BEN ASHAARI



 

Aku berjaya memaksa aku gi gym hari ni ! Puas nak pujuk kaki ni gi .. Bukan apa .. aku nak gi , Qhaliff nak ikut. Aku bawak, tak sampai lagi gym , dia dah nak tidur ! Bila dia dah nak tidur , camana aku nak bersenam ?

Kalau tinggalkan kat rumah , wife lak dok sarat mengandung. Nak kena tengokkan dia lak .. Kang tak tengok , abis rumah dikerjakannya haaaa ..

Photo

Tak yah gi gym ? Aku tak gi berbulan lamanya ! Hinggakan construction kat KBS tu dari aku dok tengok diorang tengah buat , tau tau siap dah ! Haa… Bayangkan berapa lamaaa ..

Aku kena gi gak gym sbb kalau tak gi , badan aku sakit sakit .. Dan biasa angkat menda berat dan berpeluh senantiasa.. Bukannya tak leh bersenam kat rumah tetapi sesekali nak kena release tensen kat luar sana tu.. PErghhh.. ingaat duduk rumah tak tensen keee ?

Tapi bila dah sampai gym , rindu pulak kat bam bam di rumah tu.. Hurmm.. Terbayang gelagat dia dok menyakat aku .. huhu..

Balik je la .. hahahah .. Aku sebenarnya dah bawak dia pon tadi tapi terpaksa patah balik bila teringatkan yang gym skang kena guna tangga utk naik ke atas. Kalau dulu leh guna lif tapi skang takde dah .. Huhuhu..

Lagi pun dia mengantuk jee aku tengok .. Dah setengah jalan , aku patah balik semata mata untuk hantar dia jer .. Huhuh.. Punya la dugaan untuk kuruskan diri ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Setelah 3-4 kali pergi , akhirnya dia berani panjat tanpa bantuan aku ! Pandai dia pilih batu mana yang sesuai utk dia pegang .. Hehehe..

Cuma.. setelah panjat tu , dia punya terbaring kepenatan dia serupa dah memanjat sampai ke puncak ! Huhuhuhuh…

Tak pe .. Lain kali leh pergi lagi dan berusaha dengan lebih keras.. Daddy pon tadi tak sempat nak memanjat sbb segan ada orang dalam tu.. Auwww…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Bila bawak anak kecil kita ke tempat permainan , pantau anak kita .. Benar kita nak didik dia dgn cara bergaul dengan rakan sebaya tapi PANTAU ! Mereka tak tau apa apa tetapi mereka ‘terbelajar’ dengan apa yang mereka lihat dan pandang sebelum tu… Seperti di tv , atau pengalaman mereka bersama rakan sebaya yang lain ..

Di Taman Cabaran , Putrajaya tadi.. Biasanya jam 2 petang ke atas , mmg takde orang kat bahagian kanak kanak ni tapi tadi ada la sorang akak ni dengan anaknya yang aku rasa dalam usia 4 tahun gitu ..

Anak dia main lari sana sini .. Dia dengan handphone dia .. Lantak dia la.. Cuma aku dapat agak anaknya tu leh tahan lasak .. Bila Qhaliff masuk je cepat cepat dia datang dan ajak bermain. Budak ni , takut ler.. Tetiba kena sergah gitu..

Aku biar je la.. Kasi dia belajar bergaul.. Qhaliff berlari sana sini , budak tu dok kejar dia .. Kejar je tak pe la.. Tapi menolak la pulakkk..

Bila ditolak , jatuh la Qhaliff ni.. Qhaliff , yang aku tahu.. kalau orang tu jenis ‘kasar’ skit bermain , dia takkan nak bermain.. Dia lari cepat cepat dan duduk kat aku ..

Bila budak tu wat hal dia sendiri , Qhaliff bangun dan nak gi memanjat… Budak tu datang kembali kat dia , dia lari kat aku balik .. bergoyang goyang laaa pipi dia tu haa.. Hahaha.. Sian dia.. Macam kena kejar ngan hantu jer rupanya dia ..

Hurmm.. mak dia sibuk main henset lagi .. Anak dia yg jauh lebih dari Qhaliff sibuk dok kejar Qhaliff pastu tolak jatuh dia..

Mak budak tu kata apa ?  " Jangan tolak adik tuu.. ".
Tu jer ? Sambil layan henset dia .. Aku kesian kan budak tu jugak sebenarnya. Nak bermain tapi takde kawan .. Sorang sorang dia je .. Tapi tak sesuai nak bermain dengan Qhaliff sebab faktor usia dan size badan .. Cara bermain pon mmg ketara lain.. Mungkin sbb Qhaliff tak bercampur kan ? Dia mana pergi pusat asuhan gitu.. Jadi cara main lembut je la ..

Aku cuma tak puashati bila penjaga wat dek gini ! Biar anak memandai sendiri dan dia wat hal dia .. Bila jadi apa apa ?? Bukan la aku mintak jadi apaa apa tapi kita kalau boleh , elakkan dari berlakunya kecelakaan .. Selagi boleh elak , kita usahakan .. Jangan tunggu terjadi , baru nak salah menyalah ! Tak gunaaaa gitu..

Aku up di FACEBOOK dan rakan rakan berkongsi pengalaman mereka .. Antaranya :

  • hehe...dh banyak jumpa budak mcm tu..diam2 fiza beliakan mata...jegey kat diaa...
  • Ben kasi panik mak budak tu...jerit kata anak dia jatuh berdarah kepala...baru dia alert kot asyik sgt dgn hpnya.
  • parents yg x peka kt playground lah ni..saya pernah je sound budak sebab tolak anak buah saya kt McD Bangi tu..parents budak tu saje leka makan..jauh lak tu..
  • Hehee.. Agak2 budak tu buat lg.. En. terus ke budak tu dan tegur kesilapan dia..nasehat sikit...nt budak tu jd habit buat perkara sama pd anak2 lain...hi3
  • Betul tu Ben. Paling tak suka bila budak main kasar dengan anak kita. Salahkan mak ayah yang tak reti didik anak. Kenapa sesetengah budak lain boleh main elok-elok bersama. Mesra dan friendly. Dan kenapa ada sesetengah budak yang lebih kepada suka buli, sepak, teranjang dari nak main elok-elok bersama. Nak salahkan anak? Kitalah sebagai makayah sepatutnya didik anak, cara berkawan dan bermain dengan anak orang.
  • tu sbb sy xgalakkan anak2 bermain di playground..sbb majoriti mak bapak xkisah klu anak die main kasar dgn kanak2 lain..anak sulung sy pernah bocor kepala sbb ade 'budak perangai setan' tu tolak smpi jatuh..budak tu nmpk kecik sikit dr anak sy tp suka main kasar smpi anak sy takut nk dekat dgn budak tu.. mak bapak die ade dpn mate tp buat xreti je..masing2 sibuk nk menayang konon2 hp canggih kt org..last2 budak tu tolak2 smpi anak sy jatuh kepala berdarah,mak bapak die just tolong angkat je..say sorry pun x..lps tu cepat2 diorang bwk budak tu blar dr situ... teruk betul! moga mak bpk die rase 2 kali ganda pulak ape yg sy rase mase tu..baru diorang tau..
  • Serius abg ben. Kes ni ade terjadi dpn mata sy . Lebih pentingkan handphone tu haaa dari ank sendiri. Lepastu kang salah ank dia, dia ckp salah ank kita pulak .
  • Kalo akak, mmg akak sound budak tu kuat2 direct biar emaknya tersedar dr lamunan gadget yg xbawa ke mati. Msti tgh lyn fb tu..

Hurmm .. Ini bukan kes manjakan anak  tapi nak didik anak .. Kalau bukan kita yang didik , takkan tunggu cikgu kat Taska nak buat ? Kang kat Taska dia buat gitu gak , tak pasal pasal dia kena denda.. Denda je tak pe la.. Kalau kena dera ? Haaaa …

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Silap aku.. Aku terkopek screen protector tu depan dia .. Bila dia dah nampak , dia lemparkan senyuman pada aku. Aku nak sorok tab tu tapi dia berusaha nak dapatkan jugak. Sanggup turun dari car seat dia untuk amik tab yang aku dah letak di lantai kereta ..

Photo

Photo

Photo

Hurmm… Suka dia bila dapat kopek .. Huhuh.. Terbang RM20 ! Haihhhh … Orang kata biar je. Anak kita nak eksperimen ! Huhuhuh.. Eksperimen ehhhhh …

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Photo

Baru tdo dia .. Tu pun selepas ‘dipaksa’ aku. Dia ngantuk dah tapi nak lawan bijik mata !

Hurmm.. Dia terlalu rapat dengan aku. Aku pulak terlalu rapat dengan dia .. Hinggakan ? Hinggakan dalam mimpi pon dia membayangi aku !

Wife kata aku ngigau malam tadi..

" Qhaliff Iman... Qhaliff Iman.. ".

" Nasib baik sebut nama Qhaliff.. Kalau sebut nama perempuan lain ??".Jawab aku ..

"Kalau nama perempuan lain ? Takde dah kat meja makan skg ni.. Kat hospital dah kita pagi ni.. ". Jawab dia sambil lipat baju.

Sengih je aku.. Perempuan .. Hati je kata gitu sedangkan mahu.. Eh ??? Hahahaha

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurmm.. Teruk benar gini aih.. Baru je charge , dah haus balik ! Nak kat aku guna kerap HTC One X aku ni  tak de la pulak .. Kalau guna pon lebih pada Whatsapp je atau Facebook .. Insta tu mmg ada tapi bila tengok kat Usage ni , Insta paling kuat guna bateri.. Yelah  , nak load gambar kan ..

Kalau berterusan , mmg aku remove insta dari Htc ni .. Guna kat tab jer  .. Heee.. Lenovo punya bateri leh tahan gak lamanya .. heee…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Photo: Sedikit kecewa ..

Beriadah di pagi hari di taman perumahan sendiri ! Bila lihat permandangan begini , terasa kecewa sangat sangat ..

Beli rumah beratus ribu.. Bayar maintenance .. Tapi ??? Hurmmm .. Baru sempat dua tiga kali main gelongsor , bunyi salakan anjing yang pastinya bukan seekor dua membuatkan aku berfikir dengan pantas ..

Dengan rekod anjing menyerang manusia kebelakangan ini terutama ketika bersenam dan kanak kanak bermain , menyebabkan aku segera dukung Qhaliff pulang ke rumah.

Kalau aku saja kat situ , mungkin aku hambat dengan kayu kalau anjing anjing tu mengacau aku tapi sbb anak ada di sisi , aku simpan aja keberanian tak bertempat tu.. hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Heehhe.. Tercapai hajat nak pakai seluar pelikat ni.. Nanti nak beli satu lagi dan nak try guna yang hok satu lagi pesen tuuu .. Hehehehe .. Yang kembang kembang tu haaa …

Boleh la nak pakai wat gi surau atau masjid nanti .. heee…

Harga ? Haa.. tu kena tanya sendiri kat tokey HeyDotMy .. Gi tengok kat Instagram atau pm je Encik Ejam Othman kat FBnya .. heee.. Cepat cepat.. Nanti abis stok , kena tunggu lama lak.. huhu…

Tq bro !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hahahaha … Adeh.. Kelakar je dengar kata kata seorang pengunjung Taman Cabaran Wall Climbing Center tadi petang .. Bukan apa , tujuan aku bawak Qhaliff ke situ untuk dia memanjat sana sin memandangkan dia pun suka memanjat kat rumah.. hehehe ..

Awalnya aku hanya berdua dengan Qhaliff.. Puas menjerit atau berlari sana sini.. Aku pun tak terkawal laa perangai gak.. Cam budak budak jap..Hahahah ..

Tiba tiba dtg sorg lelaki bersama anak kecilnya..Sama besar anaknya tu dengan Qhaliff tapi dari segi usia , dia muda 3 bulan dari Qhaliff.. huhu.. Ligat gakk ..


" Haaa.. panjattt .. Kat rumah nak panjat sangat kan .. ". Kata bapak dia sambil ketawa.. Hahaha .. Aku yang dengar tu pon ketawa jer..

Budak .. disuruh panjat , tamo la pulak ! Dipaksa paksa , tamo.. tapi berlari sana sini ! Hahaha .. Gitulaaahhh .. Bukan mudah nak didik anak kecil ni.. Nak ajar tu mudah tapi nak didik tuuu , perlukan kesabaran dan skill .. Heee ..

Tapi diorang tak lama.. Rasanya tak sampai pun setengah jam berbanding aku mau dekat sejam.. Hehehe.. Bukan apa , kul 5 setengah nak gi amik ibu Qhaliff lak ..

Photo

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku bagitau wife pagi tadi yang aku perlukan percutian ! Otak beku , stress .. dan macam macam lagi yang sedang aku alami …Hurmmm .. Aku ajak gi Cameron Highland. Mesti Qhaliff suka gi punya .. Hehehhe..

Sewaktu dalam perjalanan ke Cheras pagi tadi , aku berjaya amik gambar billboard ni.. Minggu lepas aku nampak dah tapi tak boleh nak tengok dengan teliti , apa cerita billboard ni ..

Dan tadi.. aku pasang siap siap video utk rekodkan perjalanan.. Dan dapat jugak amik gambar ni.. hehehe..

Photo

“ EKSPO PERCUTIAN KERIANGAN KELUARGA’ di Mid Valley pada 1-4 Mei 2014 nanti .. Hurmmm… Macam menarik jeer kan ? Nak cari pakej ke Sunway Lagoon ni.. Hehehe..  Nak bawak Qhaliff beriadah kat sana .. Confirm dia suka ..

Selain tu nak gi mana eh ??? Legoland ? Tamoo.. Panas… Lain lain ? Hurmmm… Mana mau pigi ehhh…

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

“ All Babies Are Genius “

Baru-baru ni aku ke pelancaran cawangan terbaru mereka di Shah Alam  utk melihat sendiri apakah keunikan dan kelebihan pusat yang dikhaskan untuk anak anak kecil kita ini..

Hurm… Ok , terus terang , aku tertarik dengan konsep yang disampaikan di dalam teknik ‘belajar dan bermain’ di sini. Program yg direka khas utk para ibu bapa dan juga kanak kanak malah bayi juga boleh turut serta ini dipanggil “ Powerful Playgroup Programme “.

Satu konsep yang cukup menarik !

DSC_0035 copyDSC_0271 copyDSC_0523DSC_0571 copyDSC_0614

Ada 4 kelas disini yg bermula dari seusia 7 bulan hinggalah ke usia 4 tahun ! Panjang kalau aku nak cerita ni .. Apa kata korang baca sendiri dan tengok sendiri apa yang menarik sangat disini ..

Oh ya, di sini .. anda terlibat sama dengan anak anda ! Bukan anda tinggalkan anak anda disini yer.. Hehehhe .. Anda turut melibatkan diri dan belajar .. Haaaa .. Menarik kan ? Hehehe ..

Ok , setakat ni mereka ada cawangan di Puchong , Bandar Botanic Klang , Johor Bahru dan terbaru ialah di Shah Alam..

Kalau berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut , boleh ke blog mereka atau fanpage mereka di Facebook..

Blog : www.geniusbabyonboard.blogspot.com

FanPage : www.facebook.com/geniusbabyonboard

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Tercari-cari penapis air yang mudah dibawa kemana-mana? Tidak perlu sambungan paip. Hanya berbentuk jug. Murah dan menjimatkan. Jom kita lihat apa keistimewaan 'penapis air' shaklee ini.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE GET CLEAN WATER PITCHER

 

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain.

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

Teruja bukan? Jadi...apa tunggu lagi? Untuk harga istimewa, Hubungi 019-3190733 (murni) untuk maklumat lanjut.
Cepat sementara stok masih ada!

Jom ke blog saya :
www.sayangkunurhana.blogspot.com

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Yearghh.. Sejak mengetahui adanya tempat bermain di Taman Cabaran untuk si Qhaliff ni , dan juga menyusun waktu di sebelah siang dan petang bagi dia juga , maka … dia tidak lagi tidur selewat 12 tengah malam !

Photo

Hurmm… Pagi pagi sekarang ni , kena dah bawak dia gi taman atau gi umah orang tua aku … Terpaksa ! Kalau tak dia akan abiskan masa dengan menyelongkar atau tengok tv ! Aku tak nak itu berlaku .. Dia pon nak membesar dah…

Petang , gi taman .. main .. Ikut aku ! Mak dia balik , leh rehat jap.. Walaupun syif dah patut bertukar tapi memandangkan wife dok sarat , maka .. aku masih lagi jaga dia .. Tak pe la.. Malam kang nak tidur baru tukar syif.. hehehe ..

Satu hari nanti , semua ini pasti akan aku rindui.. Sebaiknya , setiap saat .. aku hargainya !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

OK ok.. aku bukan agen Herbalife walaupun ramai dah ajak join. Aku tamo tamo tamoooooooo ! Hehehehe… Yang TC Formula ni aku disponsor oleh seorang agen Herbalife tahun lepas. Saja la dia kasi suh try.. Aku tanya gak utk apa .. Selepas diterangkan , aku berani la makan ..

Apakah ianya berkesan untuk kurus ?

Photo

Aku tak makan untuk kurus tapi katanya utk buang minyak minyak dan .. hehehe .. Memang leh terasa laaa minyaknya keluar ! Bukan RON95 atau 97 yer.. Diesel pon jauh sekali .. Hehehehe .. Bukan minyak yang tu tapi .. haaa ..

Bila amik menda ni ditambah dengan senaman , alhamdulillah .. terasa ringan lagi badan .. Cer la try kalau tak caya .. Apa pon , tanya doktor anda dahulu kalau anda ada penyakit yang berat berat.. Mana tauuuuu kan.. Cam alergik ke apa kee.. Sebaiknya tanya doktor anda dulu..

Dah nak abis dah yang ni.. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ngantuk dan lapar padahal dah makan dah sebelum tu tapi disebabkan dia aktif pelik malam ni .. Abis sofa semua jadi bahan lompatan dia , maka …. kasi dia makan ! Kalau tak dia akan berjaga belah malam dan menangis .. Tak lena tidur ..

Mesti ada yang tanya kenapa laa dok pakai diapers je kat rumah ? Sbbnya dia nak makaann.. Kalau pakai seluar , confirm kotor dek kerana air milo yang bakal dia cecah sama roti tu haa . Kena jimat air dan elektri woo skang ni..

Selesai makan .. Baru dia nampak mengantuk sangat .. Kasi susu sebotol , baringkan dia dan … Tinggallah aku seorang diri di depan tv… Layan cerita tah hapa hapa kat Astro ni .. Membazir je.. haih..

Photo

Tak lama lagi akan cecah 2 tahun.. Bulan April .. Alhamdulillah , ada otai kek sudi nak kasi hadiah kek khas untuknya. Aku tak cadang nak buat majlis pon. Memadai dengan keluarga terdekat je .. buat makan makan ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Dia bikin huru hara dalam rumah. Segalanya tak kena .. Kasi biskut , tamooo .. Kasi mainan tamooo .. Kasi susu , abiss… Huuhu…. Ajak layan WWE , dia hafal dah babak melompat tu haaa … hahaha … Takde laa … aku mana layan menda alah tu dah… Lama dah tinggal sejak The Rock jadi pelakon.. hehehe ..

Dalam kul 3 lebih , aku ajak dia keluar. Plan nak ke Taman Cabaran lagi. Saja kasi dia penat malam nanti .. Cepat skit tidurnya .. huhuu …  Tapi sebelum tu , pekena roti canai dan milo ais dulu ..heee.. Amik mood ..

Iskhh…. Main main pulak dia ngan makanan dia .. Aku dah la ngan penat , tak cukup tidur… Ditambah lagi dengan dia yang asyik nak melangkah keluar .. Perghh.. mmg mencabar kesabaran aku.

Cepat cepat aku abiskan maggie goreng , aku ajak dia keluar .. Huhuh.. Tengok jam dah hampir kul 430.. Hurmm.. Cuaca makin mendung ..

Kensel ke Taman Cabaran. Terus ke Presint 5. Sampai depan bangunan di mana wife bekerja , aku parking dan .. tidur ! Qhaliff ? Lama dah tidur .. Aku tak tahan dahhh …

Zzzzzzz… sampaii kul 5 .. Cukup laaa.. Dapat sekejap lelapkan mata .. Huhuhuh..

Tak cukup tidur ditambah lagi dengan kepenatan bersenam , mmg boleh bikin stress wooo.. Bahayaaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Orang perempuan kata , lelaki badan tegap ni kebanyakkannya gay , panas baran atau .. kurang romantik .. Benarkah ? Hehehe.. Satu survey 5 minit telah aku buat semalam dan beberapa pendapat telah aku berjaya rakamkan ! Haaa ..

  • Suka yg tegap dr yg kerempengggg..hahahaaa..
  • Yup...xberapa suka... Tapi lain orang lain selera kan...hehe
  • ahaha...most of the opinion...laki badan tegap ni gay..haha..tapi bukan abg ben la..muka jambu2 n tegap..
  • suka yg biasa2 je... x tegap, x kurus, sederhana
  • wanita bujang suka yg tegap... manakala yg dah berkahwin ada yg tak suka sbb takut tergugat dgn kehadiran org ketiga... mungkin barangkali...
  • Betol brO Ben,ak pun hairan xmcm prmpuan dlu diorg suka?Cer cita prempuan yg komen ni asal korg xsuka,bgi sbab?
  • Lain org lain cita rasa sebab tu masing2 telah ditentukan jodohnya dan tetap berkahwin...terima pasangan dgn seadanya tanpa melihat fizikalnya...hehehe
  • Yg biasa2 aja..xnk la kurus kering pulak. Klu dlm runningman tu ala2 yoo jae suk gitu..hehe.
  • Klau mcm ahli bina badan x minat jugak.yg sedang2 je
  • Tegap la. Br rs slmat. Tp xdela bsr sgt.
  • bgi sya...sya suke lelaki yg tegap.bkn sje nmpk macho,tapi menampkkn nye sebgai seorg hero tuk si isteri:-)
  • Yg ketul2 tu xnk la. Geli pun ada. Haha. Tegap biase2. Mcm fahrin ahmad ke. Hee
  • Suka sbb kalau kita berjln sebelah dia terasa mcm ada body guard! Rasa selamat! Hihi..
  • 6pck..emm..nop..ketul2..makaiiii
    Nmpk lucu klw jln sblh dia...hahaha
  • geli tgok bdn ketoi2..tegap je cukup..
  • tegaplah.. nampak yakin diri sikit, kalau melengkung.. bongkok nampak tak confident gitu.. err, klu lelaki bongkok udang pun ada maksud tau

Hurmm.. Apakah bermakna ada perempuan sukakan lelaki berperut comel tu ? Aku pon boroi gak dan ada la skit tegap.. Gabungan kedua dua tu menjadikan aku seperti gadis idaman Malaya ? Hahahaha .. Gurau laaa .. Iskh , gurau pun tak leehhh .. Rileks laaa ..

Tak kira la tegap atau tidak , yang penting .. sihat dan tamo jadi pondan .. kan kannnn .. hehehehe 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Auww.. kalau geli , maka layak dipanggil pondan ? Iskhhh…

Kenapa ada lelaki boleh geli dengan lipas ni ??? Huh !

“Ko lak camana , Ben ? Geli tak ?? “

Hurmm… aku mmg geli dengan lipas ! Bukan sebab dia kaki banyak ke.. Tapi sbb kotor ! Dia merayap sana sini pastu mai nak panjat badan orang ! Pergh.. Tak leh tengok aku aih.. Mau aja aku pijak pijakkan dia !

Tapi orang kata jangan pijak sbb nanti telur telur dia anak berada di situ . Lagi banyak laaa dia punya waris dalam rumah kita tu nanti ! Haaa.. Dan ada yang kata badan dia penuh dengan cacing cacing yg tak nampak dek mata kasar kita ni .. Huhuh..

Ramai lelaki luar sana tu , tak gemarkan lipas ni ! Rela kena kejar harimau lagi dari kena kejar lipas ! Hahahaha ..

Apa kata perempuan terhadap lelaki yg ‘segan’ dengan lipas ni ":

  • Lelaki tu bkn lelaki yg sbnr.
  • Nampak comel kot.. hehe
  • xde y pelik pon....perasaan tu bukan dibuat2...tetapi semulajadi....itu kekurangan y Allah berikan pada dia...mgkin ade kelebihan lain y kita xnampak....kita kan manusia biasa...
  • Nampak comel bila lelaki takot ngan lipas ..hihihi
  • hah....tak gentleman lansung
  • lelaki tak suke benda terbang. mostly lipas rasa terancam kot.hahah
  • Kalau yg acah2 macho tu, hilang macho...tapi terus cam Comel jer~ Haha
  • Apa salahnya?Lelaki pun ada fobia pada lipas juga
  • Hehe xmacho la tkut..klo bini pon takut..sape nk jd hero..
  • fobia ni ada mcm2 jenis..sy yg pompuan ni setakat cicak,lipas,tikus,ulat ngan semua serangga saya tak geli tp kalau ular mmg xleh
  • wujud...abg ipar sy sgt geli dgn lipas...smpaikan dia boleh detect sm ada satu2 tmpt tu ada lipas or x...dia ckp dia boleh bau kehadiran lipas dekat situ hehe
  • asben sy pn geli dgn lipas tp sy tak.so klau pasal lipas sy selalu jd penyelamat.hidup ni kn saling lengkap melengkapi

 

Apakah jawapan lelaki pulak ?

  • Pada saya, normal. Kerana ketakutan/fobia manusia ni, berbeza-beza.
  • Setiap orang ada ketakutan yang berbeza. Pada saya biasa dan terpulang pada individu itu sendiri.
  • Geli sbb lipas bau busuk...
  • cicak x per, jangan lipas
  • Sy geli tgk serangga byk kaki.. especially spider.. normal sbb perasaan takut tu natural.. lipas sy ok cuma kdg2 tu tanjat gak boboi bila lipas buat serangan gerilla naik kat kaki.. hahaha
  • seblom nie xtakot sgt lipas klu jumpak kasi pijak ja walau x berkasut, tp setelah tau fakta bahawa dlm perut dia beratus cacing kecil2 terus jd takot fobia takot mudarat pada diri..
  • Geli, sbb tu asal ada je lipas dpn mata akan dibunuh.
  • Itu hak kami sebagai kaum lelaki hahha..dan hak lipas itu untuk digeli!

Macam macam pendapat ada .. Geli bukannya takut ! Dan tak semestinya geli pada lipas tu , tak jantan !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

Photo: Aku nak berenti d blogger sbb nak ganti Vin Diesel dlm film FAST N FURIOUS 8..

Aku botakkan kepala .. Bukanlah tahap sampai cukur tu.. Sekadar pendekkan abis jer .. Kiranya masih berambut lagi laaa .. Hehehe.. Rasa ringan skit kepala bila dah gini ..

Balik je dari kedai gunting tu , aku gi cari Qhaliff.. Nak tengok respon dia ! Hahahha.. Seperti jangkaan aku , dia tergamam ! Pandang aku tak terkelip kelip.. Aku senyum.. Dia diam jer..

Bila aku bersuara , baru dia nak datang kat aku.. Hahahah.. Dia keliru ! Nape bapak aku kacak sangat neh ? Hahahaha .. Takde makna aihhh … Gurau aaa ..

Kenal dah dia ngan bapak dia .. Bila botak gini , nampak garang skit walaupun dalam hati ada taman.. Apa nak buat , dah mmg hati lembut.. Eceh.. Heee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Katanya , “ Harga kami berpatutan dengan hasil kerja profesional
boleh call 0162809040 atau Pm  HAQEL FAEZI VIDEOGRAPHY untuk keterangan lanjut “.

Hurmm .. Takkan pakej untuk nikah dan sanding je ? Ahaaaa.. Ada lagi haaa .. Selain dari yang telah aku nyatakan di atas , mereka juga ada pakej untuk video korporat,montage,company event/dinner dan andai ada event untuk anda ingin gunakan khidmat mereka , hubungi je mereka ..

Mahal ? Jangan risau .. semua boleh dirunding laaa .. Call dan tanya jer.. Cerita je nanti berapa bajet anda dan apa yang anda inginkan .. Haaa ..

Ada banyak dah hasil kerja mereka dan telah mereka abadikan di dalam bentuk video di Youtube ..

Nak tengok lagi ? Haaaa .. Boleh ke page mereka di HAQEL FAEZI VIDEOGRAPHY ..  Cepat buat tempahan jika berminat ! Penuh nanti , jangan salahkan aku yer .. hehehe .. Aku bagitau dahh ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

“ Nak panjat ke tak ni ? Kang daddy smackdown kang !! “

“ Ingat takut ? Kang bagitau cikgu , daddy kena tangkap sbb dera anak kecil ! Haaa “

Daddy lak beria main yer  !! Hahahaha .. Qhaliff dok takut lagi nak panjat.. Tapi kalau kat rumah , dia hero lak ! Iskhhh ..

Tapi sebenarnya kaannn .. Daddy ke sini ada hajat lain !

Nak wat menda ni la sebenarnya .. Hehehehhe .. Asyik bergayut kat taman jer.. Sesekali nak berangan wat skill gini.. hehehehe …

Tapi… tapi… bukan aku yang terkena sebenarnya .. Huhuhuh.. Kat sini jugak dia kasi aku hadiah ! Arghhh ..

Dia berak ! Adehh .. Beg dia dalam kereta .. Nak kena turun , pastu naik balik utk cuci dia .. huhu …

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hurm… Sampai hati seorang suami mintak isterinya berhutang sana sini hanya kerana nak puashkan hati dia ? Suruh isteri buat pinjaman utk beli kereta .. Ada pulak suruh beli handphone dengan buat pinjaman ! Ada yang nak buat bisnis , suruh bini cari duit ! Perghh..

Ada yang sanggup kerana sayang punya hal.. Ada yang sanggup sbb tak larat nak dengar laki membebel atau elakkan pergaduhan ! Bergolok gadailah atau tebalkan muka buat pinjaman dengan saudara mara mahupun mak ayah .. hurmm ..

Lelaki , apa dah jadi dengan anda ? Sampai hati ke tengok si isteri tu membanting tulang siang malam untuk membayar hutang kamu tu ? Dan kamu pulak dok bergaya bangga dengan semua harta benda tu ? Apa ni ? Mana maruah anda ?

Hiskhhh.. Perempuan pon .. Bijak la skit ! Kang jadi apa apa , sapa yang naya ? Dah banyak kes gini aku dengar dan ada rakan rakan terdekat alami ! Sapa susah ? Hurmmm ..

Sayang atau cinta tak semestinya perlu korbankan diri .. Memadai jika ianya berkait dengan Allah .. Jika kerana duniawi , hang pikiaq la masak masak … Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hurmm… Mencari gym aku kat Cheras ni.. Gym yg biasa aku pergi , tutup belah pagi dah sekarang ni sbb takde org sangat.. Aku gi cari kat area Bandar Tasik Permaisuri.. Ada dua tapi masalah parking lak.. Leceh la nak parking tepi jalan. Silap kena saman , terbang lak duit. Kalau kena langgar ? Hurmm..

Kesudahannya , aku balik je la rumah mak aku. Baru aku nak masuk rumah , ternampak rumah jiran aku terbukak pintu depan rumahnya. Aku pun gi la tengok.. Hurm..

Jiran yang aku kenali sejak aku berusia belasan tahun itu duduk membaca surat khabar… Aku bertanya khabar. Baru baru ni dia terlantar di hospital kerana sakit kaki. Itu pun mak aku cakap kat aku. Tak berkesempatan nak gi lawat ari tu sbb anak buah aku pon masuk hospital di Sungai Buloh.

Aku pun bertanya kisah sebenar.. Dia pun cerita la hal apa yang berlaku.. Hurmm.. aku mampu geleng kepala je .. Kesian … Dengki kerana tapak meniaga ??? Hurmm.. Aparaaa … Apa salahnya meniaga sama sama .. Iskh…

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Kepala dia terantuk kat bahagian atas sewaktu nak turun melalui gelongsor .. Hehehe .. Apakah yang akan berlaku selepas tu ? Apakah dia insaf nak main kat situ dah atau ???

Aku terus rakam perbuatan dia ..

Dia turun jugak dan kembali naik dengan cara yang aku cukup suka waktu kecil dulu..

Dan tempat dimana dia terlanggar bahagian atas tu , dia dah hati hati.. Memang dia tundukkan kepala dia.. Serendah mungkin ! Hahahaha ..

Hehehe.. Gembira dia dapat main dan dah reti nak main gelongsor ni.. Jawapnya , esok kena datang main lagi .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Ok .. Aku rasa la , drama ni dah ‘over’ ! Aku rasa korang pon dah tau apa maksud aku kan ? Jalan cerita mmg best tapi bila nak terlalu hayati watak agar lebih menarik , rasanya tak perlu laaa..

Watak manja , romantik dan mengada tu tak semestinya nak kena peluk , cium tang dahi la dan sebagainya. Adoiyai… Sesuai ke drama gini ditonton oleh anak muda ? Iskhhh…

Tang lain , tak pulak dia titik beratkan cam watak Aryan yang pegawai polis tu. Ada ke pegawai polis simpan janggut ? Lain la dia tu mata mata ke , detektif ke.. Tapi tak ponnn.. Satu Malaysia tau dia pegang watak pegawai polis !

Aku rasa .. malam ni episod terakhir la aku nak layan drama Melayu ni .. Rasa bersalah pulak dok sokong drama gini .. Hurmmm.. Maaf la yer.. Bukan nak kata aku baik tapi anak muda remaja dok tengok tuuu dan ada yang follow dah pon..

Rasanya ada gambar tersebar murid sekolah rendah bertatu di lengan kantoi kan ? Salah sapa ? Yer , diorang kata salah mak bapak sebab tak pantau ! Mana kementerian atau jabatan yang patut pantau drama atau filem yang diterbitkan utk tontonan umat Islam di negara tercinta ni ? Apa dah jadi ni ?????

Bila bersepah bayi dibuang , nak salahkan remaja yang buat zina tu ? Huh …

Teringat dulu.. filem Hong Kong dulu pon nak cium mulut , segan segan.. Sekarang dah selamba.. Filem Hindustan pon dulu dok cium dahi je.. Sekarang dah ada cium mulut kan ? Tak mustahil satu hari nanti akan berlaku pada drama kita kalau takde yang amik kisah ..

Entah laa.. Aku malas dah nak tengok .. Tiada lagi BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ! Maaf Jebat .. Nasib baik aku tak botak kepala ! Hahahahah ..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

“ Ada nasi goreng atas meja tu.. Kalau dia tak nak makan , bancuh je milo dan bagi dia biskut. Dia tau la nak buat apa pastu .. “ .

Photo: Kiri kanan dia balun.. pastu letak balik dlm tin atau suap ke dlm mulut daddy...

Hurm.. pagi dia makan telur rebus dua bijik .. Pastu susu .. Bagi nasi goreng , dia tak nak.. Memilih benar neh ..

Photo: Oren lak..

Atau .. ngan aku je dia memilih ! Ngan nenek dia , suap apa saja.. Dia nganga jer .. Huhuhu .. Aku manjakan dia eh ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Photo

Kalau terlebih rajin ?

Muka tak bersalah langsung ! Hahahaha .. Adoiyaii.. Suruh kemas , dia wat dek jer.. Kenapa ? Ngantuk dah tuuu … huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Kul 8 pagi ..

Aku yg bgn awal 6 pg , tdur lewar .. plan nak tdur barang setengah jam lagi.. kira kira nak bangun sblm kul 9 pagi.. 

Tiba tiba Qhaliff yg tdo sblh aku buka mata.. Aku buat buat dengkur.. Dia tgk aku .. dan buat buat dengkur gak.. Tp dia berdengkur terus !!

Aik.. ingat memain.. tp mmg lena balik dia.. Aku pon tidur jap.. Sedar sedar , Qhaliff dah duduk sebelah aku sambil makan biskut kering dan tv terpasang !

Aku pandang meja makan.. Huh.. bermakna dia panjat kerusi tadi utk amik biskut tu .. Dan menariknya biskut tu dalam tin ! Berjaya pulak dia bukak penutup tin biskut tu .. huhu ..

Adeh.. Aku pandang dia.. Dia suap biskut tu ke dlm mulut aku .. Arghhhh... Ni dah terbalik...

Photo

Nasib baik dia tak punggah atau main di tempat yang bahaya.. Dia mmg akan berada dekat dengan mak pak dia.. Tak berani nak main jauh jauh dia .. Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Wahhh .. dah dijadikan seluar la eh ? Ternampak ada model mengayakannya di Facebook baru baru ni.. Memang nampak la macam pakai kain .. Hehehe.. Bila di buka kaki tu skit , baru laaa perasan dia pakai seluar..

Ada aku tanya kawan aku .. size yang tinggal utk mereka yang punya lebihan lemak di bahagian perut.. Memang comel kalau pakai.. Heheheh.. Aku kena tunggu adik Qhaliff , baru leh pakai size tu.. Yelah , aku dah start diet dan kembali jaga badan. Maklumlah , pasni nak kena dukung adik Qhaliff lak.. Kena la ada stamina.. huhuh..

Berkaitan dengan seluar ni , orang macam aku ni .. sesuai pakai ! Sebab bila pakai kain , asyik terlondeh jer.. Hehehe.. Nak pakai gi surau atau masjid pon sesuai .. Maklumlah , nak pakai kain … risau terburai kat sana .. Heeee…

Berapa harga ? Entah.. aku tak  jual pon . Ni pon bukan aku promote tapi sekadar nak bagitau korang kewujudan seluar pelikat ni haaa .. Aku pun nak beli gak nanti .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes