpelajaran tinggi.. Berpangkat besar tapi hidup atas hasil penipuan .. Hurm..

Kesimpulann.. Jika anda seorang blogger , berhasrat nak dikenali sebagai blogger .. Jaga imej anda .. Jangan dibiarkan digelar blogger sengkek !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

“Alaaa.. baru setahun lebih.. Apa laa diorang tahu sangat ! Biar la diorang puas main dulu.. Nanti dah sampai masa , kasi masuk je sekolah ! “.

Atau …

“ Anak aku , dua tahun dah kenal huruf.. Nanti nak kasi antar kelas berkuda , main bola dan apa je la kelas kelas yang ada . Tak kasi dia buang masa .. “.

Atau ..

“ Anak aku tu dok abiskan masa layan game kat hp aku tuu jer.. Atau paling tidak pon , dok tengok Upin Ipin … Biar je la dia gitu. Asalkan dia ada depan mata aku dah ! “.

 

Hurmmm ..

Banyak kali gak aku terfikir .. Apa aku nak buat dengan Qhaliff di usia awal gini. Belajar di rumah .. Sedikit sebanyak perlukan ilmu di dada.. Bukan takat nak suruh dia kenal ABC atau Alif Ba Ta mahupun  123 tetapi perlu ada disiplin gak .. Tapi tamo la disiplin tahap komando SEAL tu haaa… kesian dia .. huhu ..

Ada yang cadangkan pembelajaran di rumah seperti di beberapa laman web percuma.. Ok jugak gitu tapi aku nak jugak dia berkawan .. Tak nak dia dengan dunia dia sendiri .. Aku nak layan 24 jam dia pon sebenarnya agak susah sebab aku perlu juga ‘bekerja’. Aku nak kena cari idea dan update blog. Takkan nak biarkan bersawang je kan ? Kalau aku tak kerja , orang tuduh aku makan gaji bini lak ! Haaa ..

Petang tadi , aku dapat satu lagi ilmu berkenaan dunia keibubapaan.. Syukurlah aku bergelar blogger .. Hehehe .. Satu layanan VVIP yang tidak disangka .. Huhuh..

Photo

Penerangan dan penjelasan serta perkongsian pengalaman tenaga pengajar di Genius Baby On Board amatlah bermakna sekali buat aku. Aku lihat sendiri bagaimana anak anak kecil yang berada di sini , amat selesa bermain ..

Qhaliff ? Wife aku kata tak larat nak kejar dia .. Seronok dia kat sini ! InshaAllah .. teringin aku nak lihat perkembangan sihat dia .. Sejam seminggu , apa salahnya biarkan anak kecil kita mendapatkan didikan awal dan paling penting , ibu bapa turut sama berada di situ untuk melihat dan terlibat sama ! Haaa .. Ilmu yang aku lama dah nanti nantikan .. Boleh guna untuk anak kedua nanti dan Qhaliff pon dah bersedia untuk jadi abang long ..

“ Qhaliff.. tolong ambilkan daddy pampers adik.. “.

Wow.. Hahahaha …

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Photo: Akan hantar Qhaliff nanti kt sini , seminggu sekali.. Ada blogger minat nak join ?

Sewaktu mendapat jemputan , aku terfikir gak.. Taska ke ? Ke cuma tempat pengasuh je ni ? Kot la ada parents nak tinggalkan anak mereka di waktu pejabat .. kan ?

Hari ni , aku ke pelancaran cawangan Genius Baby On Board di Shah Alam. Aku gi bersama famili aku la.. Takkan sorang kan ? Tak patut laaa.. hehehe ..

Di sana , majlis dah nak hampir tamat. Saja je aku gi lewat .. Sebab tak nak berada di tempat khalayak ramai.. Qhaliff tak beberapa sihat lagi. Kang jangkit ke anak orang lain lak.. Sian depa.. Er , Qhaliff selsema jer.. Hee..

Awalnya , mamat dalam gambar ni malu malu kucing. Yelah , awek je ramai.. Hehehe.. Segan laa dia .. Tapi lama lamaaaa , dialah antara raja di dalam kawasan tersebut.. Heheheh ..

Aku ? Sibuk bergambar .. Hehehe .. Wife kena jaga Qhaliff .. Kenapa lak ? Sbb aku ada perkara yang perlu dibincangkan dengan salah seorang pemilik Genius Baby On Board ni ..

Awalnya aku terfikir .. kenapa cepat sangat nak antar Qhaliff gi belajar ni ? Tapi setelah mendengar penerangan Teacher Watie , segala tanggapan aku berubah. Sebenarnya lama dah aku terfikir , cuma aku tak tau kat mana nak letak Qhaliff untuk kembangkan minda dia yang sedang aktif sangat tuuu.. Hurmm.. Sayanglah dbiarkan begitu saja kan ? Tamo ikut cam aku.. Aku ni kalau dari awal lagi dah didevelop otak aku ni , lama dah aku yang bergelar angkasawan pertama negara yang berjaya menjejakkan kaki di matahari .. Nasib baik je la aku malas nak bijak.. Haa.. Hehe.. Gurau jer..

Ok.. Nanti aku cerita lagi pasal ni.. Nak tidurkan Qhaliff ! Penat sangat dah dia .. Apa pun , Baby Genius ni mmg sesuai untuk permulaan ke pada permulaan kehidupan anak kita.. Ianya bukan sekadar bermain tetapi punya pengisian yang bersesuaian dengan bentuk muka bumi negara kita dan inshaAllah boleh digunakan juga di negara negara lain termasuk Sweden ! Haaaa .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Heee… Kali pertama buat setelah bertahun lamanya kelab ni diwujudkan.. Alhamdulillah , ramai kawan blogger sekitar Putrajaya datang memeriahkan.. Sebenarnya , piknik adalah tertutup .. Belum bercadang untuk membukanya lagi. InshaAllah , nanti nak buat.

Tujuan piknik  atau lebih pada riadah ni adalah utk membincangkan satu perancangan masa terdekat Family Day kami.. Lokasi , inshaAllah .. Tarikh tu ada dah .. Cuma nak tau sapa je yang join nanti !

Mesti ada yang nak tau kenapa tak dibuka , kan ? Pertama .. kelab ni takde ahli rasmi lagi.. AJK pun takde .. Daftar ? Pon takde lagi dan tak cadang nak daftkar serta adakan pemilihan AJK.. Sebab aku lebih percaya pada kebebasan bersuara tapi menolak unsur unsur busuk hati serta perlu hati hati pada mereka yang tidak ikhlas dan jujur .. Hurmm..

Aku suka lepak kat Dataran Gemilang ni.. Sapa pun tak sangka kat tengah bandar Putrajaya ni ada tempat riadah percuma .. Hehehehe .. Terima kasih..

Photo

Seronok bila ada kawan ikhlas nak kawan dengan kita , tanpa perlu ada rasa segan .. tanpa perlu fikirkan apa jua pangkat dan juga darjat .. Yang penting , ianya kerana Allah ..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Hurmm … Kemas rumah ?

Ujikaji kebersihan rumah ?

Keselamatan ?

Update blog pon dah skang ni !!

Abis tu , aku nak buat apa ??

Photo: Layan jap ..

Layan bola ? Tengok Arsenal kalah ? Hahahaha .. Tamo laaa ..Boring duk saja .. Sakit pinggang aku tgk dia kerjakan rumah ni  .. hahaha

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Siap dah baju koprat aku … Dan juga rakan rakan seperjuangan yang bernaung bawah KELAB BLOGGER BEN ASHAARI .. Sebuah kelab dah seusia dengan blog aku .. heee..

Kali pertama aku menempah baju Kelab darinya 3 taun lepas  dan banyak dah dibuat projek baju KBBA dibuat dengannya. Alhamdulillah , semua ok..

Photo

Semalam , aku gi amik baju koprat darinya .. Dan dia cerita pada aku sesuatu yang malang berlaku padanya ! Kawan makan kawan ! Kawan seperniagaannya buat hal .. Hurmm.. Kesian ..

Kerugiannya ? Berpuluh ribu gak la menurutnya. Laporan polis dah dibuat.. Kawan tu pun dah siap pindah rumah. Katanya lagi kejadian berlaku sewaktu dia gi kursus kat Johor.. Hurmm ..

Baju koprat yang sedang dia buat pon terpaksa dia mintak rakan lain yang uruskan. Dia kerugian disitu lagi .. Hurmmm..

Macam ni punya orang pon ada.. Oh , ramai sebenarnya .. Cuma kita je tak perasan..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hahaha.. Tajuk .. macam nak makan tengahari dengan menteri mana tahhh .. Sekali , Qhaliff je ponnnn… So what ??

Ada aku kisah ? Hahahah .. Ok ok.. makan tengahari ni , wife kata nak masak keow teow jer.. Simple.. Sekali tengokkkk… Tu diaaa.. Sambal petai ikan masin kurau pon hado aaaa .. Sayur lemak pon hadooo.. Telur goreng pon hadooooo …. Dan paling sedap , famili pon hadoooo… hehehe ..

Photo

Photo

Nak makan sendiri dia .. Sebutir sebutir dia kutip .. Entah bila nak abis pon tak tau laa.. Aku masuk pinggan kedua dah .. dia masih gitu gak..

Akhirnya , wife suapkan … huhu …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Bukan nak kasi body cam model atau bodybuilder tu tapi lebih pada kesihatan memandangkan aku nak mencecah 40 tahun… Hurmm.. nak kena buat full check up gak ni .. Check tekanan darah ( mesti gagal lagi ni ) , kolestrol dan sebagainya ..

       

Setiap pagi dan petang , kena gi bergayut kat sini. Cara mudah untuk aku berpeluh .. Yelah , angkat badan sendiri yang aku rasa dah cecah 90kg.. huhuhu …

Nak cari set chin up untuk letak kat rumah. Ari tengok kat fitness centre , harga leh tahan gak.. Lebih 1k.. huhuhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hurmmm … Nak ke pasar malam , dari kereta dia suh aku dukung dia .. Sampai je pasar malam , dia beria nak turun. Abis satu pasar malam dia nak berjalan dan ‘tembak’ orang ! Orang yang tengok dia berlari ke sana sini macam kehilangan mak ayah je.. Memasing dok mencari mana parents dia .. Walhal aku dok ikut jer belakang dia .. huhuhuh…

Bila aku tangkap dan dukung dia , meronta nak turun .. Pastu dia berlari ke arah bertentangan dari tujuan asal.. Bila aku dah ikut dia , cepat cepat dia buat u-turn dan kembali ke niat asalnya ! Mak aihhhh… Bahaya ni.. Akal banyak ! Nanti besar ni , mesti kalau nak .. dia nak jugak ! Walau apa pun , dia tetap berusaha dapatkan .. Ni perangai aku ni.. Huhu… Dangerous !

Berlari bersungguh sungguh ke jalan raya yang takde orang .. Berkali kali percubaan dia ke sini .. Namun  tidak berjaya sama sekali .. hehehehe..

Dalam dok kejar dia , tiba-tiba ada awek tegur..

“ Hi Ben..”. Aku pantas je balas tapi tak cam sapa yang tegur tu.. Dia berlalu je gitu.. Erk…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku tak pernah kenal Bocey.. Tak pernah tau pun kewujudannya. Tapi sejak kumpulan ni melangkah ke pusingan suku akhir , aku dapat rasa mereka bakal memeriahkan lagi dunia komedi negara kita ..

Sungguhpun mereka tak menjuarai MLM 2013 , mereka telah berjaya mengumpul peminat peminat terendiri termasuk aku. Heheheh .. Komedi mereka menjadi malam ni .. Cuma sayangnya , ramai tak nak mengundi mereka termasuk aku juga.. Kena jimat duit wehh !! Nak bayar duit Astro lagi haa ..

Buat juara , SepahTu .. mereka beruntung sbb mereka dah dikenali terutama di Astro. Jadi tak sukar nak mengutip undian sms. Juri punya bintang , mmg tak leh pakai sangat.. Yang tak lawak pon dapat 4 bintang.. hehehe .. Jangan kata lak , “ Ben , apa kata ko jadi juri jer ! “. Ini cuma pendapat penonton yang bayar Astro tepat pada masanya setiap bulan ! Hak aku untuk mengeluarkan pendapat..

Buat Nabil dan Jambu , walaupun anda tak lawak untuk MLM 2013 tapi di Karoot Komedia , anda tetap menjadi pilihan aku selain Yus.. Hehehe .. Jangan putus asa yer.. Sekurangnya , anda telah belajar bahawa tak semua mimpi bergelar artis itu indah belaka ..

Shiro , anda telah buat yang terbaik cuma bukan rezeki anda… Rahim paling untung malam ni .. Kereta dapat .. 500,000 pon dapat ! Hahahha.. Memang rezeki dia .. hahaha ..

Ok , nak buang Mustika pasni dah .. Skool Of Lawak ? Tak pe laaa .. Buang duit jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Nabil ? Heeee.. Dulu aku minat , tapi sejak sejak akhirnya dia ketandusan idea ! Nasihat aku , banyakkan buat home work utk lebih kreatif ..

Jambu ? Hurmm… Banyak bergantung pada Yus.. Tokey ? Hurm.. maaf la , anda tak lawak ..

Bocey ? Junior yang dah mengegarkan dunia komedi negara kita cuma masalahnya negara kita ni pentingkan rupa paras .. Melainkan anda benar benar meluckan cam Yassin atau Apek ..

Sepahtu ?  Ok .. Naik turun .. Nak kata best sangat tu , tidak la.. Nasib baik diorang ‘selamba’.. Tu jadi lawak .. Kalau main skrip , diorang gagal ..

Sapa lagi .. Haaa , Shiro .. Pencabar kepada Sepahtu .. Skrip mereka bagus .. Cuma kekadang terlajak ketawa sendiri tu yang buat jadi cam tak profesional.. Yelah , kitorang bayar ok !! Bukan tonton free ! Kang download kata tak sokong. Dah sokong , korang buat main main .. Hadiah bukan seringgit dua hengget punya ! Beratus ribu wooo.. Duit sms kitorang gak wo.. Jap , duit sms diorang. Aku tak sms aihh.. Aku bayar langgan Mustika je .. Huhhu..

Ok .. Sapa bakal juara ? Bagi aku 3 yang layak dapat hadiah ialah , Bocey , Shiro dan Sepahtu .. Nabil ? Sori la bang Bil … anda kena usaha lagi keras.. Jambu ? Anda ketandusan idea sebelum ini. Melainkan anda malam ini bawak idea baekk punya , mungkin anda pencabar pemenang..

Apa pun .. Maharaja Lawak tahun ni kurang menyengat. Yang menyengat , dah tersingkir sbb tak popular atau kurang diminati.. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Aku up gambar di FaceBook. Ada kawan nasihatkan jangan letak . Nanti orang amik .. Buat naya ! Hurm… Dah tu , aku letak gambar apa saja pon .. diorang nak amik , nak wat camana ? Diorang wat naya , jawab sendiri ngan Allah nanti..

Ok .. Ada yang tak caya gambar aku ni.. Katanya edit .. Mungkin la kot. Gambar asal ni , gambar Vin Diesel atau gambar Nabil Raja Lawak.. Haaa .. Aku crop baik punyaaa ..

Pastu ada yang cakap aku kuat makan ubat .. Hurm.. mungkin la kot.. Sebab tu aku dah join masuk Mr. Asia , Mr.Universe berkali kali dan berjaya menewaskan Sazali Samad..

 

Aku dah layan besi ni sejak umur aku 22 tahun. Sekarang dah 37 tahun.. Aku  tak harap badan aku cam badan bodybuilder yang mantap mantap tu haa.. sbb aku takde disiplin. Aku cuma bersenam untuk keluarkan peluh .. dan kemaskan skit badan .. Tu pun ramai nak ‘pinjam’ gambar aku ni dan buat akaun palsu utk ngorat perempuan dan juga jantan !

Part Jantan pakai buat akaun gay.. Adeh.. Aparaaa …

Takkan nak pacak banner ni dalam Facebook ? Apara .. Perempuan kan banyak.. nak jugak ngorat jantan .. Choiiii.. Tak geli ke bila misai bertemu misai ?? Huk alohhh

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Semalam wife gi check up di klinik kesihatan Putrajaya. Dia bagitau aku .. yang urinya rendah dan darah rendah. Hari ni kena gi spital untuk buat appointment..

Hurmmm .. Gi spital Putrajaya tadi .. Bawak Qhaliff sekali. Risau lak nak biar dia drive sorang sorang. Takut kepenatan.. Maka usung je apa yang ada gi..

Hurmm.. Dah dapat tarikh.. Minggu depan .. Doktor suruh makan banyak buah-buahan dan jangan buat banyak kerja berat .. Ni aku kata banyak kali dah ..

Kalau dia tak jaga , pasni mungkin boleh kena tahan duduk wad .. Kalau duduk wad ? Aku ada tanya dia .. Hehehe.. saja je la nak borak ..

"Bang , kalau kena tahan wad cmna ? ".

"Hurm..Seminggu sekali , abg gi la lawat ngan Qhaliff .. Hujung minggu...ok ?". Jawab aku pada wife.

"Huh.. Nak hari hari datang.". Balas wife.

"Amboi..Ni nak suh dtg selalu , bukan nak tgk abg pon .. Nak tgk Qhaliff je kaannn... ". Kata aku sambil memandu..

Diam.. 5 minit berlalu..

" Perrgghhh.. Tak nafikan tuuuu.. Gitulaahhh .. Dah dapat madu ,sepah ditinggalkan.. ". Aku bg sedas..

Dia ketawa jer..

Hurmm.. Aku tak kisah pon.. Memang dia patut rindukan anak dari suaminya . Dia rapat dengan anaknya sejak sehari dalam perut berbanding aku .. Kan ?

Cemburu ? Gile ke apa ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Bukan gemuk tapi boroi !!

Hurm.. Aku nak gi jogging , dia nak ikut.. Aku nak gi gym , dia nak ikut .. Aku nak naik atas , dia nak ikut ! Aku gi dapur makan , dia biar je .. Tak nak la pulak ikut .. Huh !

Akhirnya aku kena juga bersenam. Elakkan diri dari mudah pancit terutama bila dukung anak kecik .. Qhaliff dan inshaAllah adik perempuannya nanti .. huhu ..

Aku kena bersenam kat rumah je.. Naik tingkat atas. Tu pun dia nak gak ikut. Apa je aku pegang , dia nak jugak menda tu. Haishhh ..

Photo: Setelah 4 bulan berenti.. baru 3 hari mula ..

Hurm.. ada jugak nanti alien amik gambar aku ni buat fake akaun .. Adeh.. Aparaa .. Cari la gambar Sazali keee .. Gambar aku ni gak dia nak amik !

Masa lemak terkeluar , tak nak lak amik guna ! Iskh…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Seminggu yang lepas .. dia akan tidur jam 2 pagi .. Tu paling lewat ! Confirm buat aku ngantuk utk bangun subuh .. Huhuh.. Dah abis cara masa tu nak buat dia tidur awal ..

Minggu ni , dia dah start tidur awal ! Hehehhe.. Sebelah siang , dia akan tidur sekali je. Yakni di waktu tengahari .. dalam 3 jam gitu je dia tidur. Pastu petang , aku tak kasi dia tidur.. Bawak dia bermain di taman ..

Malam ? Hehehe .. Wife aku langgan Baby Tv di Astro .. atas arahan aku ! Huuuu…

Bila dah pasang je siaran ni , atas jam 10 malam .. Siap laaa . Tak yah paksa dah .. Confirm dia akan lena punya .. Dengan mak mak dia sekali lenaaaa ..

Aku jugak tak lena.. Kalau lena , duit tak masuk laaa .. huhuh…

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku dah penat workout pagi dan petang… Di Alamanda tadi , budak bawah niii .. boleh pulak ajak main kejar kejar dalam tu terutama di Aeon .. Huk aloh.. berpeluh aku dibuatnya..

Dah la laju.. jap je ilangnya ! Nasib baik leh jejak fikiran dia .. Hurmm..

Dukung ? Hurm.. meronta nak turun..  Dia bukan kisah apa dah .. Kalau nak turun , dia turun gak .. Cakap la camana pon .. adehh .. Sabar je laa ..

Photo

Aku ingat aku jer kejar dia .. Dalam dok kejar , dia , ada satu akak ni dok kejar anak dia.. Dua orang lak tu.. Laju je lari ! Hahahha .. Aku ingat nak tahan tapi kang .. ada pulak kena maki .. Hehehe.. Biar je laa..

Perghhh.. makin mencabar neh.. Terutama sejak dia tau dia akan ada adik .. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

-iklan-

Sekarang ni ramai yang buat bisnes di facebook kan..Tahniah terutama anak2 muda yang baru 20an,tapi income bersih dah 5 angka.. yang lagi seorang nie yang sharekan strategynya dalam ebook ni.. ebook pertama yang berkaitan fb networking. .

Susunan ayat dia memang simple dan senang faham.. siap ada contoh macam mana nak pm orang dengan betul dan dapatkan marketing free di fb dgn networking  yang betul..

Bonus  bila beli ebook nie ,dapat join group khas untuk pembeli ..dalam group tue ada lagi macam2 share macam mana nak buat sales di fb nie .. perghh.. harga x sepatutnya RM30.. sangat2 murah.

Nak tau detail terus ke minisite dia.. siap ada testimoni kat situ -> www.marzianashukri.com

Kalau sapa yang nak terus ke fb penulis ebook nie,klik sini....-> Dms showcase

Dalam blog dia ada jugak dia share tips2 untuk yang berbisnes kat fb nie..baru2 ni dia ada post masa yang strategi untuk post di FB.. Sapa yg buat bisnes dekat fb tue , mesti follow blog dia -> http://dmssweetie.blogspot.com






Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

  Photo

3 bijik karipap dia sapu bersih ! Nasi yang mak dia belikan , dia tamo makan.. Terpaksa aku makan .. Eceh , terpaksa la sangat yer .. Hehehe..

Karipap  tang kerak keras tu .. dia pas kat mulut aku ! Huh..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Aku dah mula amik balik suppliment .. hehehe .. Terasa badan makin malas jer nak bergerak ! Kena banyak bersenam aku skang ni .. Suppliment , lebih pada nak support jer .. Takde la nak tahap jadi badang haaa ..

Photo: Kongsi ngan Qhaliff

Bila aku dok bancuh , si Qhaliff sibuk jugak mengikut. Tengok apa aku buat ! Bila dia nampak susu coklat ni , dia pon nak.. Aku tak kasi .. Dia bantai baring atas lantai ! Bila aku kata ..

“ Ha.. nah nahhh.. “.

Terus dia berdiri senyum ! Adoiii.. Macam ni pulak ragamnya. Tapi nasib baik dia ni jenis mudah dipujuk. Kalau tak kasi , kita kasi menda lain.. Dia ok je .. Asal ada menda lain sebagai ganti. Hehehe..

Susu ni rasa mmg tak best ! Aku tinggalkan skittt untuk dia rasa .. Nak tengok apakah dia luakkan balik atau mintak lagi.. hehehhe ..

Jangkaan aku meleset ! Licin dia teguk ! Gulppp… Iskhh.. semua dia nak bedal.. Bahaya aihh …

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hurmm… Semalam aku nak gi tapau makanan utk keluarga aku , berselisih dengan jiran taman perumahan aku tinggal ni. Aku tanya khabar isterinya yang tak sihat baru baru ni .

Katanya , wife dia dapat kencing tikus .. Aku tanya dari mana leh kena ? Dia syak masa mandi kat sungai baru baru ni. Nasib baik antibodi dia kuat … Sian.. Anak ramai lak tu.. Suami dia jaga semua.. Nasib baik ada suami yang kerja sendiri .. Hurmm..

Satu lagi perkhabaran tak best dari kawan sekolah aku. Bekas cikgu sekolah kitorang dimasukkan ke wad kerana penyakit Tibi. Ada diorang cerita yang isterinya kata mungkin suaminya tu dapat sewaktu naik perkhidmatan awam.. Berjangkit dari situ ..

Hurmm.. Aku nak kata lebih , aku takde bukti tapi bila dah tau mengenai bahaya dan betapa mudahnya penyakit ni berjangkit , aku kena amik pendekatan berhati hati..

Mencegah lebih baik dari mengubat. Pastikan jari jemari tu , jangan mudah bersentuhan dengan orang ramai terutama di tempat awam ..  Cam masa naik ekslator .. ada yang calit tahi hidung kat situ haaa.. Haaa.. Nasib ler kalau terpegang .. PErghhh..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Haaa.. Bukan salah aku !! Dah aku macam Jebat ! Nak wat camana kan ?

Yeke , aku disuruh tidur kat luar ? Tak de laa.. Tak sampai hati wife nak wat gitu. Kalau dia suruh aku tidur luar , lagi bahaya ! Rumah sebelah , anak dara penuh wooo !

Haaa.. Kang ada pulak laki dia missing in action ! Satu hal lagi .. Hehehhe ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Dalam perjalanan ke Damansara tengahari tadi , ada satu billboard menarik perhatian aku .. Besar wooo ! Tapi bukan sebab besar aku tertarik pon ! Korang leh nampak kat tepi lebuhraya Persekutuan yang berdekatan Angkasapuri tu haaa ..

Aku tertarik sebab tak tau sapa yang punya iklan ni dan kata-katanya cukup mendalam..

“ Hello. Mother misses you. “

Hurmm.. Ibu. Besar sungguh makna ibu pada setiap insan. Itu pun masih ada yang tak reti nak hargai mereka . Hurmmm ..

Berbalik pada billboard ni .. Ada tak nampak sebarang maklumat kat situ ? Tak ke pelik ? Sapa yang bersungguh letak billboard yang cukup besar dan pastinya … mahal ? Heee..

Berdasarkan gambar tu , budak perempuan tu sedang buat apa sebenarnya ? Sedang amik gambar langit ? Atau sedang melihat gambar ibunya di dalam tab tu ? Atau pun .. hurmm.. dok amik gambar sendiri ?

Aku rasa .. dia sedang rindukan mak dia .. Kebetulan pulak Tahun Baru Cina baru saja lepas .. Pastinya ada anak anak yang tak reti nak pulang ke rumah orang tua sbb sibuk sangat dengan kerjanya atau lebih rela abiskan masa dengan kawan kawan ! Huh ! Jangan begini ..

Billboard ni bagi aku adalah satu pesanan mudah untuk kita .. Jangan sampai kita kehilangan baru nak merindui ! Sementara masih ada di depan mata , hargai dan luangkan masa selagi terdaya ..

Apa pendapat korang lak ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Bang .. nak beli Tommee Tippee .. “.

“ Huh .. apa kemenda lak tu ? Yang Tau Tommy Lee Jones atau Tommy Hilfiger jer.. Amenda tu ? “.

“ Botol susu untuk baby laaa … “.

Oooooooooooooooooooooooooooooooo … Baru aku tauuu .. Heheeheh..

Photo: Beli kt https://m.facebook.com/OriginaluKshoppe

Aku ok je laa… Nak dijadikan cerita , ada laaa rezeki untuk adik Qhaliff ni haa… 2 botol untuk bakal si dia .. InshaAllah .. heeee ..

Hurm.. nak try usha menda lain lak pasni .. Hehehe .. Nak try usha apa yang ada ke ? Meh klik OriginaluKshoppe

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Hurm.. Tengahari tadi , gi ke Federal Highway. Ada keje skit kat sana ..Pastu tanya wife nak makan kat mana ? Dia nak makan kat Veledrom , Cheras. Sini mmg popular laaa ngan ayam kampungnya dan juga air durian belanda.. Heee.. Takde durian Brazil lak ..

Photo

Dah parking cun punya. Dukung Qhaliff .. Cari port nak makan.. Duduk .. Wife gi amik lauk yang dia nak .. Sementara tu aku layan Qhaliff .. Hurmm.. Dia tetiba wat`karenah. Tamo duduk .. tamo jalan. Nak dukung. Makan pon tak nak ..

Lauk pauk dah terhidang. Dengan budu , ulam bagai. Baru nak amik gambar utk post ke FB .. tapi terbatal niat sbb Qhaliff menangis. Hurmm…

Aku suruh wife je makan. Pastu bungkuskan untuk aku. Aku tunggu dalam kereta jer .. Terliur gak aku. Nasib baik sempat rasa sikit air durian belanda tu .. huhu ..

Dalam kereta , ok pulak dia .. Haihhh .. Sabar je laa.. Dia tak selesa sbb selsema dan sakit perut. Aku sejukkan hati dengan fikir yang dia cuma wat karenah gitu je. Bukan teruk mana pon.. Kena sabar je. Nak makan je pon.. Kat rumah pon leh makan , kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Masuk je rumah tadi .. terus dia berdiri dekat rak kasut. Diam jer .. Aku pandang muka dia .. dia marah ! Hahahaha .. Aku biar je dia.. Nak berak la tu..

Lama pulak kali ni.. Cam dok meneran.. Pastu menangis tetiba. Hurmm.. Tau dah aku .. Susah nak berak la tu.. Siannya….

Kebelakangan ni dia kurang nak makan fiber. Roti tu ada la tapi banyak main dari makan. Susu , lebih .. tapi susu formula la.. Hurmm…

Dah selesai hajat dia .. part nak basuh ni kena hati hati. Pedih kena air.. Jadi kena buat pelan pelan ..

Photo

Hurmm.. pasni nak cari vitagen utk dia. Pisang , dia tak nak makan.. Dulu ok je .. Sejak dah pandai memilih , jadi gini laaa .. Makan nak sedap jer .. huhu..

Aku tak pakaikan seluar tu sbb kasi dia tenang dulu.. Hahaha.. Kang dah ok , baru pakai seluar.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Waahh.. gara gara minat kat Jebat dalam drama CSI New York , aku telah membotakkan kepala ??

Ngapaan sih ? Takkan sampai gituan dong ? Ngak mau gitu ahhh .. Hahahaha ..

Photo: Jebat nk mengamuk mlm ni..

Benarkah ? Benarkah aku membotakkan kepala kerana drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu ??? Ohhhh .. Tidak !! Gambar ni dah berusia 3 tahun .. Hahahaha.. Lama dah niiii … Aku mmg nak botak balik tp wife tak kasi. Dia takut aku kelihatan hot sangat .. Hahahah.. Poyos aihh ..

Drama ni , ok je bagi aku. Tidak la sampai tahap nak makan pop corn depan tv. Paling tidak pun bancuh sirap sambil cicah biskut kering je .. Heee..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Tu diaaa.. Aku pi taman petang tadi ngan Qhaliff .. Ternampak jiran jiran ada kat situ bersama anak anak mereka sambil membakar sampah ..

Waahh .. Diorang turun membersihkan taman.. Alhamdulillah. Semoga Allah berkati usaha mereka dan melimpahkan rahmat atas mereka…

Segala contengan telah dipadamkan mereka .. Huhuhuh… Sampah sarap , dibakar .. Dan mereka juga memeriksa beberapa permainan yang dah dirosakkan.. Hurmm.. Sian anak anak kecil di situ . Nak main pon dah merbahaya !

Photo

Aku tak paham la kenapa sampai perlu rosakkan alatan permainan di taman perumahan yang bukan mereka duduki ! Dah la datang ke tempat orang pastu bikin onar ! Apa ni ??? Bawak bawak la kesedaran diri skit .. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes